sleep all your troubles away

Nov 2, 2012

pasca praktikal



kehidupan pasca praktikal

menghabiskan stok makanan
   .... aku la yang selongkar peti ais berkali-kali
meninggikan bil api air
   .... online tak ingat dunia, tengok tv memanjang
meringankan beban
   .... kemas rumah, siram pokok, sape yang nak buat kalau bukan aku? adek aku                semua dok hostel
membahagikan tugas
   .... tugas untuk tengok tv, download movie, makan


hasil selepas empat bulan - gemok
suka tak???

Nov 1, 2012

#seritanjong - risau



assalamualaikum, hai

sepanjang aku bergelar anak kandung suluh budiman (upsi lettew), semester praktikal lah yang paling aku gerun. mostly time praktikal, kita kena mengajar subjek kita sendiri. depends kat pengetua. 

kalau aku kena ajar add maths, sumpah aku jadi student balik. stay up sampai tengah malam. puii. 

kalau pengetua suruh aku ajar kursus minor aku, english, mati!

tapi bila dah jumpa pengetua, 

awak pandai main gitar? kalau awak nak main gitar dalam kelas pon takpe. asalkan apa yang awak nak sampaikan tu, pelajar paham. ustaz azhar kata takpe kan? asalkan jangan lagha. 

ok. pengetua aku memang sempoi. last-last aku ajar maths form 2 dengan pendidikan kesihatan. mungkin sebab tu aku sekarang makin sihat? tapi aku nak ingatkan, kalau orang atasan kita tu perempuan, hati-hati dengan setiap tingkah laku anda. anda mungkin diperhatikan. 

suka tak???

Oct 30, 2012

surat untuk yang manis


kehadapan awak-awak semua yang manis, 

Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberi selama ni. ya. sepanjang saya berpraktikal. saya akui saya ajar awak ikut silibus kementerian, tapi awak ajar saya lebih dari silibus. awak ajar saya untuk menempuhi kehidupan akan datang. bila ditenung semula, cara awak berfikir lebih matang dari saya. terkadang saya malu, rasa macam nak tampar diri sendiri. dan awak semua ni tahu tak yang awak semua sangat manis, comel, kacak, macho etc. makan ubat apa ni?

saya sedar saya bukanlah yang terbaik, tapi saya cuba untuk jadi yang terbaik. saya risau setiap kali tengok muka awak yang berkerut, yang blurr bila tengok formula macam-macam. sila salahkan ahli matematik dulu-dulu. =P. 

kepada sesiapa yang saya pernah jeling, saya marah, saya kejar, saya ignore, sebetulnya saya mahu awak pandai. saya tak nak awak jadi macam saya. dulu, saya paling tak suka matematik. formula, nota, latihan saya abaikan sebab saya tahu saya takkan sentuh matematik bila saya besar. tapi entah kenapa dan bagaimana saya ialah pelajar universiti pendidikan sultan idris, kursus pendidikan matematik. saya terpaksa usaha lebih dari orang lain untuk hafal formula-formula saya tak pernah ambil kisah dulu. 

mulai dari saat ini, saya akan tulis entri pasal seri tanjong. 

students, cikgu korang ni memang skema. =P

love, 
cikgu mira




suka tak???

Oct 29, 2012

mengusik kenangan




kau telah jauh, jauh dari ku, tiada ruang di hati buatmu
namun harus ku akui, ada ketika, di minda kan menjelma kembali.
                                         - alyah, tak mungkin kerna sayang -

aku pernah bercinta. sekali. dan putus. 

tapi part yang tak best bila dia tak boleh terima aku sebagai kawan. buktinya aku add facebook, dia approve, aku tanya khabar, beberapa bulan lepas tu, aku kena remove. ok. aku block. 

beberapa tahun kemudian,

hari ni, aku ternampak facebook baru dia. aku stalk. tengok gambar. terus aku pangkah window. makan lagi bagus. 

tapi dalam hati

apsal dia dressing macam lelaki-lelaki taste aku?


p/s:barang yang lama usah dikenang


suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...