sleep all your troubles away

Jul 23, 2011

harimau vs singa

malam ini
harimau menentang singa
aku sokong harimau
kamu?

berbanggalah dengan baju kuning itu
juga baju biru

kamu,kamu dan juga kamu
patriotiklah sikit

kerna kamu, aku dan mereka
adalah anak malaysia

suka tak???

kematian

tak perlu tunggu gelaran 'tok' untuk bertaubat
ajal maut tidak mengenal usia
sakit sihat tua dan muda
antara jaga dan lena
itu pasti

beribadatlah seolah olah maut menjemput keesokan hari
bukan mengajar
kamu, kamu dan mereka
tapi peringatan buat diri sendiri
yang selalu alpa dengan hal dunia

suka tak???

Jul 20, 2011

aku yang tak bersuara



kewujudanku seketika cuma
kehadiranku adalah satu solusi
kesenangan buat pihak itu 


di kamar itu
aku diam tak terkutik
jawab pabila ditanya
balas pabila disapa
tersenyum jika tak berkata kata


aku pendengar 
suara suara sumbang 
yang menyatakan ketidakpuasan 
tanpa sedar kewujudan aku
duduk. diam. hal sendiri


dan sebenarnya 
aku pemerhati senyap
rakus memikir
sikap manusia yang banyak ragamnya
kerana manusia itu bukanlah sesempurna ciptaannya


0915, sk pulau betong
200711
suka tak???

wordless wednesday


don't judge a book by it's cover
suka tak???

Jul 19, 2011

fikirkan boleh


special entry for someone out there

aku tahu tujuanmu. aku tahu kekecewaanmu. aku pernah merasa walau seketika cuma.
jangan biarkan ia memenuhi ruang hidupmu
kelak kau tidak kan berjaya 

rasakan aura kesungguhan, kau akan hidu keharuman kejayaanmu itu
usaha, iringinya dengan doa
tawakal di akhirnya
sudahi setiap apa yang kau mulakan


anonymous said better a has-been than a never-was. but better a never-was than a never-tried-to-be


to ajushi, thanks for the song


think of me and i'll be
anytime you need a friend







suka tak???

rumah dah siap, pahat berbunyi


hari sukan dah tiga hari berlalu. orang melayu...rumah dah siap, pahat berbunyi. sehari sebelum rumah siap, tinggal nak pasang bumbung, kuat lagi pahat berbunyi. dah siap pon, pahat yang sama je bunyi.

duduk dalam bilik berdingin hawa, zahirnya dingin. cool bebeh. tapi akibat pahat pahat yang berbunyi, aku diam. pekakkan telinga walaupon aku mendengar bait bait patah perkataan itu. sekali lagi, muka tak bersalah yang aku lakonkan. berpura pura tak mendengar, asyik membuat kerja sendiri. biarkan. 

sifat manusia. aku akui hal itu. manusia selalu tidak puas dengan apa yang mereka ada. 

cikgu pon manusia juga kan? 

sape tak kenal pahat???
ni lah bendanya
suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...