sleep all your troubles away

Mar 30, 2013

hatiku milik siapa?


assalamualaikum dan hai.

last week aku sempat la join forum hatiku milik siapa ni. panelnya ustazah fatimah syarha dan suaminya dr farhan hadi. ilmu kalau tak kongsi, kedekut namanya. bak kata orang kelate, kupit! ahha.





kita kongsi-kongsi

cinta itu perlu diletakkan kepada sesiapa yang lebih berbakti kepada diri kita. siapa? siapa yang bagi oksigen walaupon kita tak minta. takde pon doa minta oksigen dalam buku buku doa. Allah lah yang paling banyak berbakti kepada manusia. 

uruskan sayang kita pada individu itu dalam keadaan yang Allah redha. [contohnya berkahwinlah]. Allah cemburu kalau kita cinta individu itu lebih dari Dia. macam korang couple, tiba-tiba pasangan korang ada skandal lain. macam tu lah situasinya. dan cinta yang tidak berobjektifkan perkahwinan itu cinta tidak matang. 

dia hensem? dia cantik? Allah Maha Hensem, Allah Maha Cantik. malah Dia yang cipta lelaki-lelaki kacak dan wanita wanita cantik di dunia ni. 

selagi kita tidak kenal Allah [ 99 nama Allah, 20 sifat etc ] selagi tu kita tak ada feel dengan Dia. masa berdoa, buat-buat nangis, buat buat best baca al-Quran. alah bisa tegal biasa. baca tafsir macam baca buku cerita

barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorang pon dalam beribadah kepada Tuhannya. [18:110]


p/s:basically cinta itu fitrah manusia. aku suka lelaki kira aku normal la tu. hehe. 

suka tak???

Mar 17, 2013

terlepas pandang

assalamualaikum dan hai 

ini lagu sekolah aku dulu. 


siapa entah yang post lagu ni? kan dah dalam mood 'down memory lane'. nampak lirik dia 'berdisiplin selalu'? tapi time perhimpunan, budak-budak laki bantai tidur. budak pompuan cover cover la sikit. mana tak tido, dok dalam dewan air-cond beb! hmm, part 'ke kuliah kita segera' tu. sampai universiti, terkadang terlepas pandang part tu. ahha.  

p/s: mrsm balik pulau in memories. batch 0607. 


suka tak???

Mar 13, 2013

tersepit


bila mana kita punya banyak haluan, terkadang bikin masalah
ada masa ideologi tidak selari, konflik. 

terkadang aku di kanan, terkadang di kiri
di penghujung jalan itu, 
akhirnya aku penat sendiri

bila haluan itu bersatu kembali?
moga moga haluan itu tidak bertunjangkan ego. 
biar roboh tembok halusinasi.
moga-moga.


p/s: haluan itu boleh jadi individu. mungkin?

suka tak???

Mar 8, 2013

mat saleh australia

assalamualaikum dan hai

alasan tak update blog : sibuk plus malas. 

hari ni entah kenapa tiba tiba ada taklimat pasal school based assessment. dengan jati diri sebagai guru yang masih bersisa, aku pujuk jugak kaki melangkah ke dewan kuliah. bukannya nak dengar taklimat sangat, tapi sebab nak jumpa member member satu kos yang tak sekelas. itu yang paling excited sebenarnya.

penceramahnya mat saleh australia. mula-mula aku boleh tahan. tapi jiwa remaja aku bergelodak. 'apa jadahnya aku nak dengar sejarah pendidikan queensland'. aku mula lost. aku dah mula main messenger secara bertulis dengan sue. baru nampak educated beb. untuk menampakkan lagi ke'educated'an aku tu, aku tangkap gambar setiap slide. tak style tulis tulis bagai. bukan aku je buat kerja macam tu, nad pon. nak tunjuk henset baru lettew. 


di akhir ceramah, abang cameraman sempat berpesan, 'ada makanan kat luar tu'. adakah dia perasan yang kami tulis pasal perut berbunyi semasa orang berceramah? misteri sangat. orang lain tak tahu pon pasal makanan free tu. so korang boleh agak tak apa jadi dengan makanan makanan tu?




suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...