sleep all your troubles away

Apr 7, 2014

lipat lengan

Assalamualaikum dan hai, 


This is soooo true.

That’s why la masa form 2 aku selalu ushar mamat kelas sebelah. Satu je kurang, aku jarang nampak mamat tu pakai jam.


Dan mamat tu dah jadi ex-boyfriend aku. (cerita lama)


suka tak???

Apr 6, 2014

ganti ganti

Assalamualaikum and hi

Kerja aku kat sekolah tu ialah mengganti cikgu cikgu yang bersalin. Kiranya aku rasa semua tingkatan aku ajar, dari tingkatan satu sampai tingkatan lima. Last year, aku jadi Teacher Amirah, this year jadi Cikgu Amirah, lepas tu aku ganti subjek IT, ada yang tersasul panggil ustazah sebab aku selalu bagi tazkirah percuma.

Dan salah satu kegemaran aku ialah tangkap gambar student. Mentang mentang kamera aku ada front camera, kami asyik dok selfie jer. Baru stail. agak-agak budak mengantuk, aku tangkap gambar. 

kelas pukul satu lebih. memang selekeh sikit. 


Sekarang mengajar tingkatan satu dan dua, jauh beza dengan upper form. Nakal dia lain. itu yang selalu bagi tazkirah ala mak-mak dekat budak lower form. 


suka tak???

Apr 5, 2014

temu duga

Assalamualaikum dan hai

the best thing pasal interview adalah jumpa classmate upsi.

Untuk pengetahuan semua, individu yang mengambil jurusan pendidikan diwajibkan menghadiri temu duga untuk posting. Sekarang tak kira sama ada first class degree ke apa, semua kena pergi temu duga. Wajib. Tapi nasib baik sebab temuduga secara berkumpulan. Dan nasib baiklah aku kumpulan kedua, kiranya tidaklah aku menunggu lama sangat. Menunggu dalam tempoh masa yang lama boleh mengundang ketakutan dan kerisauan yang amat sangat.

Tapi once masuk dalam bilik temuduga, lega. Sebab penemuduga senyum dan mesra. Soalan yang ditanya hanyalah cabaran guru pada masa kini, isu antarabangsa dan kaedah mengajar pelajar kelas belakang. Kami hanya berbincang. Seminggu sebelum tu, adalah aku baca pasal NKRA, Rancangan Malaysia dan pelbagai lagi dasar yang ada. Satu pun tidak ditanya.

Selepas sejam, kumpulan yang seterusnya pula dipanggil. Apa yang kami semua harapkan ialah kami dapat posting dan dapat meneruskan niat kami untuk bergelar pendidik. InsyaAllah. Usaha sudah, doa pon sedang dipergiat dan hanya bertawakal. Semoga Allah permudahkan segalanya.

'nak jadi cikgu ni perlu hati nurani. bukan hafal benda merepek dan harap lulus temuduga' - zul fikri zamir, penulis buku Sekolah bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang.

Sentap.


p/s: surat ptptn dah sampai rumah. 
suka tak???

Apr 1, 2014

RESOLUSI 24


Assalamualaikum dan hai


In a blink of an eye, it just another day.  New month, new spirit.
Umur pon dah menginjak ke fasa dua puluh empat tahun. Bukan remaja lagi, tapi sudah dewasa tahu. Jadi, aku telah rangka beberapa resolusi dan aku namakan dia ‘resolusi 24’.

Tapi aku tak adalah nak senaraikan Resolusi 24 aku tu ke semua orang. Sedikit personal. aisehhhh. Cuma resolusi umumnya aku boleh katakan ‘I want to be a better person than yesterday’

Iya, umur macam ni kena serius dalam segala bab. Bab pengurusan kewangan dan bab pengurusan kehidupan. Bab perkahwinan pon dalam senarai walaupun belum bertemu calonnya. Tapi relax jer. Aku stress bukan sebab tak jumpa calon, tapi sebab member cakap aku memilih sangat.

Tapi aku sedih sebenarnya, sebab jarang update blog. Sobs.

suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...