assalamualaikum~
seperti biasa, aku akan pulang bersama roommate aku ke kolej ungku omar (kuo). sepanjang perjalanan pulang dari kampus kami akan melalui tepian pantai. betapa indahnya ciptaan tuhan. subhanallah. selain bas sebagai pengangkutan utama, bakal2 cikgu juga boleh menaiki monorel tepi pantai, agak laju dari bas. tapi aku lebih memililih untuk menaiki bas, biar lambat asalkan selamat. suatu hari, dalam perjalanan pulang, tiba-tiba langit cerah terus bertukar menjadi kelabu kemudian terus hitam. bukan setakat langit, malah awan juga bertukar menjadi hitam. lebih mengejutkan aku awan itu semakin rendah, rendah dan rendah.
"apsal gelap sangat nie", soalan aku tidak dijawab
"habislah baju aku, dahla banyak, nak hujan nie"
kami sangka hujan akan turun tetapi pelik sebab terlalu gelap dan awan kelihatan semakin ke bawah. tiba-tiba bas yang kami naiki itu seakan melanggar sesuatu.
"hmmm..kamu sume jalan kaki je la ye, bas rosak ni, tak leh jalan",kata pakcik bas.
disebabkan rumah aku tak berapa jauh, aku dengan asma (roommate aku) pon jalan kaki. bukan setakat kami jer, budak2 yang naik monorel pon jalan kaki. aku jadi semakin pelik. tiba-tiba awan yang hitam tadi berkumpul di tengah-tengah laut tersebut lalu bertukar warna menjadi warna putih. kemudian kepulan awan tadi makin lama makin lesap dan muncul lah seperti menara dari tengah laut. semakin lama semakin banyak pula menara hitam+kuning muncul dari dasar laut. tsunami? bukan kot....tetibe aku teringat, adakah ini petanda akan berlakunya kiamat. Ya Allah, aku banyak sangat buat dosa ni. dah tak sempat nak bertaubat! entah macam mana muncul seorang pakcik dari belakang. dia terus menuju ke tepi pantai tersebut seperti mencari-cari sesuatu. rupa-rupanya dia ternampak satu figura kelihatannya seperti robot transformer. aku rasa bumble bee kot. aku pon tak pasti. sedang dia ralit mengushar dan menelaah robot tersebut, muncullah robot transformer tapi kali ni versi besar punyer...dengan sekelip mata, pakcik tu pon menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ jugak. apa lagi, dengan sepantas kilat, aku terus menyambar tangan asma lalu membuka langkah seribu. semua yang berada di situ juga turut berlari menyelamatkan diri.
"bila ultraman nak datang ni?", aku bermonolog sendirian sambil berlari-lari.
aku sangkakan hanya aku yang mengharapkan kedatangan ultraman, rupa-rupanya semua berfikiran seperti aku. sejurus selepas itu, aku terdengar ramai orang menjerit memanggil ultraman. belumpun sempat aku nak berpatah balik untuk menyaksikan pertarungan ultraman dengan robot transformer tersebut,
"mira, oh mira. dah pukul 3.30 ni"
ceh, rupanya aku mimpi di siang hari. kalau aku sambung tido balik, besar kemungkinan aku dapat menyaksikan pertarungan tersebut. tapi disebabkan ada latihan kawad kol 4 tu, aku padamkan niat aku.
moral of the story::sebelum tdo, tak kira lah siang ke malam, baca doa dulu
suka tak???
1 comment
huhu
baru terbaca,,
blog walking=D
tcare dear..
=)