sleep all your troubles away

Nov 13, 2012

puan inspektor


selama tiga tahun, inilah hari yang ditunggu-tunggu. lebih seminggu kawad pagi petang. malam ada raptai dalam dewan pulak. first time aku naik kapal terbang, first time aku tertidur sambil beratur dalam dewan. dan first time air mata aku jatuh sebab aku sangat penat. budak cengeng. mana tak penat, stamina dah ke laut. 



suka tak???

Nov 10, 2012

keputusan


assalamualaikum dan hai

dah tiga minggu aku pencen sebagai cikgu praktikal. dan setelah ditimbang-timbang, aku telah mengambil keputusan yang sangat berat. bahawasanya aku akan cuti sepuas-puasnya sebelum aku masuk semester lapan bulan dua tahun depan. woha. jangan cemburu wahai pelajar sekalian. nak contact member member, facebook and twitter kan ada. takyah topup topup. cuti ni bolehlah aku habiskan buku-buku. mana lah tahu tiba-tiba dapat idea bombastik, tulis buku. 

p/s : aku masih berangan-angan untuk buka bakery. 
suka tak???

Nov 7, 2012

hormat


yang tua dihormati, yang muda disayangi

lapuk. 

sebelum kau nak diri dihormati
hormat orang lain terlebih dulu

kau tua, aku muda, mereka mentah
adakala aku dan kau harus belajar dari yang mentah

ego kau. boleh aku pecah pecahkan?


suka tak???

Nov 5, 2012

#seritanjong - muda belia


assalamualaikum dan hai


Bila kau berpraktikal dengan umur yang belum cecah 25 plus muka yang memang budak-budak, memang susah budak-budak sekolah nak terima. Bukan setakat budak, cikgu cikgu senior pon masih keliru. Dan kau sendiri pon speechless sebenarnya. Contohnya, ada cikgu-cikgu yang sebaya dengan mak aku sendiri. So, aku terpaksa panggil beliau kakak. Dia pon suruh kami panggil kakak jer. Ada jugak cikgu yang nak pencen, Cikgu Badariah pernah berkata begini dengan kami

Eh, panggil makcik je lah ea. Tak tergamak nak suruh panggil kakak. Anak pon dah umur 30.

Sehari dua, aku panggil cik jer. Pastu tukar jadi cikgu. Ikut keselesaan dan depend dekat persekitaran. Kalau ada cikgu-cikgu lain, aku panggil cikgu dan begitulah sebaliknya. Kang tak pasal-pasal kena tegur dengan cikgu besar.

Ada juga student form one ingat kami senior form four. Ada yang tersasul panggil kakak kot. Macam kes member aku, dia hampir hampir dicubit oleh cikgu senior sekolah time latihan rumah sukan sebab member aku pakai sandal. Dan cikgu tu ingat dia form four! Hey, kami cikgu praktikal lah! Dan aku bernasib baik sebab sekolah aku tu takde form six dan aku pula mengajar sesi petang. Thank God! Budak-budak form four form five pandang aku atas bawah atas bawah, bila nampak nametag, diorang baru perasan aku cikgu. Sebab tu la kena pakai nametag, ini bukan soal skema ke nerd. 


suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...