sleep all your troubles away

Jan 26, 2010

tak perlu

bismillah...
assalamualaikum, salam 1 malaysia


selasa, 26 Januari::922pm




setelah mendiamkan diri selama beberapa hari ni, aku muncul kembali. hahaha...(evil laugh). weekend dipenuhi dengan aktiviti kawad, lepas tu disusuli dengan homework, quiz, choral speaking and discussion. (wah..bz nyer aku). tapi aku bukan nak cter pasal keje2 aku pon. aku rasa kawan2 aku lagi sibuk, dengan report la, itu la ini la bla bla bla.


kali ni aku macam nak cakap pasal do's and dont's dalam dunia blogger. aku dah discuss hal ni dengan akak 'gossip girl'.http://bihagossipgirl.blogspot.com/. dia pon setuju dengan pendapat aku. bagi aku blog ni untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. serta business gak ar. sedangkan ahli politik yang sibuk pon ada blog, inikan pula student yang relax macam aku...hehehe


pandangan kami:::


kadang-kadang bila kita baca blog, kebanyakannya akan bercerita mengenai situasi yang berlaku kepada individu itu sendiri. aku tak kisah diorang nak cter apa pon, tapi kalau nak bercerita mengenai hal peribadi, mesti ada limitnya. kebanyakannya suka bercerita mengenai pasangan masing2 dalam blog. antaranya seperti
sudah beberapa hari si dia tidak menghantar mesej....
oh, indahnya hari-hariku pabila dia disisi
mengapa aku dilupakan, adakah aku yang bersalah,
dan bermacam-macam lagi lah. kadang-kadang aku nak tergelak pon ada. cantik sungguh susunan ayat diorang. kalau wat essay, konfem A++ kan??? sekelumit hama pon, aku tak jeles kat diorang tapi berpada-padalah. takkan sehari tak mesej, nak cter dalam blog. takkan gadoh, kuar dating, dapat hadiah pon nak cter. simpan je la, tak payah nak heboh2 satu dunia. ini baru bercinta, kalau kahwin nanti, takkan nak cter gak. tak terasa ke macam membuka pekung didada. bagi pendapat aku, bila kita bercerita mengenai hal-hal yang peribadi, tanpa sedar kita menonjolkan personaliti kita sendiri ataupun kelemahan diri. (mentang2 la belajar personality development). tapi itu kan hak masing2, lagipon dunia blog ni ialah, pemikiran tanpa tapisan.


pesanan wat blogger::


sebelum nak post something, fikir dulu. nanti tak pasal-pasal kena cekup! hari ni aku baca paper, dah berhari-hari tak baca. seorang blogger diberkas polis kerana kelancangannya menghina dan mencerca Almarhum Sultan Iskandar. penulis blog tersebut yang dikenali sebagai Aduka Taruna menerima ugutan bunuh sebab tak puas hati atas kenyataannya yang melampau yang dipostkan diblognya. menerusi blognya adukataruna.blogspot.com, dia lancang mengeluarkan unsur2 penghinaan terhadap Almarhum selain mencaci kerajaan negeri. kalau didapati bersalah, dia boleh dikenakan denda tidak lebih RM 50000 atau penjara tak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali selain dikenakan denda tambahan RM 1000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. ha..tengok! tak pasal2 kena keluarkan duit dan penjara. disebabkan tak berfikir dulu, tau serang jer.....nasi dah jadi bubur....




dah pukul 10???
nak wat tutorial calculus plak~


kamsahanida~
suka tak???

