sleep all your troubles away

Jul 2, 2013

pasca semester akhir

assalamualaikum dan hai
 
 
bila sudah habis belajar, soalan yang sering diajukan 'bila mahu bernikah?' tipikal. tapi aku bersyukur kerana tidak dihujani dengan soalan yang sebegitu rupa. mungkin saudara dan jiran terdekat melihat aku masih seorang remaja. mungkin.
 
tetapi.
 
aku diajukan dengan soalan 'kalau kena posting ke sabah sarawak macam mana?'. aku jawab 'pergi'. aku mahu berbakti supaya mentaliti kita beranjak ke kelas pertama. masih terngiang-ngiang lagu ibu kandung suluh budiman. [lagu rasmi upsi]
 
 
ibu kandung suluh budiman, obor dimalam gelap
bina budi penyebar tekad, pancaran semangat waja
 
ibu kandung suluh budiman, ibu pujaan kami,
yang berjasa pada masyarakat, hidup gagah berani
 
ibu kandung suluh budiman, dengarlah sumpah sumbangsih nan suci
selagi hayat dikandung badan, kami tetap berbakti


p/s: tahniah kepada senior upsi yang mula melapor diri tanggal 1 Julai. kami bakal menyusul. dengan izin Tuhan.
 
 
suka tak???

6 comments

Tuesday, July 02, 2013

Salam.

Pergi, jangan tak pergi.

Yang penting, ko kutip pengalaman banyak2.. pengalaman adalah sebaik2 guru. So, nak jadi pendidik yg baik, harus bermula dari diri sendiri bukan :)

Anonymous
Tuesday, July 02, 2013

Bila ditanya pada diri..kerja dulu
Bru fikir nikah2 ni..mungkin sbb berlainan jantina baangkali.

Wednesday, July 03, 2013

@Tinta Lana memang nak pergi kak. huhu.

Wednesday, July 03, 2013

hohoho...takleh bayangkan gak kalau kena gi sana tapi kalau kena pun pe salahnya.pengalaman susah nak dapat tu. :)

Friday, July 05, 2013

@aReLaN jauh berjalan, luas pandangan

Monday, July 08, 2013

Kalau saya dpt g sabah sarawak mesti teruja, at least dapat melepaskan hajat nak ke 'oversea'..haha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...