sleep all your troubles away

Feb 8, 2010

maaf, saya tak makan maggi

hujan sekarang.sejuk.lapar plak tuh.rugi tadi tak kepok lekor. pastu kebetulan plak dengar lagu I eat you up. sape minat lagu korea jer taw...ahaks. tengah sedap2 layan facebook, terbau lah satu bau-bauan perisa ayam.SAH! roommate wat megi! perghhh....




serius megi ni best n superb!
sekali makan nak makan lagi.

"mira, jom makan megi". weh, aku tak makan megi la...ayat ni dah macam template yang aku save dalam otak plak. aku pernah kata"kalo korang nak aku mati cepat, bagi la aku minum nescafe ker, makan megi ker". lepas aku cakap camtu, serius kena marah...sayang gak diorang kat aku. ada sekali je kot lepas larangan makan megi yg dikluarkan mak aku, aku pow satu megi roommate aku sebab lapar sangat! sori mak....


ceritera megi::
megi ni sangat la tersohor kpd budak2 hostel or student cam aku ni. sebabnya kalo malas nak turun beli makan, megi jadi mangsa. masa aku dok emaresem dulu, megi diharamkan. kalo nak makan pon, curik2! tapi bila aku naik form 5, dah ok balik. megi leh makan terang terangan dalam dorm. kisah makan megi dalam baldi mesti femes kat hostel. tapi aku tak pernah experience benda tu. serius geli. hehe...kalo dak2 dorm aku, kteorg wat pesta megi jer. lepas lunch kat DS (dewan selera), boleh plak kteorg bantai megi. sorang wat satu mangkuk, megi lain2. ada perisa ayam, tomyam,sayur sume ada la. nanti main passing2 mangkuk. memang best ar. kalo lapar tahap gaban lepas prep malam, capai satu megi. 10 minit kemudian, siap untuk menikmati semangkuk megi dan secawan nescafe. fuhh...nikmat!


back to our story....


setelah statement yang dikluarkan oleh doktor last year, aku kena jauhkan 3C. *caffeine.choc.cheese* apa kaitan dgn megi? segala yang ada makcik2 msg ataupun nama dalam IC- monosodium glutamate, aku kena jauhkan gak! kalo tak, aku akan pening sepanjang hari. orang kata aku ada migraine, tapi doktor kata normal. musykil neh~





one of my favourite.
peneman dikala stay up

disebabkan mak aku peminat setia nescafe, hari2 dye akan wat nescafe susu time breakfast pstu yang lebih2 tu dia simpan dalam freeze. agak2 lepas zohor jer, dye bersuara "sape minum nescafe mak". hehe....aku la tu. nescafe mak aku wat takkan sama macam aku wat. bukan bermakna nescafe aku wat tak sedap! ahaks. lepas aku taw aku tak leh minum nescafe, mak aku asyik wat horlicks jer. *utk aku jer* orang lain sedap2 minum nescafe la, kopi la...tapi aku minum curi2, aku baru minum seteguk, petang tu, hanya tuhan saje yang taw betapa sakit gler kepala aku. ok, lepas ni tobat tak minum nescafe!

cheese kek ni sedap ker?
ada orang kata aku orang yang rugi. sebab? sebab aku tak makan cheese kek. sumpah! kalo aku makan, serius tak leh telan. chocolate pon aku takleh makan taw. so secara otomatik, milo pon tak leh...warghhhh..rasa cam nak nangis. oh cadbury blackforest.....=[
tapi semalam aku ada terbaca satu blog. cadbury sebenarnya tak leh makan. ada gelatin babi dowh....tp dye takde ar tulis terang-terangan, yang pasti takleh makan. gelatin tu ditulis sbg E pebnda ntah...lepas huruf E tu ada nombor. so, jangan makan cadbury.




secawan neslo mengimbau nostalgia
suka tak???

