Aug 19, 2011
bebelan
hari hari dengar bebelan mak. sampai boleh hafal. kadang kadang bebelan puan mak dianggap hiburan. itu kalau bebelan bila muka boleh ketawa. tapi bebelan time mukanya tegang, semut pun tak berani lalu. oops!
bila aku stay up semata mata berjalan jalan di alam maya
" eh, bila hang nak tdoq. esok...cot cet cot cet........"
bila aku tido awal
" eh, kak long hang ni tdoq mengalahkan budak bla bla bla bla......"
tapi aku tak kisah pon. kerana bebelannya itulah aku jadi manusia. sape tak pernah kena bebel? apa rahsia korang ea?
suka tak???
love,
miranadia
Aug 16, 2011
awet muda
time aku jadi cikgu ganti dulu...
makcik : cikgu ke ni?
aku : hmm...cikgu ganti jer.
makcik : la..ingatkan baru abes spm
aku hanya mampu tersenyum
*********
time aku nak balik amek test jpj last week...
perbualan aku dengan budak budak yang baru nak masuk first year
unknown : baru nak masuk u jugak ka?
aku : eh, nak masuk third year dah
unknown : la, iye ke? muka cam umur 18 tahun
aku hanya mampu gelak
*********
time aku nak naik LRT kat Masjid Jamek, ada soal selidik pebenda tah, layan ajer
girl : eh, u 21 ea???
me : yup!
girl : i thought u 17 or 18 meh
me : no, i'm 21. serious!
okay, sesape nak rahsia awet muda. boleh amek henpon canggih anda tekan 1-800-644-tekan tekan tak dapat!
love,
miranadia
Aug 6, 2011
kelas hari itu
aku masuk dengan bersemangat. siap pinjam kamus bahasa melayu edisi ketiga lagi.
menunggu seketika dan mengira. cukup.
sekarang saya nak bincang kertas soalan tatabahasa yang saya bagi semalam.
bla bla bla. kami berbincang. suasana bising. aku sabar dan tinggal enam soalan lagi. masuk kali ini sudah 5 kali aku lontarkan dialog ini
saya cakap sorang sorang ker?
sabar dan akhirnya aku tewas dengan budak darjah empat. sebelum kapur dibaling, sebelum pembaris hinggap di tubuh, aku bangun dan "sekian, terima kasih". ku angkat kakiku keluar kelas dengan hati yang sebal. walaupun masih berbaki lima minit.
maaf murid muridku.
love,
miranadia
Aug 3, 2011
laicikang
laicikang semangkuk dua kupang. laicikang semangkuk dua kupang. laicikang semangkuk dua kupang makan satu tak kenyang. semangkuk dua kupang
sedap betul buka puasa tadi.burppp...alhamdulillah. baru 3 hari puasa, takkan nak buat countdown raya kot. childish. hehehe. cakap pasal laicikang, tiba tiba aku teringat peristiwa ini
di suatu petang, di kedai makan around kolej kediaman upsi
nak apa
[sambil letak menu]
teh o ais limau..bla bla bla...mi bandung...mi goreng mamak...
laicikang semangkuk dua kupang [sila nyanyi ikut rentak]
okeh
15 minit berlalu, makanan yang diorder semua dah sampai
kak, laicikang?
aik? betul betul ke?
saya order betul betul la...
***********
moral of the story : nak melawak biar bertempat. akak tu tak paham lawak kau sahabat!
love,
miranadia
Aug 2, 2011
ayam oh ayam
ini bukan entri pasal makanan
rabu minggu lepas, kelas muzik darjah tiga
student : cikgu, tu apa?
aku : ayam lah
student : awat nampak cam burung ja...
aku : erkk...ayam la ni [sambil tulis perkataan ayam] kan saya tulis ayam tu
student : ooooo......
kantoi sangat la yang aku tak pandai melukis. tapi not bad kan?
love,
miranadia
Aug 1, 2011
raya dulu puasa kemudian
assalamualaikum
okeh, asyik bersajak berpuitis segala bagai ala ala sasterawan gitu, hari ni nak bercerita la. semenjak aku daftar ke sekolah yang mara support tu 5 tahun lepas, this is my first time 30 hari penuh aku akan berpuasa kat umah. perghhh heaven! masa dok matrik penang dulu, first sahur, mak hantarkan juadah. share dengan roommate. time tu terharu jugak la. balik pulau - kepala batas. jauhh perjalanan. sejam. kalau dibawa dengan agak laju yang tak laju sangat.
panjangnya intro aku
okeh, back to the topic. sabtu lepas, macam biasa rutin hujung bulan, pergi menghabiskan duit abah aku kat sunshine square. orang penang kompem taw tempat ni. hehe. parking almost full. troli takde. bila kami masuk jer, kedengaran
selamat hari raya aidilfitri mulia ampun maaf dipinta mensuci hening dosa lalalalala
ok, selamat berpuasa dan bertarawih to all bloggers and readers.
love,
miranadia
Subscribe to:
Posts (Atom)