sleep all your troubles away

Jan 26, 2010

tak perlu

bismillah...
assalamualaikum, salam 1 malaysia


selasa, 26 Januari::922pm




setelah mendiamkan diri selama beberapa hari ni, aku muncul kembali. hahaha...(evil laugh). weekend dipenuhi dengan aktiviti kawad, lepas tu disusuli dengan homework, quiz, choral speaking and discussion. (wah..bz nyer aku). tapi aku bukan nak cter pasal keje2 aku pon. aku rasa kawan2 aku lagi sibuk, dengan report la, itu la ini la bla bla bla.


kali ni aku macam nak cakap pasal do's and dont's dalam dunia blogger. aku dah discuss hal ni dengan akak 'gossip girl'.http://bihagossipgirl.blogspot.com/. dia pon setuju dengan pendapat aku. bagi aku blog ni untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. serta business gak ar. sedangkan ahli politik yang sibuk pon ada blog, inikan pula student yang relax macam aku...hehehe


pandangan kami:::


kadang-kadang bila kita baca blog, kebanyakannya akan bercerita mengenai situasi yang berlaku kepada individu itu sendiri. aku tak kisah diorang nak cter apa pon, tapi kalau nak bercerita mengenai hal peribadi, mesti ada limitnya. kebanyakannya suka bercerita mengenai pasangan masing2 dalam blog. antaranya seperti
sudah beberapa hari si dia tidak menghantar mesej....
oh, indahnya hari-hariku pabila dia disisi
mengapa aku dilupakan, adakah aku yang bersalah,
dan bermacam-macam lagi lah. kadang-kadang aku nak tergelak pon ada. cantik sungguh susunan ayat diorang. kalau wat essay, konfem A++ kan??? sekelumit hama pon, aku tak jeles kat diorang tapi berpada-padalah. takkan sehari tak mesej, nak cter dalam blog. takkan gadoh, kuar dating, dapat hadiah pon nak cter. simpan je la, tak payah nak heboh2 satu dunia. ini baru bercinta, kalau kahwin nanti, takkan nak cter gak. tak terasa ke macam membuka pekung didada. bagi pendapat aku, bila kita bercerita mengenai hal-hal yang peribadi, tanpa sedar kita menonjolkan personaliti kita sendiri ataupun kelemahan diri. (mentang2 la belajar personality development). tapi itu kan hak masing2, lagipon dunia blog ni ialah, pemikiran tanpa tapisan.


pesanan wat blogger::


sebelum nak post something, fikir dulu. nanti tak pasal-pasal kena cekup! hari ni aku baca paper, dah berhari-hari tak baca. seorang blogger diberkas polis kerana kelancangannya menghina dan mencerca Almarhum Sultan Iskandar. penulis blog tersebut yang dikenali sebagai Aduka Taruna menerima ugutan bunuh sebab tak puas hati atas kenyataannya yang melampau yang dipostkan diblognya. menerusi blognya adukataruna.blogspot.com, dia lancang mengeluarkan unsur2 penghinaan terhadap Almarhum selain mencaci kerajaan negeri. kalau didapati bersalah, dia boleh dikenakan denda tidak lebih RM 50000 atau penjara tak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali selain dikenakan denda tambahan RM 1000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. ha..tengok! tak pasal2 kena keluarkan duit dan penjara. disebabkan tak berfikir dulu, tau serang jer.....nasi dah jadi bubur....




dah pukul 10???
nak wat tutorial calculus plak~


kamsahanida~
suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...