aku masih normal. serius
semenjak dua menjak aku serius, mungkin itu
petanda penuaan barangkali
malam ini aku hanyut terbuai merenung masa depan
kerjaya? harta? jodoh? haji? mati?
memikir.
biar hanyut memikir jangan hanyut tanpa
pegangan. ya.
gelap atau cerah. itu pilihan. kebarangkalian
satu per dua
gelap-hancur. lebur. bersepai
cerah-senang. harapan bernyala-nyala
tersalah langkah satu pengajaran kan? kerana
gelap memandu menjadi cerah. pabila cerah terang benderang, terkadang alpa dan
tidak langsung mengingati gelap. lumrah manusia kan? tidak dapat tidak.
hidup ni macam roda.
tapi roda atas dan bawah tanpa garisan sempadan.
dimana kita? itu keputusan. bukan pilihan.
lapar, tanya perut. salah tanya siapa?
dunia?
diam. memikir.
tanya diri apa yang kita buat pada dunia. adakah
ini karma tuhan?
dan malam ini aku terus memikir hingga malam
jadi pagi
untuk menikmati keseriusanku
hafsah dan nadia
dialog di muka buku
6 comments
nama? x perlu,.. segannnn!
ini semua rencah kehidupan...
serius sangat ni cikgu! :)
saya serius!
haha
muhasabah :)
-singgah sini
kenapa perlu risau..biar kita yang masa depan decide macam mane.. :P