sleep all your troubles away

Dec 30, 2009

cikgu-cikgu kembali belajar dan diajar

bismillah....
assalamualaikum....

seminggu sudah berlalu, dah sem 2 rupanya. Cikgu-cikgu (gelaran utk student upsi) belajar kembali. mula menaiki bas menuju ke kelas. bermulalah adegan tolak-menolak, himpit menghimpit, redah meredah untuk naik bas bila tibanya peak hours. baru aku taw student upsi ni ganas2 belaka. boleh dikatakan skill berebut naik bas cikgu-cikgu tak dpt dipertikaikan lagi dan sumenye 'TIPTOP'! Ada makna tersirat disebaliknya yg boleh kita blajar...
REBUT PELUANG!!!

kenapa aku ckp camtu??? yelah....macam senario rebut2 naik bas, kita akan terus mencari peluang kehadapan utk sampai ke tangga bas, kiranya selamat la tu. samalah macam kehidupan kita, dalam hidup yang memang mencabar ni, kita harus merebut peluang yg ada untuk menjadi yang terbaik. peluang tak datang bergolek.....

dahla...aku bukan nak ajar korg skill nak rebut naik bas...saja mau cerita kerna


'aku suka cerita'

jadual sem ni agak tak best sebab ada hari yang tersangat busy sampai nak berfacebook pon x leh dan ada hari yang tersangat relax hinggakan dah boring menghadap facebook. lumrah manusia, sentiasa tak berpuas hati....masuk jer kuliah pembangunan sahsiah, aku sedar yang seorang guru harus mempunyai akhlak, motivasi dan pendirian yg kukuh, barulah senang utk mengawal anak-anak murid nanti. maklumlah, semakin menginjak ke alaf baru, pemikiran anak-anak muada semakin terbuka. ada pula yg mempunyai pemikiran yg sangat terbuka hinggakan membuka aurat mereka. bila aku fikir2 balik, macam mana lah kerenah dan telatah anak-anak didikku nanti. bak kata pensyarah aku, En. Taquddin, remaja yang bermasalah seharusnya ditegur dengan cara penuh kelembutan dalam ketegasan bukannya kemarahan. lagi satu, beliau berkata, wujudnya invisible boundary antara pemikiran remaja dan golongan dewasa. tak faham ker??? hmm...contohnya cmni...dalam seharian kadangkala kita akan guna ayat2 mcm ni tanpa sedar dengan tujuan utk bergurau senda...


"kuang ajaq hang.."
"tak guna tol la..."

dan bermacam2 lagi. tapi bagi mak bapak kita ayat2 yg dikluarkan oleh kita sendiri amat tidak bersopan santun. cuba try test tengok....bila kita menggunakan ayat2 nie bila bersembang ngan adik beradik lain, kompem kena dengar radio original home made (berleter la tu..) diorang mesti frust sebab kita gunakan ayat2 sebegitu....

Masuk plak kelas kaunseling dalam Islam. aku ngan roomate aku jer budak sem 2, apa lagi..wat muka innocent tahap cipan la. aku kan terer bab2 tue....first lecture ialah pasal current isu umat islam. tu pon bincang baru cket. banyak benda yg jadi sekarang ni, isu murtad, bunuh diri, sumbang mahram dan banyak lagilah...tapi aku dapat simpulkan bahawa itu semua bergantung kpd diri sendiri. kalau kita pandai kawal nafsu, insyaAllah....Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa semua masalah manusia tu berpunca dari hati iaitu kawalan nafsu. nak ulas panjang pon tak leh gak, takut tersalah info. lagipon baru first class. tapi dah kna wat tugasan iaitu "Fasa Kehidupan berdasarkan Pengalaman Keagamaan". hendaklah merangkumi 4 aspek iaitu aqidah, syariah, ibadah serta akhlak. aku pon tengah berfikir macam mana nak wat.....





bila masuk coarse major macam advance calculus, linear algebra n discrete mathematics, aku jadi gerun takut semangat sume bercampur. mana taknya calculus dah makin tough dan ada yang tak pernah nampak langsung term dye, nak tergelak pon ada. macam L'hospital rule. (pronounciation::lopital). lecturer calculus cam garang.....takot siot! aku dah hampir menjadi 'insan terluka hancur harapan' bila aku tak boleh daftar advance calculus group En. Norazman. masa sem 1 aku jadi semangat bila masuk kuliah calculus. Kalau linear algebra, sekarang ni belajar matrices...tp aku dah konfius. dahla masa kat matrix dulu aku lemah gler nak wat ERO la, Gauss Jordan elimination la....pastu semalam kena reduce plak matric tu kepada echelon form. seris lepas ni kena study hard and smart! kalau discrete mathematics, aku tak taula cmne..nampak macam senang, tapi lepas ni....

apa-apa pun aku kena bersemangat agar ku tak jatuh lagi....
" I create my own future"




suka tak???

Dec 15, 2009

Berbudi kepada tanah


Orang tua2 selalu pesan berbudi kepada tanah, nanti pulangannyer baik punyerr...haha. Cuti-cuti macam ni, aku selalu la diarahkan oleh bonda terchenta untuk menyiram pokok-pokoknya. Hari ni, aku ditugaskan utk menyiram pokok jagung yg baru jer abah aku tanam. Mula-mula ok jer, tapi lama-lama...adoyai..penat gler. Bukan 10-21 pokok, tapi 80 pokok!

Tepi rumah aku tu ar lokasi mak abah aku menanam jagung. Sebelah tu plak ada ladang ternakan kambing ngan lembu. Tapi tu bukan aku punya ar, mungkin 10 tahun akan datang kot. Aku akan buat satu ladang ternakan sendiri. InsyaAllah....Kiranya tepi rumah aku tue macam real farmville ar, yg selalu kawan2 aku main tue...



ni ar the real farmville aku, tue pasal la aku x main farmville di fb

Masa aku dok tengah syok amek gambar ( padahal nak test phone baru beli ), aku pon terjumpa satu makhluk Allah ni, tapi aku tak taw la plak namanyer, tak sempat nak buka kamus bergambar! Yg best tue, makhluk ni pon posing baik punyerrrr...Tapi masa aku nak amek gambar lagi dekat, dye nyorok celah-celah daun tu. Malulah plak...

Hari ni saYa kata hijau itu bagus untuk mata. Jadi selalulah berkebun!





suka tak???

Dec 11, 2009

akhirnya kini pasti

Alhamdulillah, akhirnya siap gak blog budak-insaf yang dinanti-nanti oleh kawan kawanku(perasan jer). Sebenarnya niat dihati dah lama nak buat blog ni tapi disebabkan masa yang selalu cemburukan manusia, asyik tertangguh jer. Sementara aku masih bercuti, siaplah gak blog ni. Thanks to adikku, Amirul Naim yang mengajar kakaknya membina blog serta sahabatku Alia Syafiqah yang menggalakan aku melakukan satu anjakan paradigma dalam hidupku. Tak lupa juga kepada Abqari, nak tunggu budak ni ajar aku wat blog, berjanggut! hahaha=p


Hari ni baru aku sempat publish sebabnya kawasan aku kali ni selalu jer mengalami nasib gangguan elektrik, bukannya aku tak bayar bil tau. Cuti semester yg melangkau sebulan setengah membuatkan aku bosan dgn aktiviti surf internet. Asyik ber'mukabuku' jer keje aku. Nak on ym pon cam boring jer, so bila si Alia dan Abqari cadang suruh wat blog, no hal la.....
suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...