sleep all your troubles away

May 18, 2012

school memories

topik hangat kat twitter hari ni. #schoolmemories.
---member aku cakap #maktabmemories.

solat subuh

time form 4, sape tak turun surau kena bayar 20 sen. ok, nampak macam pergi kerana terpaksa. alah bisa tegal biasa beb! member aku cakap kalo sempat buat solat sunat qabliyah, kita akan dapat pahala seluas langit di angkasa. seminggu je la aku turun awal. 

time form 5, bangun lambat. tak dan dah pegi surau. mula-mula subuh kat bilik belakang je, dah otai cket, subuh tepi katil. budak sebelah pandang pelik. ok apa dari tak solat langsung. 

miss the old days. emaresem bp 0607.
suka tak???

May 16, 2012

hari ini hari guru

ini kisah cikgu-cikgu aku.


teacher roszirahima. seindah nama secantik orangnya. time dia jadi cikgu library, aku selalu sorokkan kasut dia dekat rak buku sebab kasut dia sangat attractive! asal ada waktu senggang,  aku takkan lepaskan peluang bergosip-gosip dengan dia. hasilnya, kami kamceng sampai sekarang! 


cikgu rauf. cikgu yang paling skema dan paling pemalu aku pernah kenal. sebab tu dia cikgu sejarah! dia akan selalu tunduk malu setiap kali aku, afza, piah and dayah jerit 'cikgu rauffffff'. kami selalu bergurau 'kalau kami dapat A, cikgu bagi hadiah taw'. memang kami dapat hadiahnya. buku kesalahan-kesalahan ketika beribadah. dushhhhh.



cikgu abdul razak. cikgu pakar sejarah. tapi aku selalu tidur dalam kelas. aku mana suka bab negara bangsa segala bagai. sila cek buku form 5 untuk kepastian. serius aku tak suka. mungkin dia tak tahan dengan perangai aku yang bangang tu, satu hari dia ketuk meja sambil sergah. terkejut kot. 


cikgu 'suka tolak markah'. aku lupa nama dia. cikgu lab kimia aku time matrik. dia takkan percaya kalau aku dengan lab partner aku, dayah siapkan experiment awal. cessss. yang paling hebat, dia boleh cam report kami sama. haishhh...nama pon lab partner, mesti sama kan? aku suka tengok kuku dia, cantik! 

whatever it is, selamat hari guru buat semua. oh, untuk aku dan kawan-kawan sekampus jugak. kami kan cikgu wanna be. 

suka tak???

May 14, 2012

salji salju




time tadika dulu, lepas makan mesti kena gosok gigi. kadang-kadang tu la first time aku gosok gigi untuk hari tu. selekeh! port gosok gigi, tepi longkang menghadap ke langit. sambil tengok awan aku berangan. berangan beli pistol. sebab aku ingat kalau aku tembak awan, salji akan turun. sebab apa aku fikir camtu? sebab bila hujan turun, langit mendung. time tu aku fikir, apsal jutawan kat malaysia tak beli pistol dan tembak jer awan tuh. mungkin pistol sangat mahal kot. itulah konklusi yang dapat dirungkaikan daripada kanak-kanak berumur enam tahun. 
suka tak???

May 11, 2012

aku dan blogwalking



Bila aku blogwalking, sambil-sambil baca entry orang, aku nak jugak cakap hai-hai dekat shoutbox. Tak komen entry pon sekurang-kurangnya aku tinggal jejak. Nak tunjuk yang aku singgah blog dia. Tapi masalahnya blog takde shoutbox. Oh, mentang-mentang follower ribu riban, kau berlagak eh? Kebiasaannya blog perempuan. Oh, blog yang takde shoutmix tu, cetry korang tengok entry dia, confirm komen puluh-puluh. Setakat satu dua tak main lah kan.

Aku nak komen, tapi bila baca balik entry dia takde apa sangat pon. Kalau dia semangat cerita pasal kenapa daun sejak azali kaler hijau, putaran bulan mengelilingi bumi ni menyebabkan pasang surut air laut, aku boleh terima dan aku terus komen. No doubt. Ini pasal tudung aidijuma yang baru beli kat pesta konvo, pastu pasal hangout ngan boyafren, so aku nak komen apa. Cuba bagitau aku? Cuba? Cuba? #cuba kau dengar, cuba kau lihat......

Sebab tu mostly aku follow blog lelaki. mostly ok? aku still follow blog gadis yang stylo. Ada motif dan straight to the point. Boleh hilang stress sebab kelakar. Bukan setakat korang letak gambar buat muka bajet kiut and then orang komen, so cute la you, eh, awak comel. Itu blog tayang muka. Tak payah! Aku tak layan blog camtu. Nanti letak shoutbox pleaseeeee?

p/s: mesti korang cakap aku jeles sebab follower aku tak ramai macam diorang. Sumpah tak.aku pemalu sebab tu tak tayang muka! woha!
suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...