sleep all your troubles away

Feb 6, 2012

roda



assalamualaikum

pujangga berkata 'hidup ni ibarat roda'
ya. aku akui.
aku pernah di atas. selesa
bertahun tahun aku di bawah. sakit

aku tengok mereka
bila duduk, mereka tetap tinggi
bila berdiri aku masih rendah
tak seia dan sekata

aku masih dibawah.dan aku belajar
terima kasih dunia


Untuk saya, Rasulullah SAW itu adalah susuk tubuh yang besar, yang melindungi saya di hadapan, sedang saya melihat belakang tubuhnya dengan penuh harapan. Kadang hanya rasa malu, menjadi ummat baginda yang kurang kerjanya.
-hilal asyraf-





suka tak???

Feb 3, 2012

bila diam




aku suka membaca. menulis jugak. dan aku suka bercakap. perempuan kan...

bila aku diam dan hanya senyum, member aku dah nak nangis

"tolongla cakap, janganla senyum jer. tolongla jangan wat orang camni"

bila aku tengok tv tanpa berkata apa-apa dan hanya diam

"awat hang nampak macam kemurungan ja, ada masalah ka? selalu ada ja cerita hang."

bukan setakat member, abah aku pon akan pelik kalau aku diam.

nak jadi pendiam kejap pon terbantut. iye, itu cita-cita yang takkan tercapai.


p/s: hidup aku banyak warna. sebab tu aku suka bercerita dan berkongsi. tapi yang rahsia tetap rahsia. 



suka tak???

Feb 2, 2012

menulis membaca






assalamualaikum

aku suka menulis. sungguh. sampaikan ada sesetengah entry yang aku tulis, taip dan publish!

teringat zaman PLKN dulu, tiap malam aku meniarap dan menulis. lagaknya macam tulis surat cinta. orang katalah. hakikatnya aku menulis sekadar ilmu yang aku dapat hari itu. aku tidak ambil port sangat orang kata. biarkan. dah aku memang macam tu. suka menulis. kalau malas, tulisan aku hurufnya satu satu. kalau rajin, hurufnya sederhana panjang tidak senget. ada fokus. 

aku suka membaca. komik, majalah, cerpen, novel, semua aku sapu. genre komedi, romantik, fiksyen, penyiasatan semua aku layan. 

'eleh, kad 001 time sekolah dulu, bolehla kau cakap hobi kau membaca, tua-tua pon nak cakap hobi saya membaca lagi ke'

aku tak anggap hobi membaca tu hobi lapuk. membaca juga seni. kita berimaginasi. 

menulis + membaca = penulis?

aku pernah terlintas nak jadi penulis.ok, itu statement hampeh! blog pon tunggang terbalik, ada hati nak jadi penulis. dan aku sedar yang aku bukan blogger tegar.


p/s: aku suka buku buku FIXI. korang ada baca?


suka tak???

Jan 19, 2012

memilih tapi tidak cerewet





assalamualaikum 
good nite?

tahun 2012 - aku 22 tahun! 

ada member-member dah kahwin, nak tunang. maklumlah, sudah sampai seru. jodoh awal.
ada juga yang berpasangan dan aku masih sendiri. aku tak kisah. muda lagi kot.
selorohku "aku yang paling last, takde calon"
kata temanku "kau memilih"
aku senyum. tu je yang mampu.

hmmm....memilih?
haruslah. pilih yang beragama. cantik dalaman, cantik luaran. no doubt. 
bukannya jumpa sehari dua kemudian 'kita kahwin'
hal kahwin bukan hal main pondok-pondok
itu hal seumur hidup
jadi kena memilih kan? 

Kita ini bukan hidup untuk berkahwin.Kita kahwin untuk meneruskan kehidupan. Kita bukan hidup untuk semata-mata bercinta,tetapi kita mencintai orang lain untuk menjadikan kehidupan ini lebih baik. Jangan sesekali letakkan perkahwinan, percintaan sebagai matlamat utama kehidupan. Jika kita buat sedemikian, memang kita akan ambil Islam ini hanya pada istikharah dan doa mencari jodoh semata.
-hilal asyraf-


suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...