sleep all your troubles away

Dec 19, 2013

al-musibah wal masalah

assalamualaikum dan hai


kali ini aku mahu berkongsi tentang apa yang aku rasa. tentang musibah dan masalah. manusia tidak boleh lari, tapi kena hadapi. zaman belajar, memang banyak betul masalah dan tekanan. macam-macam. style aku kalau tension sangat, menangis teresak-esak. perempuan kan. macam biasa, solat maghrib dan mengaji, tiba-tiba terdetik hati aku nak baca terjemahan, nak tahu jugak apa yang aku baca tadi. 


'Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu'
[Al-Taghabun, ayat 11] 


setempek kena kat aku. 

tiap kali aku ada masalah, mesti aku buka balik terjemahan ni. tak jadi nangis. =]


suka tak???

2 comments

Thursday, December 19, 2013

samalah, saya pun kalau stress, saya nangis sampai bengkak mata. tapi terjemahan Al-Quran tu memang betul betul menyentapkan hati :)

Thursday, December 19, 2013

@Saraa Ali :) lepas sentap, nangis lagi. =]

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...