sleep all your troubles away

Feb 23, 2010

calculus oh calculus


ini ialah hasil nukilan aku time kelas advance calculus. abaikan tulisan buruk itu sekurang-kurangnya lebih bagus dari cakar ayam! uhuks~


tengah sedap2 aku focus apa yang akak calculus ajar (aku rasa tutor tu muda lagi), entah camne aku ter'on' kilang taik mata kejap. tiba2 jer dah dengar harmonic sequence la bla bla bla. arghhh nota yg beliau suruh kami catat semua ada dalam buku encik james stewart yang gila tebal. 10 tahun akan datang kot baru leh khatam buku tu.


kita akan hargai apa yang takde depan kita. dulu aku kurang suka kat lecturer calculus sebab beliau sangat strict. elok aku dah boleh adapt dengan makcik calculus tu, kelas diganti plak dengan akak calculus....menangis tak berlagulah aku...




mana makcik calculus pergi..


bila dah hilang fokus, plus akak calculus ajar laju gler mengalahkan aku kalo wat larian 50 meter then sang setan plak dok tarik2 kelopak mata aku, akhirnya aku tewas jua. maka tersengguklah aku dalam kelas tersebut. mula2, semangat salin nota...... akhirnya 'alah, dye amek dalam buku tebal, so tak yah la salin, balik study je la' (ayat budak pemalas). bila tangan plak tak bergerak, dengar jer, tertido lagi.


ada satu teori mengatakan, aku tak ingat plak teori apa, anggaplah teori budak-insaf jer.hahahaha. bila kita belajar, kita tak boleh tengok jer, tangan kena bergerak. bukan wat aksi terlampau yer. bila tangan bergerak, otak+minda pon berkembang. conclusionnyer bila dalam kelas, salin2 la apa yang diajar, kalo tak maka terbungkanglah kamu semua dalam kelas.....hehehe...




the end. tetibe semangat suda datang untuk wat calculus.
next week midterm calculus.gerun.






suka tak???

Feb 18, 2010

S stands for SURIA

last night online kat umah. esok nak balik dah. tengah sedap2 layan main cafe world, datangla notification bahawasanya ada org komen pics kat fesbuk. tengok jap, orang komen apa. rupa-rupanya pic dorm aku dulu2. rindu la kat bebudak dorm aku. sempoi. best.terbaikk.


SURIA. tu nama dorm aku masa kat emaresem dulu. kiranya sistematik gak la. satu homeroom satu dorm satu rumah sukan.cincai kira, kami semua anak-anak cikgu jabatan sains. disebabkan suria tu maksudnya matahari, matahari plak berada di atas, jadi dorm aku pon lokasinya diatas.


orang kata budak2 suria ni sume innocent. hakhakhak. macam ni la bentuk dorm kteorang.


kalo hari ahad jer, macam biasa rutin kteorang.
pagi-lepas subuh, breakfast. kalo tak sempat g surau, sodom je la.pstu ada ro-call. (btolke aku eja.hentam je lah). lepas dengar radio free sejam dua, kdg2 tak sampai sejam, maka bertungkus lumuslah kami semua bergotong royong. riuh rendah.
"weh, mana penyapu, mop, penyodok?"
"perhatian, sapa ada tinggal cawan ke mangkuk ke, g amek. aku kira sampai 3, kalo tak amek, aku buang, 1....2.....3....."-arahan paling drastik n fantastik.
lagi best bila kna clearkan bilik mandi, boleh main air!


tengahari-biasanya muka budak2 ni fresh lagi sebab baru lepas mandi, itupun sebab nak pegi makan. kalo tak....hahaha. kami selalu pegi makan berjemaah, sekali cam rombongan cik kiah da. siap dok semeja baca doa. huh, smart ar!


petang-lepas zohor, mata pon cam kuyu jer. tido dulu ahh. sekali kalo lalu sepanjang jalan tu, macam wad bersalin. ahaks. cuma takde nurse ngan doktor jer. sebelum asar, sume bangun sebab CLEAR DORM. beriadah la plak. takde la mandom sangat.


malam-bersiap-siap nak pegi prep malam. lepas prep jer pakat dok berebut iron sebab nak iron uniform. ahh...esok sempat lagi.





ni baju sukan rumah SURIA. kuning berseri-seri. cun kan? baju ni still dalam simpanan aku. tapi ada corak2 tambahan sebab aku basuh sekali dengan baju baru kaler hitam. memang kenangan terindah sebab masa aku form 5, SURIA dapat no 1. cayalah~
tema::lebah.







pic ni masa sambutan maulidur rasul. kami semua berarak pusing maktab. tapi sayangnya pic budak pompuan xde la. yg penting kami sepakat, pakai baju kurung kaler kuning. baru orang kenal. tapi kteorg sebenarnya risau apala agaknya yang budak laki dorm kteorang pakai? rupa-rupanya diorang kreatif kot. pakai baju melayu ngan kain pelekat. memang nampak cam pakcik2, tapi kain pelekat yg diorang pakai sedondon ngan baju. smart dowh~




