sleep all your troubles away

Jan 3, 2013

azam?

assalamualaikum dan hai


tahun baru dan azam seolah olah sinonim jika digandingkan. mungkin ada yang berprinsip 'just follow   the flow'. salah. itu ibarat kau bawa kereta dari perlis ikut highway plus tanpa arah tuju. bila kau sedar tempat yang sepatutnya kau nak pergi, kau terpaksa buat u-turn padahal masa tu kau dah sampai tanjung pengelih, johor. apa yang kau dapat? penat. buang masa. buang duit. itu analogi yang aku buat. pada dasarnya azam itu matlamat. apa yang kau letak sebagai goal.

yang sebenarnya azam itu tidak punya waktu spesifik. depends. masuk tahun baru hijrah, aku letak azam yang lebih kepada akhirat. tahun masihi, aku punya azam yang berunsur dunia. masuk semester baru, azam aku bercorak akademik. stabil bukan. tapi itu aku, kau jangan ikut. 

seperti dr fadzilah kamsah katakan dalam program mhi pada pagi tahun baru, letakkan azam yang spesifik. jangan terlalu general. contoh 'aku nak kurangkan berat badan'. itu umum. mahu lebih spesifik? 'aku nak kurangkan berat badan supaya dapat boyfriend hensem macam lee seung gi'. realitinya, itu bukan azam aku. ahha. dengan syarat, jangan penting diri. tolong orang lain untuk capai azam, maka Tuhan permudahkan jalan untuk mencapai azam sendiri.

p/s: by the end of this year, I hope I can get my driving license and my first ever smartphone. smile!


suka tak???

9 comments

Thursday, January 03, 2013

betul sangat setuju, letak yg spesifik, macam "saya nak jadi hensem macam lee dong wuk"..sape ntah tu aku xkenai..main sebut je nama korea..haha

btw aku suka analogi kau yg ini..sgt betul bukan sampai tg peghelih saja, sampai changi singapore pastu terus masuk laut pon boleh kalau xde tujuan

ko ni org utagha ek?

Thursday, January 03, 2013

pawer betui analogi hang, chekgu.

Thursday, January 03, 2013

Hehee.

Aku mau sehat! (umum)

Aku mau minum 8 gelas air sehari!

p/s: Sem depan jangan study sampai xda masa utk aku pulak :(

Thursday, January 03, 2013

cuma aku sendiri tak pasti apa spesifik yang aku mahu sebab aku takut apa yang aku rancang tak jadi.

Jadi aku pilih untuk ikut saja jalan yang aku pilih bila aku perlu memilih

Friday, January 04, 2013

Good luck

Saturday, January 05, 2013

kadang2 azam ni memberi kita semangat untuk terus lakukan yg terbaik untuk diri sendiri..

Anonymous
Saturday, January 05, 2013

Azam Dezee untuk buat sesuatu yang lebih bermakna tahun ni..Dezee xingat apapun yang Dezee buat tahun 2012 yang lepas.

Sunday, January 06, 2013

haha..aku tetp pilih "follow the flow"

Monday, January 07, 2013

Hari ni baru nk fikir azam leh tak? :p

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...