sleep all your troubles away

Feb 1, 2014

Sustained Release VITA-C

Saya kalau kena selsema selalu terfikir badan kurang vitamin C lah ni, kena makanlah buah oren banyak banyak. Kita percaya vitamin C dapat menghalang selsema dan jangkitan lain. Namun kebaikan Vitamin C jauh lebih besar dari itu dalam mengekalkan kesihatan kulit. 

Pelayar pelayar British dahulu menggunakan vitamin C untuk mengelak dari jangkitan penyakit.

Pelayar-pelayar tersebut dan mereka yang tak dapat buah-buahan dan sayur-sayuran segar menderita pendarahan bawah kulit, ulser, dan sakit sendi. Ini kerana vitamin C, juga dikenali asid absorbik, adalah kunci kepada penghasilan kolagen, sejenis protein yang membantu perkembangan sel dan salur darah serta melembutkan dan menguatkan kulit.

Vitamin C juga membantu membina sel menghilangkan parut dan penghasilan kolagen untuk ligamen, dan ia juga membantu kulit membaik pulih sendiri (tanpa bantuan krim dan gamat contohnya). Vitamin C adalah antioksidan yang memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas--radikal bebas adalah molekul yang tidak stabil yang merosakkan kolagen dan penyebab kulit kering, garis halus, dan kedutan wajah. Penyelidikan terbaru menemui asid absorbik 2-fostat dari Vitamin C, bukan sahaja meneutralkan radikal bebas, malah juga memulihkan kerosakan DNA.

Kajian mencadangkan vitamin C juga mampu mengurangkan kesan selaran matahari yang disebabkan pendedahan terhadap radiasi sinar ultraviolet B dan mencegah kesan jangka panjang pendedahan kepada cahaya matahari yang boleh mengakibatkan kanser kulit.

Bagaimanapun ini tak bermaksud anda boleh makan vitamin C atau sapu vitamin C pada kulit dan berjemur di bawah terik matahari, tetapi ia boleh membantu kulit anda sihat dan lembut melalui pengambilan mencukupi vitamin antioksidan ini.

ADAKAH ANDA TAHU?
-Manusia tidak dapat menghasilkan vitamin c sendiri.
-Vitamin c larut air & akan hilang berterusan dari tubuh kita.Maka kita perlu mengambil vitamin c setiap hari.
-Vitamin c tidak memberi kesan toksik.  
-Dr Pauling yang menemui vitamin c,mengambil 18g [18000mg] sehari & beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.
-Kajian dari Dr James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5000mg [10tablets] hingga 10000mg [20 tablets] vitamin c dalam sehari. 

ADAKAH MEMADAI VITAMIN C DARI BUAH?
-Setiap hidangan buah membekalkan sekitar 45-60mg vitamin c
-Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkapdalam masa 10hari selepas buah itu ranum.
-Buah yang tidak ranum kan mengandungi vitamin c yang sedikit.
-Kandungan vitamin c pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik & akan musnah apabila terkena kepanasan.

PERBEZAAN VITAMIN C 500MG SHAKLEE
-Bersifat sustained release.100mg akan dilepaskan bagi setiap 1jam selama 5 jam tanpa henti.
-1 tablet vitamin c shaklee 500mg bersamaan dengan7 setengah biji oren.
-Mempunyai Bioflavoniods yang membantu penyerapan vitamin c sepenuhnya & memelihara vitamin c dari teroksida.
-Sumber natural tiada bahan perasa tiruan,pemanis,pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Mesej/WhatsApp - 013-5928021
FB Page : Cantik Itu Sihat
suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...