Jan 21, 2010

cerita semalam

tarikh::21 jan 2010
masa::0233
mood::ngantok+penat


dah nak menginjak ke pukul 3. aku masih disini. didepan laptop menyiapkan assignment pembangunan sahsiah. dah siap pon.tiba2 rasa macam nak menaip.semangat nak tulis entry baru.bak kata cah"suka baca blog ko, tapi aku tak suka nak wat blog".hehehehe~


minggu ni satu assignment dah siap. gugur satu beban dibahu. dah aku kena part wat conclusion. mestila satu jurnalaku baca. tapi ada skip gak. aku main scan jer. jurnal yang aku n the geng rumuskan ialah "are school problems the kids' fault?"setelah aku skip dan scan, budak2 yang mempunyai masalah pelajaran berpunca dari diri sendiri dan ibubapa. tapi kenapa orang selalu menyalahkan sekolah dan cikgu? alih2 cikgu gak kena sound. cikgu aku pernah pesan kat aku, kalau sesuatu yang terjadi, jangan pernah salahkan orang lain. nilai diri sendiri. salahkan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. aku dah amalkan sikap ni, semenjak dari tu, boleh dikatakan aku menerima apa jer orang kata kat aku. think positive!


stop talking about the assignment!!!


semalam hari rabu.
lepas subuh, setan pon datang bisik kat telinga, tidola mira.tidola. aku pon termakan hasutannya, lalu aku menarik bantal dan bear Mr. Beanku. tengah sedap2 tido ada mesej masuk, tutt..tuttt


"kaklong, bleh tolong topup kat abangngah"


adoyai, masa duit bertimbun, tak nak mintak. masa duit ptptn tak masuk la dye nak mintak.tapi disebabkan aku pernah berjanji dengan dye, aku turutkan gak. ingat nak sambung tdo balik, tetiber....


ALAMAK!!!! hari ni hari rabu. baju polis tak iron ag.


dahla hari ni pegi kelas sorang-sorang. elok aku lalu depan pakcik guard kat gate, pakcik2 tu cakap"polis,polis".aku senyum je la, nanti orang kata student upsi sombong plak! pastu masuk kelas calculus, ada kuiz plak. bila tengok soalan, huish...limit approaches zero, ok ag, tapi belakang dye ada trigo. lemah tol bila masuk bab trigo neh. masa tengah jawab soalan...


"perut aku wat concert linkin park plak"


abes je kuiz tros menuju ke gerai nasi kerabu. fuhlamak.....sedap ar, it's finger lickin good~


lepas jer makan....
perut dah kenyang, mata pon kuyu jer. tapi bila dah start online, mata yang kuyu jadi segar. tambah2 bila buka facebook main cafe world. serius addicted!


malam menjelma....
one new message from abangngah...tutt..tuttt
"kaklong, terima kasih."
online tak abes2. siap download cter anime one piece. pukul 10 baru wat assignment. itupon wat assignment sambil ditemani boyfriends from korea. maths, saya minta maaf sebab tak buka kamu hari ni.


sudah pagi kembali....
perut wat konsert linkin park lagi. nasib baik ada 100plus, konsert linkin park bertukar jd konsert IL DIVO.








ada perkara yg boleh kita tulis sbg entry dan ada perkara yg kita tak sepatutnya tulis sbg entry. blog bukanlah satu medan utk menceritakn semua, membuka pekung di dada, tapi berkongsi idea dan pandangan serta perjalanan hidup yang berguna untuk orang lain. (next post)
suka tak???

Jan 18, 2010

bila 'dia' nak datang???

assalamualaikum~





seperti biasa, aku akan pulang bersama roommate aku ke kolej ungku omar (kuo). sepanjang perjalanan pulang dari kampus kami akan melalui tepian pantai. betapa indahnya ciptaan tuhan. subhanallah. selain bas sebagai pengangkutan utama, bakal2 cikgu juga boleh menaiki monorel tepi pantai, agak laju dari bas. tapi aku lebih memililih untuk menaiki bas, biar lambat asalkan selamat. suatu hari, dalam perjalanan pulang, tiba-tiba langit cerah terus bertukar menjadi kelabu kemudian terus hitam. bukan setakat langit, malah awan juga bertukar menjadi hitam. lebih mengejutkan aku awan itu semakin rendah, rendah dan rendah.

"apsal gelap sangat nie", soalan aku tidak dijawab

"habislah baju aku, dahla banyak, nak hujan nie"

kami sangka hujan akan turun tetapi pelik sebab terlalu gelap dan awan kelihatan semakin ke bawah. tiba-tiba bas yang kami naiki itu seakan melanggar sesuatu.


