sleep all your troubles away

Jun 16, 2011

fourth day

assalamualaikum

dah empat hari jadi cikgu


ni first time aku masuk kelas 5K. diorang senyap jer. dengar kata. diam. bagus.

nama cikgu apa. lupa lah

nama saya nur amirah nadia bt rosmi. panggil cikgu nadia.

diorang ni naif. terkejut bila aku boleh sebut nama diorang seorang demi seorang. 
afrina, faris, muza, rasidi, syafinaz, anis, akmal bla bla bla
sebelum start kelas, lecturer aku pernah kata, jangan terus straight to the point pasal apa yang kita nak ajar. sembang sembang dulu

cita cita awak semua apa

doctor tentera cikgu askar bomba pramugari bla bla bla 

pramugari? mesti minat awan dania

a'ah. 
tersenyum budak tu. biasalah budak budak. senang terpengaruh dengan drama drama. 

awak taw tak, nak jadi pramugari, dah la kena pakai skirt pendek, kebaya ketat, sanggup???
ketiak tak boleh bau

diorang gelak gila gila. budak laki toksah kata. siap p bau ketiak masing masing. dalam banyak banyak kelas, kelas ni paling senang kawal. 

memang setiap hari aku masuk kelas 4M, kalo asyik cakap non stop sampai air liur pon tak sempat nak telan,  paham paham je lah....

cikgu, cikgu

awat? 

tersembur... [senyum.....naseb baik comel]

alah, normal lah tu [cover malu]

bila nak pegi makan kat kantin, kadang kadang aku lupa, aku bukan student lagi. sekarang budak budak kat situ semua nampak aku sebagai seorang cikgu. so kena la makan kat kawasan cikgu kan. alah, kat tempat cikgu ada nasi dengan lauk jer. semua makanan berat. aku aim nugget, sosej, kuih kuih jer. macam kita sekolah dulu dulu. kalau dulu time aku student, seringgit pon dah cukup. semalam aku makan nasi ngan teh ais feveret dah lima hinggit. haish....dunia dunia

lagi satu, susah kan kalo kita jer org bujang, yang lain sume dah kawin. banyak sangat double meaning...hahahaha

p/s : hari ni aku garang. padan muka depa. hahahahaah [evil laugh]
suka tak???

Jun 15, 2011

wordless wednesday



sila tekan play


suka tak???

third day

assalamualaikum 

helo helo


aku rasa hari ni aku paling banyak mulut. sebelum sebelum ni dalam bilik guru, aku yang paling diam. takde kawan satu kepala, diam la. tapi aku rasa lepas seminggu dua aku dok sekolah tu, maybe aku back to normal. banyak cakap! 

for the first time aku kat sekolah tu, hari ni aku terduduk, diam, terkedu. semua ada. aku terduduk bila aku tak boleh kawal kelas darjah 3. bising toksah cakap ar. paham paham jelah kalo lepas rehat macam mana. cuba bayangkan korang time sekolah rendah lepas time rehat, macam mana??? ok, flashback balik. [sambil tutup mata]. aku yang berdiri kat depan, sebelah mata pon diorang tak pandang. siap korang, minggu depan aku taw la nak wat macam mana. [ senyum jahat ]


tiap tiap hari aku akan masuk kelas 4 M, hari ni kami belajar karangan catatan harian...


kamu taw tak catatan harian? saya bagi contoh...

taww....[jawab ramai ramai]

ok, pada minggu lepas, kamu menyertai rombongan sekolah ke Melaka. kamu...[tak sempat habiskan ayat]

cikgu, kami baru nak p melaka minggu ni ikut rombongan sekolah petang. macam mana kami nak tulis catatan, p pon dak lagi.mana kami nak taw

hah??? [aku plak yang terpinga pinga]
ni kan contoh ja....

cikgu, melaka melaka takyah sebut ar, tempat lain plak

ok ok. pada minggu lepas, kamu menyertai rombongan sekolah ke United Kingdom. buat catatan harian kamu disana.

huiyoooo....united kingdom. jauhnya....

ayat mau hebat



last sekali, aku bagi keje sekolah. padan muka.


masuk jer bilik guru...


pengumuman.pengumuman.
petang ni latihan sukan dibatalkan
yahooo
maka melompat kerianganlah kami sekalian guru


suka tak???

