sleep all your troubles away

Feb 18, 2010

S stands for SURIA

last night online kat umah. esok nak balik dah. tengah sedap2 layan main cafe world, datangla notification bahawasanya ada org komen pics kat fesbuk. tengok jap, orang komen apa. rupa-rupanya pic dorm aku dulu2. rindu la kat bebudak dorm aku. sempoi. best.terbaikk.


SURIA. tu nama dorm aku masa kat emaresem dulu. kiranya sistematik gak la. satu homeroom satu dorm satu rumah sukan.cincai kira, kami semua anak-anak cikgu jabatan sains. disebabkan suria tu maksudnya matahari, matahari plak berada di atas, jadi dorm aku pon lokasinya diatas.


orang kata budak2 suria ni sume innocent. hakhakhak. macam ni la bentuk dorm kteorang.


kalo hari ahad jer, macam biasa rutin kteorang.
pagi-lepas subuh, breakfast. kalo tak sempat g surau, sodom je la.pstu ada ro-call. (btolke aku eja.hentam je lah). lepas dengar radio free sejam dua, kdg2 tak sampai sejam, maka bertungkus lumuslah kami semua bergotong royong. riuh rendah.
"weh, mana penyapu, mop, penyodok?"
"perhatian, sapa ada tinggal cawan ke mangkuk ke, g amek. aku kira sampai 3, kalo tak amek, aku buang, 1....2.....3....."-arahan paling drastik n fantastik.
lagi best bila kna clearkan bilik mandi, boleh main air!


tengahari-biasanya muka budak2 ni fresh lagi sebab baru lepas mandi, itupun sebab nak pegi makan. kalo tak....hahaha. kami selalu pegi makan berjemaah, sekali cam rombongan cik kiah da. siap dok semeja baca doa. huh, smart ar!


petang-lepas zohor, mata pon cam kuyu jer. tido dulu ahh. sekali kalo lalu sepanjang jalan tu, macam wad bersalin. ahaks. cuma takde nurse ngan doktor jer. sebelum asar, sume bangun sebab CLEAR DORM. beriadah la plak. takde la mandom sangat.


malam-bersiap-siap nak pegi prep malam. lepas prep jer pakat dok berebut iron sebab nak iron uniform. ahh...esok sempat lagi.





ni baju sukan rumah SURIA. kuning berseri-seri. cun kan? baju ni still dalam simpanan aku. tapi ada corak2 tambahan sebab aku basuh sekali dengan baju baru kaler hitam. memang kenangan terindah sebab masa aku form 5, SURIA dapat no 1. cayalah~
tema::lebah.







pic ni masa sambutan maulidur rasul. kami semua berarak pusing maktab. tapi sayangnya pic budak pompuan xde la. yg penting kami sepakat, pakai baju kurung kaler kuning. baru orang kenal. tapi kteorg sebenarnya risau apala agaknya yang budak laki dorm kteorang pakai? rupa-rupanya diorang kreatif kot. pakai baju melayu ngan kain pelekat. memang nampak cam pakcik2, tapi kain pelekat yg diorang pakai sedondon ngan baju. smart dowh~




S stands for SURIA

pic ni plak masa prep hari sabtu. entah knp hari tu bleh pakai t-shirt. kami sume bergambar dgn pelbagai gaya kat depan astaka tu. tapi figura ni terbaekk! kami membentukkan barisan jadi huruf S. so sweet. kangen bangat.lepas amek gambar ni, ada plak yang berani mati nak tangkap gambar time lompat dari astaka. tak berani aku. at last, kaki kawan aku terseliuh.


tahun lepas aku dapat sms dari dormmate aku. aku simpan sampai sekarang....


one day all of us will get busy with our lives, no more drinking sessions, long hours of talks or even sms. some will get married, won't have time. at such a day you'll look outside your window and see the good old memories flash you by and you'll get a smile with a tear in your eye and thinking 'i wish i could go back....'
from Syazmin Sies






p/s: pic ni sume aku rembat kat MRSM Balik Pulau Batch 0607 punyer group (fesbuk). korang memang best.
suka tak???

2 comments

Friday, February 19, 2010

wuish! siap ada tikar getah lagi! cantik giler dorm ang. aku punye dulu simen je. satu dorm 14 orang! haha. wah! tetiba rindu zaman itu..

Friday, February 19, 2010

wahh rindu sama emaresem juga. best ek duk dorm. kat kuantan ada bilik2 je. ;)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...