sleep all your troubles away

Jan 25, 2017

Kejohanan olahraga dan balapan SMKeTa

Assalamualaikum dan hai, 

Tahun ketiga bersukan di tatau terchenta. tak macam di semenanjung, sukannya hanya sehari, disini tiga hari berturut-turut pagi sampai petang. betul-betul bersukan. dan kat sini tak fokus sangat dekat segala khemah berhias tercantik ataupun perbarisan lintas hormat. semuanya bertumpu kepada acara balapan.



macam biasa, awal tahun, hujan, jadi padang pon dah macam sawah padi. 
lupakan jelah segala sportshoes mahal tu. 

apa yang penting bukan kemenangan, tapi semangat untuk habiskan larian walaupun kau kena tinggal satu pusingan (acara 4 x 400). dan acara yang buat aku sebak ialah acara 1500 meter jalan kaki. muka tu dah pucat dan nak pengsan, diorang jalan jugak sampai garisan penamat. habis je garisan penamat, terus pengsan. sengaja buat cikgu nangis.


the most awaited event. acara guru, 4 x 100 m. (kategori overweight). hiks. 

demi memberikan hiburan kepada anak-anak didik setelah bertungkus lumus berlari tiga hari ni. walaupun aku dulu hanyalah pasukan sorak. dengan keadaan padang yang mencabar, susah jugak nak lari, dengan badan gemuk gini. dengan ini membuktikan orang gemuk juga boleh berlari. enjoy-enjoy jak kan.

p/s: tahun depan sik mauk kamek join lagi ho. 

suka tak???

Nov 29, 2016

Teacher's journal

Assalamualaikum dan hai hai hai

Cuti sekolah dah bermula dan aku rasa inilah masa paling sesuai untuk mula berblogging kembali. Jadi, aku rasa post lepas ni lebih kepada life as an educator. Mana tahu boleh jadi draft untuk manuskrip pertama cikgu amirah.


Aktiviti isnin pertama cuti sekolah adalah mengemas meja yang gila serabut segala mak nenek dok ada. Memandangkan sebulan lebih meja ini ditinggalkan dan akan dilawat oleh tikus tikus, aku buang segala kertas yang tak pakai. 

Sebagai warming up setelah lama tak menulis, tu je kot untuk kali ini. 

suka tak???

Aug 8, 2015

hujan


hujan lebat. angin kuat. 

sejuk-sejuk begini, dapat secawan teh panas, cicah pula dengan biskut empat segi, nikmat yang tak terucap. 

tapi nampaknya housemate tengah masak nasi lemak. kuah sambal sotong lagi. 

hujan, memang musim menternak lemak gamaknya. hmm, makin berhabuk lagilah kasut sukan tu. 



with love from tatau, bintulu. 

suka tak???

Jan 15, 2015

menghitung hari

Assalamualaikum dan hai,

lagi berapa hari je lagi nak pergi sarawak dan banyak sangat benda nak kena settle. yang paling malas nak buat ialah packing. dalam surat katanya 20kg barang sahaja, tapi member-member aku kata naik MAS, so barang maximum 30kg.

walaupun aku dah ada passport antarabangsa (kaler merah), aku pi buat jugak dokumen perjalanan terhad (kaler biru). paklong aku kata nanti dah pi sana, kita tunjuk surat sah jawatan kat imigresen dan akan dapat visa. tapi memandangkan aku jenis cepat panik, aku buat jer. aku takut nanti ada masalah kat airport sana. 

setakat aku berurusan dengan bank (sebab nak mintak penyata akaun dan kwsp), imigresen, hospital dan mahkamah (untuk akuan sumpah), walaupun aku terpaksa berulang-alik, tunggu lama tapi aku tak rasa stress sebab semua orang kat kaunter tu semua ramah mesra. semua mendoakan aku pergi sarawak. semoga Allah merahmati anda. :)

group upsi siblings

time ni sem tiga. untuk photoshoot satu kos. (pendidikan matematik). dua ke johor, dua ke sabah, dan tiga ke sarawak. kalau kat group whatsapp tu semua sibuk. ada yang kat hospital, kat bank, kat imigresen. sekarang ni sibuk bincang macam mana nak pack barang untuk 20kg. hihi. ada idea?


p/s: backpack vietnam hujung tahun cancel, backpack korea katanya. 
suka tak???

