sleep all your troubles away

Jun 19, 2012

penulis


projek sarjana muda aku. 

"penerapan model bar dalam buku teks matematik tingkatan satu"

proposal selesai

susah jugak jadi penulis buku teks rupanya

susah dan payah.

inipun aku buat satu bab je. 

biar diuji kanan dan kiri, aku akan siapkan jugak sebelum hari lusa.

suka tak???

May 28, 2012

terkena


kau yang namanya lelaki
bab hati dan perasaan 
bukan boleh dibuat main
dah berpunya kan? 
Jangan usik hati orang lain
jaga saja kesayangan kau
setakat nak ‘test market’
tak payah. menyampah.
dan ini bukan untuk lelaki saja
untuk perempuan juga.

p/s: curi karya sendiri kat tumblr~
suka tak???

May 25, 2012

fokus serius



bila mana aku fokus, aku serius


tiada perkataan haha mahupun huhu


apatah lagi smiley


mungkin laras bahasa aku tidak cukup tinggi


jadi konklusinya, mereka tidak faham.




p/s: kadang-kadang budak budak SUKSIS yang takde hujung minggu pun siap keje. apa kes?
suka tak???

May 23, 2012

school memories #2

nak sambung part #schoolmemories lagi boleh? rindu sangat.  




crush.


sape takde crush tu tak normal. crush je pon. bukan jatuh cinta. 


time form one. mamat kelas sebelah. memang comel bak hang. yang tak boleh blah, member aku pon crush dengan mamat tu. bukan member biasa-biasa, tapi member yang style pergi balik sekolah sekali. haru. 

tiap kali mamat tu lalu, kami sempat kerling-kerling je. mana berani nak usha lebih-lebih. nanti takut mamat tu perasan plak. mana kami nak letak muka. malu dowh. bila aku terpaksa kutip duit pengawas kat mamat tu, oh ya, dia pengawas sekali dengan aku. so aku menang satu-kosong la dengan member aku. bila aku nak kutip duit, nervous kot. nasib pandai control. kalau tak, buat naya ja. disebabkan mamat tu putih serlah, sama ada di kantin, di padang, dan di mana-mana, kami akan perasan kehadiran dia. nampak tak yang kami sangat prihatin? haha.

pergi balik sekolah naik basikal. tiap kali mamat tu dengan geng-geng dia lalu, kami akan kayuh basikal secara perlahan-lahan. aku pon tak faham apa motif aku. tapi diorang pindah time pmr. sampai sekarang tak jumpa lagi dah. facebook pon takde. tapi itu hanya crush kan. lagipon member aku tu nak ke jinjang pelamin dah. 


miss the old days. smk seri balik pulau 03-05




suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...