Assalamualaikum
dan hai
the best thing pasal interview adalah jumpa classmate upsi.
Untuk
pengetahuan semua, individu yang mengambil jurusan pendidikan diwajibkan
menghadiri temu duga untuk posting. Sekarang tak kira sama ada first class
degree ke apa, semua kena pergi temu duga. Wajib. Tapi nasib baik sebab
temuduga secara berkumpulan. Dan nasib baiklah aku kumpulan kedua, kiranya
tidaklah aku menunggu lama sangat. Menunggu dalam tempoh masa yang lama boleh
mengundang ketakutan dan kerisauan yang amat sangat.
Tapi
once masuk dalam bilik temuduga, lega. Sebab penemuduga senyum dan mesra. Soalan
yang ditanya hanyalah cabaran guru pada masa kini, isu antarabangsa dan kaedah
mengajar pelajar kelas belakang. Kami hanya berbincang. Seminggu sebelum tu,
adalah aku baca pasal NKRA, Rancangan Malaysia dan pelbagai lagi dasar yang
ada. Satu pun tidak ditanya.
Selepas
sejam, kumpulan yang seterusnya pula dipanggil. Apa yang kami semua harapkan
ialah kami dapat posting dan dapat meneruskan niat kami untuk bergelar
pendidik. InsyaAllah. Usaha sudah, doa pon sedang dipergiat dan hanya bertawakal.
Semoga Allah permudahkan segalanya.
'nak jadi
cikgu ni perlu hati nurani. bukan hafal benda merepek dan harap lulus temuduga'
- zul fikri zamir, penulis buku Sekolah bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang.
Sentap.
p/s: surat ptptn dah sampai rumah.
suka tak???
6 comments
hoi, moga berjaya sana! gi jadi cikgu pepower sana. biar semakin power masa depan anak anak kita.
haha
@Haikal Blank terima kasih. jangan diorang jadi power rangers sudah.
sangat besar cabaran mendidik pelajar zaman sekarang. semoga success.
ee paling suka cikgu yang paham life student. sempoi habis tapi still tegas. jadi cikgu camtu kak. mesti student nak belajar pun rasa happy. eceewah =D
@ewanthology sangat besar. tahan sabar jer
@Nurulee kena tengok keadaan la. ahha