assalamualaikum dan hai
bila sudah habis belajar, soalan yang sering diajukan 'bila mahu bernikah?' tipikal. tapi aku bersyukur kerana tidak dihujani dengan soalan yang sebegitu rupa. mungkin saudara dan jiran terdekat melihat aku masih seorang remaja. mungkin.
tetapi.
aku diajukan dengan soalan 'kalau kena posting ke sabah sarawak macam mana?'. aku jawab 'pergi'. aku mahu berbakti supaya mentaliti kita beranjak ke kelas pertama. masih terngiang-ngiang lagu ibu kandung suluh budiman. [lagu rasmi upsi]
ibu kandung suluh budiman, obor dimalam gelap
bina budi penyebar tekad, pancaran semangat waja
ibu kandung suluh budiman, ibu pujaan kami,
yang berjasa pada masyarakat, hidup gagah berani
ibu kandung suluh budiman, dengarlah sumpah sumbangsih nan suci
selagi hayat dikandung badan, kami tetap berbakti
p/s: tahniah kepada senior upsi yang mula melapor diri tanggal 1 Julai. kami bakal menyusul. dengan izin Tuhan.
suka tak???