ini kisah cikgu-cikgu aku.
teacher roszirahima. seindah nama secantik orangnya. time dia jadi cikgu library, aku selalu sorokkan kasut dia dekat rak buku sebab kasut dia sangat attractive! asal ada waktu senggang, aku takkan lepaskan peluang bergosip-gosip dengan dia. hasilnya, kami kamceng sampai sekarang!
cikgu rauf. cikgu yang paling skema dan paling pemalu aku pernah kenal. sebab tu dia cikgu sejarah! dia akan selalu tunduk malu setiap kali aku, afza, piah and dayah jerit 'cikgu rauffffff'. kami selalu bergurau 'kalau kami dapat A, cikgu bagi hadiah taw'. memang kami dapat hadiahnya. buku kesalahan-kesalahan ketika beribadah. dushhhhh.
cikgu abdul razak. cikgu pakar sejarah. tapi aku selalu tidur dalam kelas. aku mana suka bab negara bangsa segala bagai. sila cek buku form 5 untuk kepastian. serius aku tak suka. mungkin dia tak tahan dengan perangai aku yang bangang tu, satu hari dia ketuk meja sambil sergah. terkejut kot.
cikgu 'suka tolak markah'. aku lupa nama dia. cikgu lab kimia aku time matrik. dia takkan percaya kalau aku dengan lab partner aku, dayah siapkan experiment awal. cessss. yang paling hebat, dia boleh cam report kami sama. haishhh...nama pon lab partner, mesti sama kan? aku suka tengok kuku dia, cantik!
whatever it is, selamat hari guru buat semua. oh, untuk aku dan kawan-kawan sekampus jugak. kami kan cikgu wanna be.
suka tak???