Jan 9, 2015

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan hai

Kalau ikut plan, aku join Hafsah dan Nad ke Kelantan untuk misi program pasca banjir under team pengakap selangor. tapi last minute aku tarik diri sebab aku kena balik Perlis, tok aku masuk wad. sekarang tok pon dah discharge dan tak pakai oksigen dah. 

dua hari lepas aku pulak demam panas teruk sampaikan towel basah mak aku letak atas dahi tu kejap je dah kering. tapi aku rasa sejuk yang amat. dengan sakit badan, kepala, dada semua ada. sakit tekak yang tak tahan. dokter kata tekak aku bengkak. sekarang ni pon rasa letih sangat tapi aku excited nak cerita satu benda. 

masa demam teruk, telefon bunyi dan aku rasa malas sangat nak angkat. berkali-kali. at last aku telefon balik kawan baik aku, Syafiqah Anuwar. rupa-rupanya result posting. tapi aku suruh dia check. aku memang tak berdaya. Alhamdulillah. berita gembira buat seluruh family dan kawan-kawan. akhirnya terlaksana jugak niat kami untuk mendidik anak bangsa. air mata kegembiraan. setelah setahun lebih menunggu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

lepas ni aku update blog dari sarawak lah ye. :)


suka tak???

Jan 5, 2015

new year

Assalamualaikum dan hai

Entri pertama tahun 2015. apa yang aku boleh katakan pada awal tahun ni, 'read more books, write a book (perhaps), and inspire others'. 

tahun 2014 dipenuhi dengan pelbagai warna. kisah posting dan status calon simpanan. setelah beberapa kali pengumuman di laman web kpm, masih berstatus calon simpanan. tapi aku masih bersyukur walaupun tidak menjadi guru tetap, aku masih diberi peluang jadi cikgu ganti. 

dan aku mulakan bisnes Shaklee aku pada permulaan tahun. walaupun ada jugak kenalan dan sedara mara yang perli ke nganjing aku ke asyik promote kat facebook, aku senyumkan aje. aku ambil itu sebagai catalyst untuk lagi maju.

my first ever oversea trip - medan, indonesia. hasil penjimatan duit gaji cikgu ganti selama empat bulan. niat aku bukan nak shopping pon tapi lebih kepada tengok tempat orang. sekurang-kurangnya kita belajar apa itu nilai kehidupan. lepas ni mungkin ke vietnam. 

dan tahun 2014, kita belajar apa itu musibah. Tuhan menguji kita. dari isu kapal terbang, banjir dan latest, ribut di balik pulau, my own hometown. betapa kerdilnya diri kita. ditambah dengan masalah diri sendiri dan konflik sekeliling. 

yang penting jangan complain. take every moments in your life and make it perfect. 



suka tak???

Dec 7, 2014

Rentap

Assalamualaikum dan hai hai hai



aku bukanlah pakar dalam bab-bab nak komen filem orang. tapi semalam first time mak aku ajak kami satu family tengok wayang. antara rentap dan gila baby. dua-dua pelakon favorite aku, zahiril adzim dan beto kusyairy. tapi sebab gila baby pukul 650, dah nak dekat maghrib, so sori beto. heh. 