Feb 3, 2010

kuiz terkejut tergempaq

Bila Prof Dr Abdul Wahab melangkah masuk, tiba-tiba
"ok, hari ni kita wat kuiz!"
tercangak-cangak sume orang, what the.....dahla subjek discrete mathematics tu aku bengong. kadang-kadang rasa cam drop jer subjek tu. wat masa ni, tak dapat apply lagi subjek tu dalam hidup. pasal tu lampi cket. kalo tambah tolak darab bahagi, aku leh apply lagi. ni dah masuk if and only if lah bla bla bla.
*lampi=lambat pickup.


if no homework today, i'm getting lazy
the statement is true



bila cakap pasal kuiz ni, dah lali sebenarnya. dari zaman aku muda trang tang tang kat mrsm then matrix sampailah universiti. kuiz terkejut tergempaq camni, cikgu2 add maths yang slalu wat. habis je kuliah satu bab, pastu tros kuiz. ingat otak aku ni span ke? terus meresap. at the end, aku dapat 0 ar. tapi tu perkara biasa masa kat mrsm dulu. kiranya selalu below 5 la. tu pasal kot aku tak dapat fly cam kawan2 aku yang lain. masa kat mrsm dulu, kelas add math ikut gear. bukan gear kereta atau motor ye. aku kompem2 gear rendah. gear 1A kot. satu hari cikgu aku tak datang jadi cikgu gear 1B amek alih. tup tup kuiz plak tuh! yang budak2 ni plak boleh tanya jalan kira masa kuiz kat cikgu tu. abes je kuiz, mengamok ar! serius suara beliau, satu blok boleh dengar. sampaikan botol milo kawan aku jadi mangsa leteran beliau. homemade punya nie. original from penang.baikk punya
"mak bapak penat-penat kerja bagi ampa mengaji, soalan punya main senang pon tak dapat buat. kalau depa tak kerja, bolehkah depa nak hantar ampa p sekolah, beli botol milo.......bla bla bla"
aku plak dok ketaq lutut dengar suaranya berleter. kang aku plak kena! tapi sebab dia lah, aku naik gear, dari 1 ke gear 3.


masuk matrix plak, semua subjek ada kuiz. biology ngan chemistry. maths toksah cakap ar. kuiz bio jer aku rasa cam cemerlang. (perasan). itupon sebab ada re-sit. kalo ada kuiz maths bersengkang mata aku sebelum tu. aku punya la nak dapatkan jawapan sampai tahap migrain! result hampeh gak. sekali jer aku pernah dapat 100 kuiz maths. memang kenangan terindah ar. above 50 pon jarang dapat, inikan plak 100. terkembang cket masa tu. bila masuk tutorial kimia, belajar organic chemistry. kena hafal reaction dye. banyak plak tuh! mai tang kuiz, kawan aku snap general formula dalam buku, then simpan fon dalam pencil case. agak-agak macam lupa/waswas pasal formula, sengaja jer buka pencilcase luas2. pastu aku plak seludup general formula dye. hahahaha.....


kalo alam universiti lain cket kot. aku ada keinsafan yang agak tinggi gak ar. yang best bila open book quiz! yuhuuuu.....midterm calculus pon aku leh discuss ngan kawan sebelah! tu cter sem 1, sem 2 insaf! kuiz linear algebra, aku ingat aku dapat 3 ke 4 ke sebab aku sendiri tak taw apa yang aku jawab! *expect the unexpected*


tu baru bab kuiz, blom masuk soalan terkejut tergempaq ataupun nama femesnya soalan terjah! ingat artis je ke kena terjah. aku tak pernah expect langsung mak aku akan terjah aku macam wartawan melodi tu. aku memang selalu bercerita ngan mak aku ni. ada skali tu terkeluar la bab2 cinta kengkawan aku.
mak:: kaklong, ang dah ada ea?
aku:: ada apa mak ni??? (padahal aku paham soalan mak aku tu)
mak:: ada ke tak?
haiya, nada cam marah jer. mak aku bkn berkenan sangat bab2 cmni..
aku:: yalah, yalah, ada.
*FULLSTOP


itu cerita lampau k. sekarang dah masuk tahun baru dah pon.


lagi satu soalan pasal result exam. selalu jadi kat aku. bila aku dapat result bagus+cemerlang tahap gaban (perasan lagi), sorang makcik/jiran2/sesaper jer tak nak tanya pon, bila result aku hampeh, diorang tanya plak! adoi mak aii....ayat ni aku x leh lupa. masa tu baru dapat result sem 1, matrix...
"mira, result ang gempak ke gempaq?"
aku taw la ang pandai dari aku...sobsobsob. *jangan terasa ea*

suka tak???

