sleep all your troubles away

Dec 13, 2013

siri jelajah kelantan 2013 - kenduri kahwin.

assalamualaikum dan hai. 

pertama kali ke kelantan. puas jelajah pengkalan kubor, rantau panjang, wakaf che yeh, tumpat dan kota bharu. cuma aku pesan, jangan bawak aku pergi golok. ahha. niat asal ke kelantan untuk memeriahkan walimatulurus ex-housemate kami, wan nazihah dan pasangan 'till jannah'nya ikhwan syafaat.

malam akad nikah


mereka bercinta jarak jauh. masing masing berkenalan di matrikulasi. si suami orang bukit mertajam si isteri orang kelantan. gembira je tengok muka diorang masa bersalam-salaman. masing masing malu. 

mira, tutup sikit mulut tu. dok sengih sengih dari tadi. over taw.

selalu tengok scene ni dalam tv. ini real scene kot. 


ok, aku excited lebih. tahniah wan dan paat. 

suka tak???

Dec 4, 2013

final decision



aku fikir kita keliru tentang perasaan yang berbaur

selepas beberapa coretan aku buat untuk kamu

ini harapnya yang terakhir

kerna aku tidak mahu hilang sahabat dunia akhirat. 



suka tak???

Nov 20, 2013

please?

Assalamualaikum dan hai

baru semalam update, hari ni update lagi. kan aku dah kata, aku cuba buat blog aku bersinar kembali. ehhe. 

ini secebis pengalaman masa aku jadi cikgu ganti sejak empat bulan lepas. baru hari pertama lapor diri, aku kena mark paper english trial pmr. I'm an english teacher anyway (ganti jer). agak berpinar-pinar jugaklah mula mula tu. dengan ejaan salahnya, language berterabur. haishh. mungkin aku dulu macam tu. what goes around comes around. 


see? aku ingat zaman sekarang budak budak dah tak main surat cinta cenggini. terus dalam kepala aku dok terngiang-ngiang lagu alif satar 'please, please, please, kamu jangan nakal'


p/s: budak ni agak nakal. kena main angin dia dulu, baru buat kerja. ye. dia lelaki. =]

suka tak???

Nov 18, 2013

cuti sekolah

Assalamualaikum dan hai semua.

Lama jugak tak update blog. hai maklumlah, sibuk dengan sekolah. ehhe. dan kini sekolah pon sudah cuti, blog pon akan bersinar kembali. kali ini entri aku bukan apa, cuma saja nak warm up. 


jadi, ini ialah jejaka idaman dua muzik. aku panggil jejaka idaman sebab diorang suka betul gosip time english dan subjek subjek lain, jadi takkan aku nak panggil nama sorang sorang, aku terus panggil 'jejaka-jejaka idaman' dengan harapan diorang stop bergosip. agak menjadi. selalu aku pesan kat student aku

'ampa kalau hensem macam aaron aziz, cantik macam emma maembong, takmau belajaq pon takpa. boleh juai muka'

dok penang, kena cakap utagha la beb. habis aku kena bahan dengan student kalau cakap key-ell. 


p/s: kepada student kelas lain, jangan jeles. gambar ni je yang saya sempat ambil. tahun depan diizinkan Tuhan, jumpa lagi. 

suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...