aku rasa filem ni bukanlah setakat filem tangkap muat yang berlambak tu. berbaloi jugak la tiket dua belas ringgit tu. dia punya jalan cerita, sinematografi, grafik semua memang cantik. dan lagi satu pasal parkour. bagi aku tu benda baru kan. aku tak pernah dengar pon. ada elemen cinta tapi tak banyak, elemen lawak dan yang pasti bukan level maharajalawak mega. lawak yang memang kita buat sesama kita. bukan lawak pentas. ngerti? 

selalunya kalau aku tengok elfira loy berlakon, aku tak boleh terima dengan watak dia. macam tak sesuai gitu. tapi ni first time aku boleh terima. hehe. so apa-apapon rentap ni memang berbaloi untuk ditonton. tak macam filem pengantin malam yang aku tengok dulu. rugi duit aku. setakat lima orang pelakon. (sempat lagi mengata filem orang). 


suka tak???

Dec 4, 2014

stay strong

Assalamualaikum dan hai

Lately aku rasa banyak perkara yang frust jadi kat aku. tapi macam biasa aku relax jer walaupun hati takdelah kental mana kan. 

first pasal gaji cikgu ganti. kalau ikut prosedur, habis je bulan, kerani sekolah akan settlekan semua dan hantar ke PPD. dan akan ambil masa 14 hari bekerja. tapi disebabkan beberapa masalah yang sangat jelas bukan berpunca dari aku, sampai sekarang aku still tak dapat gaji september dan oktober. apa kau ingat aku isi minyak kereta guna dedaunan kering? dan aku terpaksa meminjam daripada mak aku. 

hutang den botingkek-tingkek

second pasal posting. masuk kali ini, dah tiga kali SPP which is suruhanjaya perkhidmatan pendidikan keluarkan nama untuk posting. dan menghampakan, semuanya takde nama aku. katanya senarai akan datang keluar pada bulan april. so nampak gayanya aku terpaksa jadi cikgu ganti lagi. tapi bukan di sekolah sebelum ni. 

third, aku punya roadtax motor dah mati dan aku still naik motor pusing balik pulau lagi. korang jangan kecoh-kecoh pulak. lulz. dan pelbagai lagi masalah yang too personal to share. 

walau apapun jadi, aku bersyukur sebab aku ada parents yang sangat memahami. depa selalu cakap 'Allah dah tulis rezeki kita, sabar jer'. dan aku selalu tanamkan dalam kepala aku yang tak semua orang dapat ujian yang aku dapat. dan Allah tahu kita mampu. life must go on. 

dan bila mana kita positif, ramai member akan mendampingi untuk sedut aura positif. benda baik harus dikongsi kan. :)


suka tak???

Nov 27, 2014

inspirasi

Assalamualaikum dan hai, 

sejak-sejak aku dah habis belajar dan duduk dengan parents, aku perhatikan berat aku ni hmmm, errmmm, dah makin bertambah-tambah. dahlah nak jogging pon malas. nampak langit mendung sikit, dah cancel. haritu konon-konon senamrobik (dalam rumah je), kaki sakit, terus stop. 

kalau makan suplemen pon tapi mulut tu ngengada nak makan, memang tak jadi jugak. suplemen ni just act as catalyst jer. yang lain tu usaha sendiri. dan aku ingat aku nak start buat diet atkins bulan 12 ni. hahaha. macam lawak je aku punya planning tu. 

yang aku gagah nak turunkan berat badan ni sebab BMI tak stabil, aku pon takdelah tinggi sangat. lepas tu, aku nak hidup secara sihat. wowww. dan sebabnya lagi ialah aku jeles dengan 'aku' yang umur 16-20 tu. sebab aku slim jer. hehehehe. 




gambar aku umur 18. gambar-gambar time matrik dan first year lah jadi inspirasi aku untuk kurus sekarang. so kalau korang nak kurus, jangan cari inspirasi sampai model-model luar negara, tengok diri sendiri pon cukup. 


Oh, 55 kg, I miss you damn much. 


suka tak???

