sleep all your troubles away

Jan 15, 2015

menghitung hari

Assalamualaikum dan hai,

lagi berapa hari je lagi nak pergi sarawak dan banyak sangat benda nak kena settle. yang paling malas nak buat ialah packing. dalam surat katanya 20kg barang sahaja, tapi member-member aku kata naik MAS, so barang maximum 30kg.

walaupun aku dah ada passport antarabangsa (kaler merah), aku pi buat jugak dokumen perjalanan terhad (kaler biru). paklong aku kata nanti dah pi sana, kita tunjuk surat sah jawatan kat imigresen dan akan dapat visa. tapi memandangkan aku jenis cepat panik, aku buat jer. aku takut nanti ada masalah kat airport sana. 

setakat aku berurusan dengan bank (sebab nak mintak penyata akaun dan kwsp), imigresen, hospital dan mahkamah (untuk akuan sumpah), walaupun aku terpaksa berulang-alik, tunggu lama tapi aku tak rasa stress sebab semua orang kat kaunter tu semua ramah mesra. semua mendoakan aku pergi sarawak. semoga Allah merahmati anda. :)

group upsi siblings

time ni sem tiga. untuk photoshoot satu kos. (pendidikan matematik). dua ke johor, dua ke sabah, dan tiga ke sarawak. kalau kat group whatsapp tu semua sibuk. ada yang kat hospital, kat bank, kat imigresen. sekarang ni sibuk bincang macam mana nak pack barang untuk 20kg. hihi. ada idea?


p/s: backpack vietnam hujung tahun cancel, backpack korea katanya. 
suka tak???

2 comments

Thursday, January 29, 2015

Tu dlm kampus upsi yg lma kan..rindu upsi..brtahun2 da tinggal..huhu

Saturday, January 31, 2015

Salam... nak pindah Sarawak yer... bagus tu... orang Sarawak baik baik... mula2 kena beli penimbang lah kalau nak timbang 20kilo tu, kalau tak cemana lah nak tau barang tu dah 20 kilo... dah tu bagus bungkus dalam kotak... senang diorang nak uruskan..

Sarawak kat mana ni? sementara kat Sarawak tu boleh lah singgah2 ke KK ye...

Salam Singgah

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...