sleep all your troubles away

Jan 31, 2011

maksud tahi lalat

السلام عليكم
dulu dulu aku ingat tahi lalat tu sebab ada lalat berak, sebab tu la jadi tahi lalat. kat muka aku ada lebih 10 tahi lalat. so banyaklah lalat berak kat muka aku. hahahaha. dalam aku dok bermain main dengan google tadi, dye cakap tahi lalat ni disebabkan perkembangan abnormal sel sel pigmen bawah kulit yang paling dalam. bukan sebab ada lalat hinggap then berak kat muka korang yer. 


tahi lalat kat bibir. 
orang kata banyak cakap. tapi realitinya kawan kawan aku yang ada tahi lalat kat mulut kompem banyak cakap. setakat yang aku jumpa la kan. so kalau korang nak cari partner, tengok la kat mulut dye. kalo korang tu pendiam better cari yang ada tahi lalat. ahahah. baru saling melengkapi. 


tahi lalat kat leher
selalunya orang kata penyayang. kalau ada 2, 2 kali penyayang ke? aku memang seorang yang penyayang. [xde kaitan]. nak selamat? bila ada orang nak tackle tu, tanya camni 'awak ada tahi lalat kat leher?takde? ok, you are rejected.' gila kejam.


tahi lalat kat tapak kaki
orang kata kalo ada tahi lalat kat tapak kaki ni jalan jauh atau suka berjalan. dulu aku takde pon tahi lalat kat tapak kaki, aku still suka jalan jalan gak. sebelum aku taw aku masuk upsi, tiba tiba sel sel kulit aku mengalami perkembangan abnormal di tapak kaki, nenek aku cakap ni nak jalan jauh la ni. ok, minggu depan aku taw yang aku dapat masuk upsi. penang-tg malim, jauh la tu kan?


tahi lalat kat bahu
orang kata tanggungjawab dye berat. maybe dye lah kena support family atau kena jaga adek adek dye. mungkin anak anak sulung ramai ada tahi lalat kat bahu. contohnya cam aku. ahahaha. kalo nak cari life partner yang bertanggungjawab korang boleh pegi cek bahu dye. tapi kalo pompuan camne nak cek??? adoiyai...


sebenarnya aku buat ni pon based on yang aku selalu dengar jer. kalau nak taw lebih lanjut sila pegi website ni. korang cari la sendiri. 
suka tak???

Jan 29, 2011

tengok tv jom

السلام عليكم




balik rumah cuti cuti ni memang la time aku tengok tv. favoutrite channel mestilah history channel kan takkan cartoon network plak. tak sesuai [nada harus disengaukan]. semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku jarang la tengok tv. eh silap tatabahasa plak! aku jarang la tonton tv. yela dok hostel asyik menghadap buku and assignment jer [bajet bizi]. takpon menghadap tengok mamat n minah korea. 

bf aku. motif???

disebabkan umur pon makin muda ni, aku tengok tv bila aku rasa nak sangat tengok cerita. macam criminal minds, bones, detective conan or rancangan masak masak. ni betol taw. aku suka cooking program bila aku lapar. at least kenyang la sket kan. ada kaitan ker??? kadang kadang aku tengok drama ke movie ke tak abes pon. sekerat cerita je aku tengok. sama la macam aku tengok match bola ker, concert ke kat tv. takde maknanya aku nak stay up tengok movie kat astro. 

i love this

macam ni la gaya aku tengok tv. mula mula tengok tv. ala..lenguh ar duduk. amek bantal la baring baring. normal la tu kan. baru santai namanya. ish, kipas kuat sangat plak, sejuk. cam best je kalo ada selimut. amek selimut, uish...nikmatnya. iklan lama sangat ar. bosan tol. astro pon dah banyak iklan sekarang. perasan tak? perasan tak? [aku tanya dengan penuh perasaan ni] pejam mata kejap ar. last last aku dengar abah ngan mak aku kejut " oit oit, p tdoq dalam bilik'. macam tu lah aku sampai ke hari ni. so macam mana cerita nak abes???

suka tak???

