sleep all your troubles away

Nov 15, 2010

kisah tragis

assalamualaikum

setelah sekian lama aku merepek atau pon kawan aku cakap 'bobok kokse' [in kelantan slanga], ini masanya untuk aku insaf dan berfikir seketika. tapi tak bermakna sebelum ni aku tak berfikir. dua hari lepas, aku dikejutkan dengan berita kematian bekas cikgu aku. memanglah kematian itu pasti, tapi kisah disebaliknya. kematian tu akan menjemput kita, tak kiralah kita sihat, muda, kaya, cantik etc etc etc. mana taw kan tengah khusyuk taip entry or berblogwalking, nyawa terpisah dari jasad. 

back to our story, alkisah kematian cikgu kimia aku, semoga cerita ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kita semua...

malam itu, arwah cikgu aku, Pn Zaura dan anak perempuannya menghadiri majlis makan malam anjuran sekolah. mengikut cerita kawan kawan aku, time diorang turun dari bas, anak perempuannya ingin melintas jalan dan tanpa dia sedar, ada satu motor tengah memecut kearahnya. maka, cikgu aku pon dengan pantas nak tarik anaknya. malangnya, arwah tak perasan bahawa ada lagi satu motor yang sedang memecut dengan kelajuan 160km/j melalui jalan yang sama lalu melanggar arwah. arwah cikgu meninggal di tempat kejadian manakala orang yang melanggar ataupon lebih tepat lagi mat rempit tu meninggal di hospital. hmmm...time arwah mat rempit tu melanggar arwah cikgu, moto dye takde lampu dan takde brek! boleh plak dye merempit macam tu. anak perempuan dye? aku tak dapat bayangkan apa perasaan anak arwah nanti. yelah, bila sedar sedar jer, mak dah meninggal dan dye tak sempat langsung nak tatap buat kali terakhir. sampai saat ini, anak perempuannya masih di icu dalam keadaan koma. dan tidak akan menduduki exam SPM. 

pasal arwah mat rempit tu plak, aish...menurut cerita mak aku, dye pernah melanggar orang lain dan orang tu pon mati. tapi bagi aku, lebih baik dye mati. kalau dye masih hidup? hidup dye mesti penuh dengan kekesalan sebab telah membunuh 2 orang yang tak bersalah dan mungkin takde kaitan dalam hidup dye. oh ya, baru aku teringat, tambah tambah plak dye melanggar bekas gurunya sendiri. 

 ingat hebat sangat ar tu?

kepada mat mat dan minah minah rempit kat luar sana, tolongla pikir pakai otak, bukan kepala lutut korang. apa nak dibangga sangat dengan aksi aksi lagak ngeri tu. kalo nak menunjuk sangat, joinla lumba motor GP tu ke, lumba kereta ker. bukan lumba haram. at least kalo korang eksiden, dapat duit insuran. tak menyusahkan mak bapak. 



AL-FATIHAH untuk kedua duanya, semoga roh mereka dicucuri rahmat. 
AMIN...



suka tak???

1 comment

Tuesday, November 16, 2010

takziah buat cg zaura

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...