selama hari ni, aku asyik tulis benda kosong. takpon omputih sebut nonsense [i'm improving my skills]. hari ni kita akan bercakap pasal patriotik. kalau tak patriotik, jangan sebut la korang tu anak malaysia. =p
try tengok video ni. aku taw la korang memang sedia taw lagu Negaraku tapi cuba tengok pics tu. tak rasa bangga ke kita ni anak malaysia. baru baru ni kita ada first submarine - KD Tunku Abdul Rahman. then kita ada menara berkembar. negara lain mana ada tein tower cik adek oii. kita ada lapangan terbang antarabangsa yang tercanggih dan banyak lagi. tapi yang buat aku bangga, kita ada mantan pemimpin yang tersohor iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad [my idol].
tapi yang wat aku terkilan sangat, ramai golongan muda terjebak ngan masalah soSIAL. dulu kes rogol, sekarang buang anak plak. lepas ni apa? masing masing ada otak dan akal, pikir ar sendiri. apsal aku ter'emo' plak nieh??? kalau taknak negara kita dijajah sekali lagi, berusahalah. kerajaan bagi duit suh study, study. jangan asyik dok wat benda tak berfaedah.
sepatutnya kita bersyukur dok kat malaysia. takde la kes gunung berapi ker, gempa bumi dasyat ker, puting beliung ke. kalau ada pon, kita terkena tempias dari indon sana. malaysia mana ada perang2 cam kat afghanistan dan negara yang seangkatan dengannya. kalau ada pon perang politik yang aku rasa mcm takde kesudahan. cuba bayangkan di palestin tu, umo tak sampai 20, dah pegang senjata. aku? baru sabtu lepas pegang m-16 tapi xde peluru, tu pon sebab aku ada kawad senjata.
ok ar. tetibe aku blurr untuk wat entry nih.
[aku dapat idea tulis entry ni sebab semalam ada sesi dialog dengan PDRM,Cawangan Khas Bukit Aman. kami sume menyanyi lagunegaraku dengan penuh semangat sampai meremang bulu roma aku. aku bangga aku lahir di Malaysia]