Nov 26, 2014

I'm in love





Assalamualaikum dan hai, 

aku betul betul jatuh cinta. serius tak tipu. dah lama aku cari produk yang betul-betul sesuai dengan aku. then I met Shaklee.  mula-mula aku beli dekat kawan aku. ambil slimming set. haha. ye, aku memang nak kurus kot. sebulan lepas tu aku pon jadi ahli. dapat beli harga ahli dan 25% lagi murah okayyyyy. aku terus beli ESP atau nama penuh dia energizing soy protein. 

aku ambil sebagai breakfast sebelum nak pergi sekolah, dalam pukul 12 camtu baru rasa lapar. kalau dalam pukul 10 ke 11 aku pergi kantin tu kira, memang mulut aku ngengada nak makan. sebab kawan aku cakap boleh buat masker, aku pon google resipi-resipi masker esp ni. gigih aku beli yogurt buat masker. hari-hari pulak tu bermasker. 

dalam dua tiga bulan lepas tu, bukan kawan-kawan tegur, student pon tegur. 'eh, kulit teacher makin putih la'. ok, jadi aku rasa eksperimen aku menjadi kan. hihi. 


secerah-cerah kulit muka aku, belum tahap flawless lagi tau. hahaha. 


suka tak???

Nov 25, 2014

mengimbau kenangan

Assalamualaikum dan hai,


minggu lepas si Fae dan Ilham datang melawat aku. rindu katanya. dah alang-alang kami pi melawat sekolah lama. dekat situlah perkenalan kami bermula, 8 tahun yang lepas. walaupun dah cuti sekolah, still ada budak-budak spm kat sini. sebab tu kami boleh masuk. 

tiap kali jumpa, mesti mengimbau semula kenangan satu kelas, dengan budak-budak dorm, hari koperasi, english day bagai. dan setiap kali tu kami gelak macam baru pertama kali jadi. how time flies. 

dulu aku dengan Fae selalu tidur dalam kelas pendidikan Islam. nanti kami berdua dok lawan hembus mata sambil baca 'Auzubillahiminassyaitonirrojim'. buatlah beribu kali pon, 5 minit ja bertahan. kiranya untuk subjek pendidikan Islam ni banyak kami self-study. buat discussion kat dorm. haha. 

akhirnya jadi 'manusia' jugak kita kan? 
suka tak???

Nov 18, 2014

main hoon na

Assalamualaikum dan hai


pernah tak kau rasa tertekan sampai kau tak tahu nak cerita macam mana
letih dengan apa yang ada depan mata
dan kau nangis tanpa buat apa-apa
pernah?


pada waktu itu
aku cuma perlu teman yang pegang bahu aku
sambil kata 'aku ada'




terima kasih insyi. yang sanggup hulurkan tangan dan memaut aku yang terkapai-kapai walaupun melalui whatsapp. :)


p/s: ini bukan sajak, bukan juga puisi. 
suka tak???

Nov 15, 2014

blusher

Assalamualaikum dan hai.

peristiwa ni berlaku masa aku ganti smk teluk kumbar 2 dulu. sekolah menengah. 

‘apa yang buat kelas matematik kita lagi menarik?’

‘cikgu pakai mekap tebal tebal’

First time aku masuk kelas 1 KAA (kelas aliran agama) –ada bahasa arab je pon, sebagai cikgu ganti subjek matematik. Cikgu sebelum ni, cikgu praktikal yang cantik. Cantik, pandai bergaya dan memang cantiklah.

Nak dibandingkan dengan aku yang nampak nerd dengan spek cikgu murni dan lurus. memang jauh beza ibarat langit dan bumi.  


*hari guru*

esoknya aku cuba mencalit blusher. tiba-tiba depa perasan dan komen 'usaha lagi'

flip meja guru


suka tak???