Jan 7, 2011

aku masuk tv oii

السلام عليكم
salam satu malaysia. 
[muka excited]

semalam aku tak taw la hari bertuah ke tak bertuah ker. setiap kali aku kuar pegi pekan tg malim, mesti nama signboard INSTUN. baru hari ni aku taw INSTUN stands for what. maksudnya institut tanah dan ukur negara. apa kaitan ni instun ngan aku masuk tv??? mari mari nak story sama kamu...





pernah dengar bicara rakyat??? tak pernah. aku pon first time dengar. itu ar asyik layan animax, hbo, ceria, fox, ngw ngan kbs world jer. sekali sekala try layan rtm plak. mesti jumpa punya show bicara rakyat. oops, aku tak join la segmen tu. apahal tiba tiba aku nak cakap pasal tanah, bukan bidang aku langsung! dan aku bukan juga moderator dan panel jemputan. aku cuma dijemput jer. dalam erti kata lain tolong meramaikan majlis. one more thing, geng kieorang jer muda remaja dan yang lain agak veteran cket. sopan kan ayat aku???

yang malangnya aku tak dengar dan tak fokus langsung dengan apa yang diorang cakap. sorry to say tapi itulah kenyataannya. cerita hantu dan mistik yang kiteorang sembang lagi menarik kot dari hal hal tanah ni. yang paling penting aku siap sempat tido sebelum rakaman start. tido tu haruslahkan. wajib. ok, malam ni semua buka tv 1 taw, kol 10.  aku kat bahagian penonton.huhu.




apa yang aku belajar??? baru aku taw macam mana orang orang tv buat rakaman. tu je la. apa yang aku dapat. eh, ada lagi la. sakit perut. pukul 3 pagi [baca sambil nyanyi lagu p ramlee] aku kluar masuk toilet.

credits to google.

duit,duit, dimana kau duit???? 


suka tak???

Jan 3, 2011

azam.azam.azam

السلام عليكم
morning semua. bapak awal aku online. ni kalo kat umah, tak dapatlah eden online pagi pagi camni. kompem aku kena. kena marah.ahaks.aku insomnia kot semalam. mana taknya, 12 tengah malam baru aku mandi setelah berhempas pulas berkemas kemas.back to our topic. 

bermulanya tahun baru, nama mamat ni mesti femes. [nada tak puas hati] kat mana mana mesti semua orang cakap pasal dia. azam la. apalagi. tapi kenapa bila tahun masihi jer nak pasang azam? tahun hijriyah, tak kecoh kecoh camni pon??? bagi aku plak, azam bila masuk tahun hijriyah ngan azam masihi lain lain. azam tahun hijriyah, nak puasa penuh! ahahahaha.

tahun ni punya azam 

1. online facebook tak lebih sejam satu hari. kalo lebih tu dikira overtime.ahahahaha.kalo tak nanti aku tak wat keje umah.

2. taknak study last last minute. penat doe nak cover time studyweek.

3. makan makanan berkhasiat.ia bagus untuk otak  [macam iklan plak] no more chikedes

4. nak jadi pengunjung tetap library upsi. biar makcik makcik n pakcik pakcik kat library bosan tengok muka aku. 

5. taknak tido dalam kelas english. merana jiwa dan raga kalo dapat lecturer yang xde tone.mendatar jer.

6. slim.slim.slim. mak abah aku cakap aku dah gemuk. kena diet ni. [entahkan jadi entahkan tidak]

7. nak jadi budak baik.tapi selama ni aku baik kot.ahahaha.

8. merajinkan diri update blog dengan penuh ilmiah cket.

9. aku rasa takde dah kot.sebab aku pon dok terpikir pikir, boleh ker aku capai semua azam ni. insyaAllah. I can do it. 



...i will never know myself until i do this on my own...
suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...