sleep all your troubles away

Dec 30, 2009

cikgu-cikgu kembali belajar dan diajar

bismillah....
assalamualaikum....

seminggu sudah berlalu, dah sem 2 rupanya. Cikgu-cikgu (gelaran utk student upsi) belajar kembali. mula menaiki bas menuju ke kelas. bermulalah adegan tolak-menolak, himpit menghimpit, redah meredah untuk naik bas bila tibanya peak hours. baru aku taw student upsi ni ganas2 belaka. boleh dikatakan skill berebut naik bas cikgu-cikgu tak dpt dipertikaikan lagi dan sumenye 'TIPTOP'! Ada makna tersirat disebaliknya yg boleh kita blajar...
REBUT PELUANG!!!

kenapa aku ckp camtu??? yelah....macam senario rebut2 naik bas, kita akan terus mencari peluang kehadapan utk sampai ke tangga bas, kiranya selamat la tu. samalah macam kehidupan kita, dalam hidup yang memang mencabar ni, kita harus merebut peluang yg ada untuk menjadi yang terbaik. peluang tak datang bergolek.....

dahla...aku bukan nak ajar korg skill nak rebut naik bas...saja mau cerita kerna


'aku suka cerita'

jadual sem ni agak tak best sebab ada hari yang tersangat busy sampai nak berfacebook pon x leh dan ada hari yang tersangat relax hinggakan dah boring menghadap facebook. lumrah manusia, sentiasa tak berpuas hati....masuk jer kuliah pembangunan sahsiah, aku sedar yang seorang guru harus mempunyai akhlak, motivasi dan pendirian yg kukuh, barulah senang utk mengawal anak-anak murid nanti. maklumlah, semakin menginjak ke alaf baru, pemikiran anak-anak muada semakin terbuka. ada pula yg mempunyai pemikiran yg sangat terbuka hinggakan membuka aurat mereka. bila aku fikir2 balik, macam mana lah kerenah dan telatah anak-anak didikku nanti. bak kata pensyarah aku, En. Taquddin, remaja yang bermasalah seharusnya ditegur dengan cara penuh kelembutan dalam ketegasan bukannya kemarahan. lagi satu, beliau berkata, wujudnya invisible boundary antara pemikiran remaja dan golongan dewasa. tak faham ker??? hmm...contohnya cmni...dalam seharian kadangkala kita akan guna ayat2 mcm ni tanpa sedar dengan tujuan utk bergurau senda...


"kuang ajaq hang.."
"tak guna tol la..."

dan bermacam2 lagi. tapi bagi mak bapak kita ayat2 yg dikluarkan oleh kita sendiri amat tidak bersopan santun. cuba try test tengok....bila kita menggunakan ayat2 nie bila bersembang ngan adik beradik lain, kompem kena dengar radio original home made (berleter la tu..) diorang mesti frust sebab kita gunakan ayat2 sebegitu....

Masuk plak kelas kaunseling dalam Islam. aku ngan roomate aku jer budak sem 2, apa lagi..wat muka innocent tahap cipan la. aku kan terer bab2 tue....first lecture ialah pasal current isu umat islam. tu pon bincang baru cket. banyak benda yg jadi sekarang ni, isu murtad, bunuh diri, sumbang mahram dan banyak lagilah...tapi aku dapat simpulkan bahawa itu semua bergantung kpd diri sendiri. kalau kita pandai kawal nafsu, insyaAllah....Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa semua masalah manusia tu berpunca dari hati iaitu kawalan nafsu. nak ulas panjang pon tak leh gak, takut tersalah info. lagipon baru first class. tapi dah kna wat tugasan iaitu "Fasa Kehidupan berdasarkan Pengalaman Keagamaan". hendaklah merangkumi 4 aspek iaitu aqidah, syariah, ibadah serta akhlak. aku pon tengah berfikir macam mana nak wat.....





bila masuk coarse major macam advance calculus, linear algebra n discrete mathematics, aku jadi gerun takut semangat sume bercampur. mana taknya calculus dah makin tough dan ada yang tak pernah nampak langsung term dye, nak tergelak pon ada. macam L'hospital rule. (pronounciation::lopital). lecturer calculus cam garang.....takot siot! aku dah hampir menjadi 'insan terluka hancur harapan' bila aku tak boleh daftar advance calculus group En. Norazman. masa sem 1 aku jadi semangat bila masuk kuliah calculus. Kalau linear algebra, sekarang ni belajar matrices...tp aku dah konfius. dahla masa kat matrix dulu aku lemah gler nak wat ERO la, Gauss Jordan elimination la....pastu semalam kena reduce plak matric tu kepada echelon form. seris lepas ni kena study hard and smart! kalau discrete mathematics, aku tak taula cmne..nampak macam senang, tapi lepas ni....

apa-apa pun aku kena bersemangat agar ku tak jatuh lagi....
" I create my own future"




suka tak???

3 comments

Saturday, January 02, 2010

salam..
wah mira makin mantop ang pnya ayat huhu...congrats ar..
jap2 ang blajar jgk ke penghapusan gauss dlm matrik??
ak blajo gak hehe..dia kena hafal kan...ada kaedah cramer,ang blajaq?

Saturday, January 02, 2010

wasalam....
tgk org ar, aku slalu jer wat cmni...hehe
ms kat matrix dlu aku bljr elimination row operation(ERO), gauss jordan elimination ngan cramer rule la...skrg bljr cmne nak reduce matrix kpd echelon form....aku pon dok konfius ag

Thursday, August 05, 2010

gud 1 my fren....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...