S stands for SURIA

pic ni plak masa prep hari sabtu. entah knp hari tu bleh pakai t-shirt. kami sume bergambar dgn pelbagai gaya kat depan astaka tu. tapi figura ni terbaekk! kami membentukkan barisan jadi huruf S. so sweet. kangen bangat.lepas amek gambar ni, ada plak yang berani mati nak tangkap gambar time lompat dari astaka. tak berani aku. at last, kaki kawan aku terseliuh.


tahun lepas aku dapat sms dari dormmate aku. aku simpan sampai sekarang....


one day all of us will get busy with our lives, no more drinking sessions, long hours of talks or even sms. some will get married, won't have time. at such a day you'll look outside your window and see the good old memories flash you by and you'll get a smile with a tear in your eye and thinking 'i wish i could go back....'
from Syazmin Sies






p/s: pic ni sume aku rembat kat MRSM Balik Pulau Batch 0607 punyer group (fesbuk). korang memang best.
suka tak???

Feb 15, 2010

tarikh itu

asal bulan february jer, semua orang sibuk pasal Valentine's day.


trend bercinta yang annoying

*tapi container bentuk love ni cantik*



kat mana2 bersepah jer orang jual beli kad! kad? ada lagi ke orang beli kad skrg. bukan main sms je ke? ok2, aku bukan nak cakap pasal valentine. tapi masyarakat kita sekarang. dah taw valentine tu sah-sah haram tapi ada jer yang sambut. lagi teruk bila valentine tahun ni ada plak manusia-manusia yang buat kempen no panties. lagi pelik bin ajaib tu, ada plak manusia yang sokong. yang sokong tu bukan calang-calang orang, tapi budak-budak IPT. nama jer pandai tapi......


********************************************************

orang kata 14 februari tu hari untuk memperingati kekasih padahal hari itu lebih kepada memperingati mubaligh kristian yang bernama valentine. cerita ni bukan baru lagi, malah semua orang taw. aku tulis entry ni pon sebab semua blogger pakat tulis pasal valentine. so aku pon nak tulis la gak. ahaks~. apa alasan diorang bila nak sambut valentine? nak memperingati kekasih. oh...selama ni tak ingat la? hari-hari ialah hari kasih sayang la weh...





*matlamat tak menghalalkan cara*
suka tak???

Feb 12, 2010

hari emosional

hari ni aku sdey, bengang, sakit hati, tak puas hati. apsal sume jadi hari ni? selalu kalau sehari sebelum balik penang, mesti jasad aku jer kat tg malim, yang lainnya sume aku dah hantar balik pulau. tapi kali ni, jasad je kat sini, yang lain aku tak taw kat mana. yang pasti sesat.




1. balik2 je umah, aku nampak box file aku atas meja makan. apsal nie? rupa-rupanya abang maintainance datang tukar kipas. bila masa plak kipas aku rosak? yang tak leh blahnya dia sanggup turun bawah amek kunci bilik aku kat pejabat! yang wat aku bengang+malu bila situasi bilik aku yang agak memalukan. disebabkan bangun lambat, aku tak sempat nak kemas bilik aku. dengan pintu loker ternganga luas, lupa nak tutup sblm pegi kelas! abesla rahsia aku! ahaks~
2. klas petang tadi. ada mamat ni promote kain batik. RM50 sehelai. mahal nak mampus! dah aku tak nak beli, jangan la nak komplen2....

3. klas malam. geram dengan attitude bakal guru ni. dah taw ada listening test tolongla datang awal cket. takat 10 minit lewat, boleh lagi. ni dah 820 malam, tak sampai2, apa kes? tak pasal2 madam tu buka radio free channel. aku lemah betol bila ada orang berleter, kalo mak aku berleter aku leh terima. dah terimmune pon. sehari kat umah kalo tak dengar beliau berleter, rindu kot!



4. balik2 klas, baru letak beg, buka tudung...miraaa..ada berita baru. (aku bukan mami jarum). latihan 20 & 21 ni, tak datang pon xpe. what da....aku sanggup korbankan cuti midsem aku sebab nak blajar, ttbe camni orang balas! alasannya dulu dikatakan benda tu wajib sebab nak jaga hati orang. tolonglaaaa.....disebabkan clorox setitik, abes luntur semua baju! tak pasal2 aku tambah dosa yang sedia ada lepas tu. habis terkeluaq semua loghat utara! baru puas hati cket

5. entah macam mana aku terbuka fesbuk adek homeroom aku. (kira family angkat la masa emaresem dulu). tiba2 aik, bukan aku add dye ke dulu? baru aku faham. kalo tak kenal xpe, tapi kteorang ni pernah minum secawan, makan sepinggan. sampai hati. xpe mira sabar. lagi tak puas hati bila aku add hamba Allah tu, dye approve tapi wat dunno jer. kat bespren aku ucap thanks plak. tak puas hati lagi kiciwaa (mampus aku kalo hamba Allah tu baca, mana cheq mau letak muka)....ahaks~



*sapa terlibat, jgn terasa. my blog is my bestfriend*


abes bab emosional, tiba-tiba dengar lagu only one-yellow card. rasa cam best!


gila jiwang!




*jangan hina saya*

suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...