Nov 13, 2014

darjah satu dan bola sepak

Assalamualaikum dan hai, 

dua bulan tak update blog sebab sibuk. alasan sangat. sejak-sejak aku jadi cikgu ganti semula, aku malas betul nak update. aku takut kalau aku dah posting nanti, jadi macam tu jugak. kali ni sekolah rendah. seronok. sebab kita deal dengan budak-budak. aku jadi cikgu matematik, pendidikan jasmani, muzik dan sivik. hmmmm. 

macam-macam ragam. 


merajuk sebab tak dapat bola. 

sekali aku jerit 'woihh, nama pon bola sepak, pergilah rebut!'

terus bangun berlari.



budak darjah satuuuuu. 
suka tak???

Sep 11, 2014

setahun sudah berlalu

Assalamualaikum dan hai semua, 


maksud aku yang setahun sudah berlalu tu ialah dah setahun aku konvo, tapi aku tak posting lagi. kiranya aku habis belajar dalam 15 bulan.

Lepas je habis belajar tahun lepas, aku sempat rehat dalam dua bulan lepas tu aku dapat jadi cikgu ganti kat sekolah menengah sampai hujung tahun. itupun PK1 tempah siap-siap sebab ada cikgu nak bersalin. dan bermulalah kerja aku mengganti cikgu-cikgu yang bersalin dari bulan Januari sampai bulan Julai hari tu. kiranya genap setahun. 

Bulan 8 jer aku cuti, tapi aku try cari jugak kerja-kerja lain. ikutkan hati aku nak jadi operator kilang BBraun je, tapi aku dapat offer jadi cikgu ganti sekolah rendah sampai hujung bulan Oktober ni. dan aku harap aku posting tahun ni jugak. In Sha Allah.

aku lulus interview tapi statusnya jadi calon simpanan. alasan kpm kami akan posting ikut kekosongan opsyen. iyelah sangat. member aku kos sains ajar english. apahal?


suka tak???

Sep 3, 2014

penang street art


Assalamualaikum dan hai, 

Disebabkan aku nak pegang title orang penang sejati, aku ajak si Fae teman aku pergi Penang Street Art. tapi tak puas sebab kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. tapi takpe, lepas ni aku ajak orang lain pulak teman. 



disebabkan aku hari tu bajet bajet ayu pakai skirt, so tak boleh la nak naik basikal comel-comel. bila sewa basikal, kita akan dapat map untuk kawasan penang street art tu. rupa-rupanya banyak lagi area penang ni aku tak habis jelajah. so siapa yang tiba-tiba ja datang penang, singgah la ke penang street art, dekat dengan jeti. ok, till then, goodbye. 


suka tak???

Aug 27, 2014

hari sukan

Assalamualaikum dan hai, 

Ini cerita seminggu sebelum Ramadhan. tapi masa tu aku sibuk. tak sempat nak update. Disebabkan aku ni kerja mengganti-ganti cikgu di sekolah tu, jadi aku pon lompat dari satu rumah sukan ke rumah sukan yang lain. Tapi kali ini, rumah merah ataupun Syahbandar. Malam sebelum hari kejadian, dengan serta-mertanya aku dilantik jadi photogapher terjun. Kamera pon aku guna kamera pinjam. So, kita enjoy. Mana tahu gambar-gambar ni bagi idea untuk hari sukan sekolah korang. 


temenggung, bendahara, laksamana dan syahbandar dari kejauhan. 

'bahawa kami, pelajar-pelajar smk teluk kumbaq dua...'
teluk kumbar la weiii, bukan main pekat lagi loghat utagha dia. 


aku macam biasa, tukang sorak. tapi sebab jadi photographer, kena 'limit'kan aktiviti sorak tu. 


seriously, aku rindu sekolah ni. setahun aku menabur bakti. cewahhhhh. 
suka tak???