"hmmm..kamu sume jalan kaki je la ye, bas rosak ni, tak leh jalan",kata pakcik bas.

disebabkan rumah aku tak berapa jauh, aku dengan asma (roommate aku) pon jalan kaki. bukan setakat kami jer, budak2 yang naik monorel pon jalan kaki. aku jadi semakin pelik. tiba-tiba awan yang hitam tadi berkumpul di tengah-tengah laut tersebut lalu bertukar warna menjadi warna putih. kemudian kepulan awan tadi makin lama makin lesap dan muncul lah seperti menara dari tengah laut. semakin lama semakin banyak pula menara hitam+kuning muncul dari dasar laut. tsunami? bukan kot....tetibe aku teringat, adakah ini petanda akan berlakunya kiamat. Ya Allah, aku banyak sangat buat dosa ni. dah tak sempat nak bertaubat! entah macam mana muncul seorang pakcik dari belakang. dia terus menuju ke tepi pantai tersebut seperti mencari-cari sesuatu. rupa-rupanya dia ternampak satu figura kelihatannya seperti robot transformer. aku rasa bumble bee kot. aku pon tak pasti. sedang dia ralit mengushar dan menelaah robot tersebut, muncullah robot transformer tapi kali ni versi besar punyer...dengan sekelip mata, pakcik tu pon menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ jugak. apa lagi, dengan sepantas kilat, aku terus menyambar tangan asma lalu membuka langkah seribu. semua yang berada di situ juga turut berlari menyelamatkan diri.


"bila ultraman nak datang ni?", aku bermonolog sendirian sambil berlari-lari.

aku sangkakan hanya aku yang mengharapkan kedatangan ultraman, rupa-rupanya semua berfikiran seperti aku. sejurus selepas itu, aku terdengar ramai orang menjerit memanggil ultraman. belumpun sempat aku nak berpatah balik untuk menyaksikan pertarungan ultraman dengan robot transformer tersebut,

"mira, oh mira. dah pukul 3.30 ni"

ceh, rupanya aku mimpi di siang hari. kalau aku sambung tido balik, besar kemungkinan aku dapat menyaksikan pertarungan tersebut. tapi disebabkan ada latihan kawad kol 4 tu, aku padamkan niat aku.


moral of the story::sebelum tdo, tak kira lah siang ke malam, baca doa dulu
suka tak???

Jan 15, 2010

kesibukan melanda

bismillah...
assalamualaikum dan salam 1 malaysia...









setiap hari camni lah rutin aku. penuh 'to-do list' aku. discussion, assignment, quiz lagi, pastu ditambah plak dengan SUKSIS. last week dah puas berjemur tengah panas. lepas ni ada pertandingan kawad, abes terbakar muka aku. assignment pun dah berlambak-lambak. banyak ker? lebih dari satu tu, kira banyak la kan.....hehe. nak dijadikan cerita disebabkan level semangat aku terlampau, assignment yg sepatutnya dihantar pada minggu keenam aku dah hantar semalam. Fuhhh..boleh rekodkan dalam 'hari ini dalam sejarah' tu. padahal ada kisah disebaliknya. mula-mula memangla kena hantar minggu ketiga, tp last week bila tengok planner balik lecturer cakap minggu keenam. disebabkan aku ngan kawan aku sorang ni pening pening lalat+malu malu kucing nak tanya senior, kami sanggup stay up sehari semalam wat pasal Fasa Kehidupan berdasarkan Pengalaman Keagamaan tu. tapi at least, satu assignment dah settle.


kiri, kiri, kiri kanan kiri

hmmm...pertandingan kawad bakal menjelma. aku dengan kawan-kawan sume junior lagi, mana expert sangat. kena la banyak belajar neh! hujung minggu lepas, masa orang lain sedap-sedap tido diulit mimpi, kami sume dah bangun. dua hari tu dirasakan macam dua minggu sebab ni kan first week ada latihan. dua bulan cuti, step kawad pon banyak dah lupa-lupa ingat. bila dah kena berjemur tengah panas terik, step yang lupa terus ingat.