Jun 14, 2011

second day

assalamualaikum

today is better than yesterday

hari ni aku berani la sket dari semalam. penat kot. puasa la katakan. dengan cikgu cikgu lain a.k.a rakan sekerja pon ok. rupa rupanya cikgu yang dok sebelah meja aku tu, sepupu makcik aku. kira no hal la. ada la penolong. alhamdulillah. kelas muzik pon aku ajar ikut suka hati aku. ada ke student aku tu suruh aku ajar lagu justin bieber. apa kes??? never say never. 

masuk kelas 4M lagi...

hari ni dah 3 kali tengok muka cikgu, tak boring ker

takkk, cikgu baik, comel, tak garang, bla bla bla

cikgu dulu tu garang ker

garanggggg

kamu nak saya garang ker???

taknakkkk, macam ni la best

okay, jom buat card happy father's day


tengah tengah aku termenung tengok gelagat diorang tu

cikgu dah kawin ke blom?

awak rasa?

blom....sebab cikgu muda lagi 

[taw takpe, xde soalan lain nak tanya, calon pon xde]
-dalam hati-

cikgu ada marka ka? 

haishhhh...cikgu single lah....awat?

takdak apa apa 
[sambil senyum tersengih sengih]


best jugak jadi cikgu sekolah rendah. takde banyak masalah. nampak seronok jer diorang. alah, nakal? aku dulu pon camtu jugak. nakal.esok ada latihan sukan. aku cikgu rumah merah ok. 


suka tak???

Jun 13, 2011

first day

assalamualaikum

...haluu...

minggu lepas tak update sebab bizi amek lesen. haha, dah 21 baru teringat nak amek lesen. tapi bukanlah aku yang paling tua dalam kelas tu. hari ni aku dah start keje jadi cikgu ganti. hadooiiiii. tiba tiba aku kena mengajar bahasa melayu, ok lagi sebab memang tiap tiap hari cakap bahasa ni kan. ajar sivik dan kewarganegaraan. hmm...nasib baik aku ni orang yang ada sivik jugak. yang tak boleh blah tu, aku kena ajar muzik! arghh....aku takut aku terajar lagu korea jer. haiii..kan dah tak pasal pasal.

masuk kelas 4 M, ajar simpulan bahasa...

cikgu, langkah kanan tu macam mana?

langkah kanan tu macam rezeki la. katakan cikgu tengah masak kek, tiba tiba kamu datang, mestilah kamu dapat makan kek tu. tu langkah kanan la

kalau cikgu tak bagi kek tu?

mestila cikgu bagi 
[ hmm..ayat je kot ]



masuk kelas 1 M...

ok, keluarkan semua buku bm, cikgu nak tengok....

[semua ikut je]

apsal tak simpan lagi buku math ni, kan sekarang waktu bm

alaa...tak siap lagi. bagi saya buat sampai habis dlu

awak sambung la wat kat rumah, buatla malam ni.

hmm...malam ni nak p mengaji lagi, takdak masa...

[alasan! jenuh jugak pujuk]


konklusi : hari ni sangat penat
suka tak???

Jun 2, 2011

boleh tuju lagu???

assalamualaikum..
hello

rutin hari ni macam biasa, layan youtube. cari lagu lagu yang takde kat radio. lagu korea pon dah banyak kat radio sekarang. tapi sume tu aku dah dengar tahun lepas daa. aku kan gila k-pop tapi bukan fanatik ya!

ni siaran langsung kan? boleh tuju lagu?
tak payahhhh.....
hahahaha

tengah tengah aku layan youtube....

kan best kalau ada orang tuju lagu ni kat kita...kan kan kan 


tapi dulu ada orang pernah tuju lagu ni kat aku and the geng
motif?????



sape nak tuju lagu? sila sila....
suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...