SENARAI PRODUK DAN INFO
1. ESP
2. SUSTAINED RELEASE VITA-C
suka tak???
Jan 1, 2014
Dec 31, 2013
moments in 2013
assalamualaikum dan hai
boleh aku katakan tahun 2013 ini memberi warna warna pelbagai dalam hidup aku. tahun ini, sejak bergelar seorang graduan, aku lebih banyak berfikir mengenai masa depan sampai pening kepala dibuatnya. mereka bilang posting akan dibekukan sehingga 2016. nak sedapkan hati aku cakap 'takpe, hero kalah dulu'.
tahun ini segala konflik hati dan perasaan telah aku selesaikan. dan aku tinggal cerita itu jauh ke belakang. tahun ini, aku ralat kerana seorang member dah jadi stranger. tahun ini, sahabat maya dah jadi sahabat realiti. selalu jumpa kat timeline, semalam lepak di kedai buku. aku percaya Tuhan hadirkan setiap insan dalam hidup kita untuk mengajar sesuatu.
di penghujung tahun ini, aku belajar sikit sikit apa itu tanggungjawab sebagai yang sulung. kalau tak berkorban, itu bukan anak sulung namanya.
untuk azam tahun ni, aku dah hampir hampir. azam tahun depan, aku harap duit simpanan aku pada tarikh 1 januari 2015 ada dalam lebih 5k. =]
love,
miranadia
Dec 19, 2013
al-musibah wal masalah
assalamualaikum dan hai
'Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu'
[Al-Taghabun, ayat 11]
setempek kena kat aku.
tiap kali aku ada masalah, mesti aku buka balik terjemahan ni. tak jadi nangis. =]
suka tak???
love,
miranadia
Dec 16, 2013
kenapa tak apply mara?
assalamualaikum dan hai
suka tak???
zaman praktikal di kuala selangor
dua tiga minggu lepas ramai kawan kawan aku yang terlibat dengan temuduga untuk jadi cikgu mrsm. aku tak apply pon. ada jugak yang cakap 'eh, kau kan budak mrsm, mesti la ada peluang'. tak. aku rasa tidak diambil kira pon.
aku punya prinsip. aku mahu kepuasan. ibaratnya kau ambil batu tepi jalan, kau gilap gilap dan terus gilap sampai jadi permata yang bersinar. atau kau pungut permata permata kusam dan kau gilap. mana satu pilihan korang? aku pilih batu tepi jalan.
oh ya, kepada kawan kawan yang pergi temuduga, semoga berjaya.
oh ya, kepada kawan kawan yang pergi temuduga, semoga berjaya.
suka tak???
love,
miranadia
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
