sleep all your troubles away

Nov 5, 2012

#seritanjong - muda belia


assalamualaikum dan hai


Bila kau berpraktikal dengan umur yang belum cecah 25 plus muka yang memang budak-budak, memang susah budak-budak sekolah nak terima. Bukan setakat budak, cikgu cikgu senior pon masih keliru. Dan kau sendiri pon speechless sebenarnya. Contohnya, ada cikgu-cikgu yang sebaya dengan mak aku sendiri. So, aku terpaksa panggil beliau kakak. Dia pon suruh kami panggil kakak jer. Ada jugak cikgu yang nak pencen, Cikgu Badariah pernah berkata begini dengan kami

Eh, panggil makcik je lah ea. Tak tergamak nak suruh panggil kakak. Anak pon dah umur 30.

Sehari dua, aku panggil cik jer. Pastu tukar jadi cikgu. Ikut keselesaan dan depend dekat persekitaran. Kalau ada cikgu-cikgu lain, aku panggil cikgu dan begitulah sebaliknya. Kang tak pasal-pasal kena tegur dengan cikgu besar.

Ada juga student form one ingat kami senior form four. Ada yang tersasul panggil kakak kot. Macam kes member aku, dia hampir hampir dicubit oleh cikgu senior sekolah time latihan rumah sukan sebab member aku pakai sandal. Dan cikgu tu ingat dia form four! Hey, kami cikgu praktikal lah! Dan aku bernasib baik sebab sekolah aku tu takde form six dan aku pula mengajar sesi petang. Thank God! Budak-budak form four form five pandang aku atas bawah atas bawah, bila nampak nametag, diorang baru perasan aku cikgu. Sebab tu la kena pakai nametag, ini bukan soal skema ke nerd. 


suka tak???

18 comments

Monday, November 05, 2012

ni kira wajah awet muda la ni~he~~

Monday, November 05, 2012

ehehe...nampak gayanya camtu lah

Monday, November 05, 2012

ni cikgu hot ni,
sure budak2 suke dngr u lecture kan.hehe

Monday, November 05, 2012

mesti kena ngorat dengan student kann :) hehe

Monday, November 05, 2012

macam la hot sangat kan. hew hew hew

Monday, November 05, 2012

ini cikgu muda la ni..best la kan jadi cikgu..

Tuesday, November 06, 2012

ok lah tu still nampak muda..tapi yang muda orang kata mak mak orang acane tuh? kehkeh

Tuesday, November 06, 2012


sangat best jadi cikgu!

mungkin sebab matang sangat kot, sebab tu mcm mak2 org...hahah

Tuesday, November 06, 2012

hihikk cikgu yang cute la ni kan

Tuesday, November 06, 2012

hai dik ~

eh , assalamualaikum cikgu :D

Tuesday, November 06, 2012

oh, hai cikgu miranda

sebab nampak miranadia
mcm miranda, jadi aku
akan panggil kau miranda
sekian

Tuesday, November 06, 2012

Panggil cikgu je semua senang. Muda tua semua komfom cikgu. ahah.

Cikgu tolong tinggi sikit boleh tak supaya tak sama dgn form 4 or 5. :p

Tuesday, November 06, 2012

hehehe! cikgu awet mude..

Tuesday, November 06, 2012

anak murid lebih besar dari cikgu nampaknya

Tuesday, November 06, 2012


paklang - miranda pon miranda lah, jangan jadi air mirinda sudah.

ibnuismaini ismail - tinggi sikit? tak boleh dah kot. terbantut dah ni.

Wednesday, November 07, 2012

hai cikgu. bila nk matured..opss aku means muka u..hehe

hehe tringt waktu kecik2 dulu sayang gila nk lepaskn ckgu2 praktikal ni.

Wednesday, November 07, 2012

susah la muka comel ala2 remaja ni kan..hahha..cume kalau cikgu len tak kenal..ssh la sket kan..:P

Wednesday, November 14, 2012

uitt.. comelnyer bdak tu..
mata besarr.. O,O

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...