keletihan-kesakitan-kemalasan


tiga perkataan tu cukuplah menggambarkan perasaan aku setelah dua hari didera oleh kepanasan itu. LETIH giler sebab kena kawad tengah panas. baru aku sedar, panasnya Malaysia! tapi bila aku fikir-fikir balik, ini baru panas kat dunia, akhirat lagi la. berganda-ganda. lepas ni ada pertandingan kawad. sampaikan dalam bilik aku ngan kawan-kawan aku berlatih untuk 'selaku terima sijil' punya step. SAKIT, iyelah kan dah lama tak berkawad, tangan ngan kaki pun terkejut. lenguh abes seluruh badan. alangkah syoknya pegi spa, ada orang urut..huhu. MALAS nak pegi kelas esok paginya. kelas pukul 8 plak tu. bukan takat malas nak pegi kelas, malas nak bangun, malas nak mandi. sejuk menggigil macam dok kat tempat bersalji =p
tapi apa boleh buat, aku merungut pon, memang jalan macam tu yang aku pilih.



junior SUKSIS bersama jurulatih dan pegawai selepas majlis angkat sumpah





hari ni 15 januari 2010

bestday besfren aku

selamat hari jadi nor faizawani bt omar

semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

friendship never ends
-mira-fae-sya-ilham-









suka tak???

Jan 2, 2010

Kajian Personaliti based on birthday

Bismillah....
Assalamualaikum w.b.t












Aku rasa ini adalah first post di tahun baru ni...Alhamdulillah kerana kita masih hidup utk mengabdikan diri kepadaNya....hari ni aku akan tulis pasal birthday. birthday aku lambat lg, so sempat ar nak kumpul duit beli hadiah...hehe=p


taw tak segala benda yg tersurat pasti ada yg tersirat, mcm tu gak ar dgn tarikh lahir kita. pagi tadi, masa aku boring gler menghadap facebook, aku pon buka la youtube, saja nak tgk korean music videos (tak leh dipisahkan). tiba-tiba aku ternampak video Rahsia Personaliti dari Tarikh Lahir. thanks to 5yafiq 4bdul kerana meng'upload'kan video nie...menarik.






jom kira


aku gunakan contoh besday aku..(sesaje nak promote besday)




besday aku
21 mac 1990


21+3+1990=2014


2+0+1+4=7

korg kna dptkan jawapan dye sampai tinggal satu jer......kalo dah wat operasi tambah, ttbe jwpn dye dpt 11, so 1+1=2


keterangan bagi setiap no....






no 1 - ketulenan
~ hadir dgn idea baru
~ memperolehi sesuatu dgn cara tersendiri
~ merupakan golongan yg paling jujur dan boleh mempelajari dgn baik teknik diplomasi
~ suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yg terbaik
~ kebiasaannya suka menjadi boss
~ lebih suka bekerja sendiri
perkara yg perlu dipelajari=idea dan pendapat yg lain mungkin baik atau lebih baik. berfikirlah secara terbuka.




no 2 - pendamai
~ dilahirkan secara diplomat
~ selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri
~ naturally sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
~ tak suka bersendirian
~ persahabatan adalah penting wat mereka dan berupaya mendorong mereka utk berjaya dlm hidup, andai persahabatan tak serasi, lebih rela bersendirian
~ naturally sgt pemalu
perkara yg perlu dipelajari=perlu belajar meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan tanpa berselindung



no 3 - ceria
~ kreatif, sosial, romantik, mesra dan mudah dibawa berunding
~ suka memulakan sesuatu dan jarang dapat menghabiskannya
~ suka org lain gembira dan melakukan apa sahaja utk mencapainya
~ sgt popular dan idealistik
perkara yg perlu dipelajari=perlu belajar utk melihat sesuatu dgn lebih realistik




