assalamualaikum dan hai
Sungguh aku rindu zaman belajar. Aku rasa empat
semester terakhir di upsi adalah yang paling mencabar. Dengan penulisan
ilmiahnya, assignment matematik, merangka lesson plan lagi. Ditambah dengan
aktiviti kokurikulum. Padat.
Antara perkara paling aku rindu, berdiskusi bersama
encik Halim, pensyarah penyelia tesis. Sebelum aku praktikal sampailah semester
akhir, pesanannya tidak putus-putus. Diskusi dengan encik halim akan berakhir
dengan sesi berbual dan berpropa. Dia layankan saja kami si gadis-gadis. Sanggup
dengar cerita ‘seramshit’ kami ni. Hmmm, pendengar setia bak kata orang.
Siapa sangka
beliau adalah lulusan sarjana amerika syarikat. Dari kejuruteraan terus melekat
dengan bidang pendidikan. Orangnya kecil semangatnya besar. Ilmu matematik
selalu dikaitkan dengan agama, dengan alam sekeliling. Berbicara dengan penuh
hikmah. Pertemuan terakhir, kami berkongsi mengenai impian. Aku
katakan padanya aku mahu tulis buku. Tanpa segan silu, aku berkongsi mengenai
blog picisan ini.
‘mira apa kata selain tulis di blog, awak tulis buku
pasal pengalaman di upsi’
Moga-moga. Mana
tahu, buku itu boleh beri inspirasi kepada bakal guru di luar sana. Kan.
antara kerinduan. baring tepi katil menghadap assignment sambil pekena nescafe.
p/s: ayat aku makin lama makin skema. risau aku dibuatnya.
2 comments
mungkin benar, menulis juga suatu terapi. selamat menulis!
@Päk Läng terima kasih.