Aug 25, 2014

sumatera utara - medan

Assalamualaikum dan hai, 

perasaan teruja membuak-buak bila aku terjumpa blog jejari manis dan curator twt_backpacker hari tu. terus aku rasa nak update pasal #sirijelajahsumaterautara aku. 

kami pergi 5 hari (28 Mei - 1 Jun). duit tiket pergi balik dalam RM250, pakej termasuk pengangkutan, makan dan hotel dalam RM475. so bawa duit shopping saja. aku pon bukan nak shopping sangat, lebih kepada nak tengok tempat orang. 

after several months I struggling with 'school', this is how I reward myself. - insta sendiri

kami tak terus pergi hotel. jalan-jalan dulu, cuci mata. petang tu Pak Hendrik (kami punya tour guide merangkap driver) bawa pergi satu kedai ni. 


tapi aku nasihatkan jangan shopping sakan semasa hari pertama. nanti korang akan menyesal. kat sini aku beli kain sulam sepasang. buat syarat pergi indon. haha. lagi satu, ada penjual-penjual yang approach kita dan seolah-olah memaksa kita beli. senyum jer dan terus blah masuk van. certain penjual yang ekstrim, diorang akan rapat terus ke tingkap van. kalau korang nak beli jugak, suruh tour guide yang settle. 

harganya, biar bagus bagus ya pak. - mencuba untuk bercakap dialek indon


lepas singgah kedai tu berjam-jam (ni sebab Kak Ila shopping sakan. haha), kami pergi Medan Mall, tak banyak beza dengan shopping mall kita tapi orangnya sangat ramai. cuma akan keliru dengan harga. so setiap kali tengok harga, masing-masing kira. RM10 sama dengan Rp35000. bayangkan nak masuk tandas seorang Rp500. 

beza waktu dengan Malaysia cuma sejam tapi suasana macam Malaysia. pukul 630 petang tapi gelap dia dah macam 730 kat Malaysia. satu je yang aku tak tahan kat sini, sepanjang jalan, bunyi hon. rupa-rupanya hon tu untuk bagi alert pemandu lain. macam kau nak potong ikut kiri, jadi, bagila hon.

kami dah makan malam dengan kenyang, baru check-in hotel. rupanya ramai orang Malaysia datang holiday. tengok cara pakai tudung pon kita boleh beza antara Indonesian dan Malaysian. so esok aku sambung lagi, tapi kali ni di Parapat pulak. 


suka tak???

Aug 24, 2014

dari teluk kumbar ke balik pulau


Assalamualaikum dan hai, 



siapa kata hubungan cikgu-pelajar hanya di sekolah? ini buktinya. pengerusi dia mestilah En. Yunus, penolong kanan pentadbiran sekolah. padahal, aku hanya cikgu ganti je kat sekolah tu. eh silap. bekas cikgu ganti. walaupun aku kontrak aku dah habis, kami semua masih berhubung. selalunya whatsapp, wechat dan facebook jer. 

mula mula diorang ajak aku sekali naik basikal. rumah aku memang kat balik pulau, jadi memang tak lah, aku berulang alik balik pulau - teluk kumbar - balik pulau. oh my precious lemak! nampak gayanya aku kena repair basikal yang abah gantung kat belakang rumah. sebab kayuh basikal time sekolah dulula, yang aku boleh kurus. tapi gemuk balik setelah beberapa tahun kemudian. 


suka tak???

Aug 6, 2014

#throwback - siri jelajah sumatera utara.





Assalamualaikum dan hai,

ini namanya sejenis throwback. lebih kurang tiga bulan lepas. cuti sekolah panjang tu. first time jelajah negara orang, walaupun takdelah berbackpacking sangat tapi puas sebab semua perbelanjaan ditanggung oleh diri sendiri. duit gaji cikgu ganti. lepas ni aku cerita siri jelajah sumatera utara ni. 

sudah aku bilang blog ni universal, lepas lepas ni mungkin nak cerita pasal shaklee, pasal student, pasal isu semasa. haha.

p/s: last aku update blog 7 april, esok dah 7 ogos kot. 

suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...