no 4 - konservatif
~ sgt peka dan tradisional
~ sukakan arahan dan sesuatu rutin
~ hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya
~ suka bekerja keras dan sanggup melakukan seorang diri
~ mudah tertarik dgn outdoor activities
~ berupaya utk bersabar, tekun, dan adakalanya dianggap degil
perkara yg perlu dipelajari=harus belajar utk menjadi lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri




no 5 - perintis
~ mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta bersemangat (enthusiasism)
~ perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat
~ dunia adalah sekolah mereka, memerhatikan setiap peluang utk mempelajari sesuatu drpd setiap situasi yang berlaku
~ persoalan yg bermain difikiran mereka tidak pernah berhenti
perkara yg perlu dipelajari=melihat sesuatu dgn teliti dan mendapat semua fakta yg diperlukan sebelum membuat keputusan.






no 6 - romantik
~ idealistik dan memerlukan sesuatu sebab utk merasa gembira
~ hubungan kekeluargaan penting bg mereka
~ perasaan mempengaruhi keputusan mereka
~ suka untuk membantu dan menjaga seseorang
~ sangat setia dan boleh menjadi guru terbaik
~ suka muzik
~ menjadi teman yg setia kpd sesiapa yg menjalin persahabatan mereka dgn serius
perkara yg perlu dipelajari=mempelajari benda apakah yg boleh diubah dan apa benda yg tidak boleh diubah






no 7 - intelektual
~ selalu menyelesaikan apa yg tersembunyi dan sukar menerima sesuatu perkara dgn mudah
~ perasaan tidak mempengaruhi keputusan yg dibuat
~ suka mempersoalkan apa yg berada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
~ kerap dikenali sbg ahli falsafah dan sgt berpengetahuan dan kadangkala bersendirian
~ gemar perkara yg berteknikal dan berkebolehan utk menjadi penyelidik yg baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
~ sgt suka berahsia
perkara yg harus dipelajari=mereka perlu belajar utk menerima kenyataan dunia sebenar.






no 8 - penyelesaian
~ mereka ada penyelesai masalah
~ seorang yg profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
~ selalu mempunyai perancangan yg hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yg terbaik.
~ sgt suka mengendalikan manusia kerana mereka melihat manusia secara objektif.
~ akan memberitahu seseorang dgn cara mereka sendiri bahawa mereka adalah ketua
perkara yg perlu dipelajari=perlu belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri drpd mengikut keperluan org lain.






no 9 - pelakon
~ mempunyai kebolehan utk menghiburkan org lain
~ penyayang dan pemurah
~ dgn tarikan yg ada, mereka tidak mempunyai masalah utk berkawan dgn sesiapa jua kerana tiada siapapun yg dianggap asing
~ mempunyai personaliti yg pelbagai sehingga menyukarkan org sekeliling memahami mereka.
~ mempunyai nasib yg sgt baik tp boleh menderita akibat terlalu mengikut perasaan
perkara yg harus dipelajari=perlu membina landasan kasih sayang






p/s-bnda2 kat atas ni dah diselidik dan dikaji, hanya 10% yg tidak mengikut spt info kat atas.
tp aku rasa kajian personaliti yg dijalankan oleh Dr. Hj Fadzilah Kamsah hampir tepat.







esok tanggal 3 januari
genaplah 13 tahun usia arwah Muhammad Amirul Nadjmi Rosmi
sesungguhnya Allah lebih menyayangi abg chik
menghembuskan nafas terakhir di IJN akibat jantung berlubang
pada 20 April 1997
hanya sempat hidup di dunia selama 4 bulan
untuk terus hidup di alam sana
kaklong amat menyayangimu
walaupun rasa terkilan kerna tak sempat menjagamu
tak berpuas bermain dgnmu
kaklong redha
kerna abgchik sudah terjamin disana kelak
utk menjadi warga Firdausi
abgchik....
doakan mak, abah, kaklong, abgngah dan adik
kami semua menyayangimu....
al-Fatihah




suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...