sleep all your troubles away

Oct 30, 2012

surat untuk yang manis


kehadapan awak-awak semua yang manis, 

Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberi selama ni. ya. sepanjang saya berpraktikal. saya akui saya ajar awak ikut silibus kementerian, tapi awak ajar saya lebih dari silibus. awak ajar saya untuk menempuhi kehidupan akan datang. bila ditenung semula, cara awak berfikir lebih matang dari saya. terkadang saya malu, rasa macam nak tampar diri sendiri. dan awak semua ni tahu tak yang awak semua sangat manis, comel, kacak, macho etc. makan ubat apa ni?

saya sedar saya bukanlah yang terbaik, tapi saya cuba untuk jadi yang terbaik. saya risau setiap kali tengok muka awak yang berkerut, yang blurr bila tengok formula macam-macam. sila salahkan ahli matematik dulu-dulu. =P. 

kepada sesiapa yang saya pernah jeling, saya marah, saya kejar, saya ignore, sebetulnya saya mahu awak pandai. saya tak nak awak jadi macam saya. dulu, saya paling tak suka matematik. formula, nota, latihan saya abaikan sebab saya tahu saya takkan sentuh matematik bila saya besar. tapi entah kenapa dan bagaimana saya ialah pelajar universiti pendidikan sultan idris, kursus pendidikan matematik. saya terpaksa usaha lebih dari orang lain untuk hafal formula-formula saya tak pernah ambil kisah dulu. 

mulai dari saat ini, saya akan tulis entri pasal seri tanjong. 

students, cikgu korang ni memang skema. =P

love, 
cikgu mira




suka tak???

6 comments

Wednesday, October 31, 2012

wahhh.. :D
surat awak awak awak mne nie.??

Wednesday, October 31, 2012

hhaha....

for my ex-students.

Wednesday, October 31, 2012

Situasi:
Ada seorang pembaca telah komen entri ini, kemudian tuan blog membalas komen tersebut. Berapa komen yang ada?

Apabila saya datang dan memberikan komen juga maka, berapa jumlah komen untuk entri ini?

#Tunjukkan jalan kerja pengiraan.

hee~

Wednesday, October 31, 2012

benda yg kita taknak mesti dapat jugak akhirnya. ah mencik! haha

Wednesday, October 31, 2012

"Cikgu yg garang walaupun hanya praktikal. Untung kiut"

-saiful, exstudent cikgu-

Wednesday, October 31, 2012

Ibnuismaini Ismail - gler susah soalan. ak pikir 5 tahun pon blom tentu dapat tunjuk jalan kira.

bukanretis - but it is sweet! hahaha

haikal - garang tapi student tak takut langsung. benci.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...