Feb 2, 2010

makan dengan mata???

peringatan::entry ini penuh dengan figura kek!
seperti yang kita taw, kita memang makan guna mulut, rasa dengan lidah. tapi percaya tak kalo kita makan dengan mata? tak caya? takper....jom layan kek jap!




cuba bayangkan, kita tengah makan feveret kek, mau plak bila orang belanja!
walaweh, sedap tak terkata.
(benda free sume sedap)
makhluk atas kek tu nama dye bumblebee. aku pernah mimpi bumblebee lawan ngan ultraman.Align Center
kek Ben 10 ni special wat cah sempena besday beliau 18 feb nie. ko dah tua!!!












tadi tengok kek yang cantik2 jer, skrg jom kita transformkan kek tu. kan korang tak caya kita makan guna mata.




peringatan:::sesiapa yg tengah mengunyah, sila habiskan kunyahan anda sebelum melihat entry ini dengan lebih jauh lagi.


korang nak makan tak kek ni???



serius kaler dye cantekk!!!!






kek ni pandang sebelah mata pon tak nak!


tapi tetibe ada orang saja nak aniaya kita, dye suh kita tutup mata then sumbat kek2 spesis camni, sumpah korang kata sedap.




sekarang dah jelaslah bahawa kita makan memang guna mata


p/s: nanti besday aku, janganlah aniaya aku ea. secret recipe pon ok! ahaks~
suka tak???

Jan 26, 2010

tak perlu

bismillah...
assalamualaikum, salam 1 malaysia


selasa, 26 Januari::922pm




setelah mendiamkan diri selama beberapa hari ni, aku muncul kembali. hahaha...(evil laugh). weekend dipenuhi dengan aktiviti kawad, lepas tu disusuli dengan homework, quiz, choral speaking and discussion. (wah..bz nyer aku). tapi aku bukan nak cter pasal keje2 aku pon. aku rasa kawan2 aku lagi sibuk, dengan report la, itu la ini la bla bla bla.


kali ni aku macam nak cakap pasal do's and dont's dalam dunia blogger. aku dah discuss hal ni dengan akak 'gossip girl'.http://bihagossipgirl.blogspot.com/. dia pon setuju dengan pendapat aku. bagi aku blog ni untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. serta business gak ar. sedangkan ahli politik yang sibuk pon ada blog, inikan pula student yang relax macam aku...hehehe


pandangan kami:::


kadang-kadang bila kita baca blog, kebanyakannya akan bercerita mengenai situasi yang berlaku kepada individu itu sendiri. aku tak kisah diorang nak cter apa pon, tapi kalau nak bercerita mengenai hal peribadi, mesti ada limitnya. kebanyakannya suka bercerita mengenai pasangan masing2 dalam blog. antaranya seperti
sudah beberapa hari si dia tidak menghantar mesej....
oh, indahnya hari-hariku pabila dia disisi
mengapa aku dilupakan, adakah aku yang bersalah,
dan bermacam-macam lagi lah. kadang-kadang aku nak tergelak pon ada. cantik sungguh susunan ayat diorang. kalau wat essay, konfem A++ kan??? sekelumit hama pon, aku tak jeles kat diorang tapi berpada-padalah. takkan sehari tak mesej, nak cter dalam blog. takkan gadoh, kuar dating, dapat hadiah pon nak cter. simpan je la, tak payah nak heboh2 satu dunia. ini baru bercinta, kalau kahwin nanti, takkan nak cter gak. tak terasa ke macam membuka pekung didada. bagi pendapat aku, bila kita bercerita mengenai hal-hal yang peribadi, tanpa sedar kita menonjolkan personaliti kita sendiri ataupun kelemahan diri. (mentang2 la belajar personality development). tapi itu kan hak masing2, lagipon dunia blog ni ialah, pemikiran tanpa tapisan.


pesanan wat blogger::


sebelum nak post something, fikir dulu. nanti tak pasal-pasal kena cekup! hari ni aku baca paper, dah berhari-hari tak baca. seorang blogger diberkas polis kerana kelancangannya menghina dan mencerca Almarhum Sultan Iskandar. penulis blog tersebut yang dikenali sebagai Aduka Taruna menerima ugutan bunuh sebab tak puas hati atas kenyataannya yang melampau yang dipostkan diblognya. menerusi blognya adukataruna.blogspot.com, dia lancang mengeluarkan unsur2 penghinaan terhadap Almarhum selain mencaci kerajaan negeri. kalau didapati bersalah, dia boleh dikenakan denda tidak lebih RM 50000 atau penjara tak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali selain dikenakan denda tambahan RM 1000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. ha..tengok! tak pasal2 kena keluarkan duit dan penjara. disebabkan tak berfikir dulu, tau serang jer.....nasi dah jadi bubur....




dah pukul 10???
nak wat tutorial calculus plak~


kamsahanida~
suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...