sleep all your troubles away

Jan 5, 2015

new year

Assalamualaikum dan hai

Entri pertama tahun 2015. apa yang aku boleh katakan pada awal tahun ni, 'read more books, write a book (perhaps), and inspire others'. 

tahun 2014 dipenuhi dengan pelbagai warna. kisah posting dan status calon simpanan. setelah beberapa kali pengumuman di laman web kpm, masih berstatus calon simpanan. tapi aku masih bersyukur walaupun tidak menjadi guru tetap, aku masih diberi peluang jadi cikgu ganti. 

dan aku mulakan bisnes Shaklee aku pada permulaan tahun. walaupun ada jugak kenalan dan sedara mara yang perli ke nganjing aku ke asyik promote kat facebook, aku senyumkan aje. aku ambil itu sebagai catalyst untuk lagi maju.

my first ever oversea trip - medan, indonesia. hasil penjimatan duit gaji cikgu ganti selama empat bulan. niat aku bukan nak shopping pon tapi lebih kepada tengok tempat orang. sekurang-kurangnya kita belajar apa itu nilai kehidupan. lepas ni mungkin ke vietnam. 

dan tahun 2014, kita belajar apa itu musibah. Tuhan menguji kita. dari isu kapal terbang, banjir dan latest, ribut di balik pulau, my own hometown. betapa kerdilnya diri kita. ditambah dengan masalah diri sendiri dan konflik sekeliling. 

yang penting jangan complain. take every moments in your life and make it perfect. 



suka tak???

7 comments

Tuesday, January 06, 2015

Sentiasa ingat bahawa pengalam adalah guru terbaik manusia :)

Tuesday, January 06, 2015

**pengalaman

pengalam pon boleh :D

Tuesday, January 06, 2015

@cEro macam lagu malique, ijazah terbaik datangnya dari jalanan.

Wednesday, January 07, 2015

good luck for your business shaklee tu...

Wednesday, January 07, 2015

pengalaman mengajar kita hidup lebih cekal dan tabah

Friday, January 09, 2015

@ewanthology tq bro. :)

Friday, January 09, 2015

@tenku butang betul. pengalaman lepas ni lagi mencabar.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...