sleep all your troubles away

Dec 4, 2014

stay strong

Assalamualaikum dan hai

Lately aku rasa banyak perkara yang frust jadi kat aku. tapi macam biasa aku relax jer walaupun hati takdelah kental mana kan. 

first pasal gaji cikgu ganti. kalau ikut prosedur, habis je bulan, kerani sekolah akan settlekan semua dan hantar ke PPD. dan akan ambil masa 14 hari bekerja. tapi disebabkan beberapa masalah yang sangat jelas bukan berpunca dari aku, sampai sekarang aku still tak dapat gaji september dan oktober. apa kau ingat aku isi minyak kereta guna dedaunan kering? dan aku terpaksa meminjam daripada mak aku. 

hutang den botingkek-tingkek

second pasal posting. masuk kali ini, dah tiga kali SPP which is suruhanjaya perkhidmatan pendidikan keluarkan nama untuk posting. dan menghampakan, semuanya takde nama aku. katanya senarai akan datang keluar pada bulan april. so nampak gayanya aku terpaksa jadi cikgu ganti lagi. tapi bukan di sekolah sebelum ni. 

third, aku punya roadtax motor dah mati dan aku still naik motor pusing balik pulau lagi. korang jangan kecoh-kecoh pulak. lulz. dan pelbagai lagi masalah yang too personal to share. 

walau apapun jadi, aku bersyukur sebab aku ada parents yang sangat memahami. depa selalu cakap 'Allah dah tulis rezeki kita, sabar jer'. dan aku selalu tanamkan dalam kepala aku yang tak semua orang dapat ujian yang aku dapat. dan Allah tahu kita mampu. life must go on. 

dan bila mana kita positif, ramai member akan mendampingi untuk sedut aura positif. benda baik harus dikongsi kan. :)


suka tak???

5 comments

Friday, December 05, 2014

betul! Tuhan akan bgi dugaan tu utk orang yg berkemampuan je...

Friday, December 05, 2014

@Kopiolimauice :)

Friday, December 05, 2014

Kalau bab duit lambat, mesti isu birokrasi ni...
Masa nak mintak duit laju plak...hahahha

btw, betul laa tu...kena sentiasa positif.
Tp masa2 kecemasan dan memerlukan pemikiran rational, jgn plak nak positif sgt. Kang ada plak mat rempit nak meragut tetiba kita terfikir positif 'ala...dia lapar perlukan duit utk makan tu. Biar je laa dia meragut...'

heheh

Saturday, December 06, 2014

@cEro choiii. takdelah aku positif sampai camtu sekali. hahaha

Sunday, December 07, 2014

Apa2 hal yang jadi, Mak jugalah 'bank' abadi kan. Xpe Mira, Allah uji sekarang sebab Allah nak bagi yang lebih baik. Xlama lagi tu, bersabar ye.

Salam kenal.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...