sleep all your troubles away

Oct 28, 2011

[untitled]



nak menjerit

biar puas

tapi ini bukan stress

serius

andai la hari ini ada 30 jam...


suka tak???

Oct 24, 2011

macam-macam




minggu ni deepavali. cuti berhari-hari. dan kelas aku batal sepanjang hari.

aku capai pen, tulis. tak jadi.

to-do-list.

aku memikir. aku ikut ke list ni nanti? bingung. study statistics teringat assignment. buat assignment teringat tak study lagi. resah dan gelisah. itulah penangan last minute. ia membunuh!

dan aku buat keputusan. aku akan buat senarai itu. probability aku ikut list tu 0.78 mungkin.

aku berpesan kepada buku dan nota-notaku, kau tiada cuti.

p/s: aku memang suka copy paste gambar tumblr
suka tak???

Oct 21, 2011

kahwin




jom pergi kursus kahwin
taknak ar
jomlah. boleh tambah ilmu, jadi matured sket
taknak...nanti lepas pegi kursus, kalo rasa nak kawin cmne?
[alasan bodoh]

aku rasa aku masih muda untuk pergi kursus kahwin. perjalanan hidup masih jauh lagi. biar aku matang dengan sendirinya.

selamat berbahagia kepada member member aku yang merancang untuk bertunang tahun depan. member yang sama sama main menyorok dalam library, main air kolah surau sekolah, member sama sama naik basikal pakai helmet. tahniah! jodoh kau sampai dulu. dan baru aku sedar yang kita sudah dewasa.


p/s: pergi kursus dengan bakal suami lah. setuju?

suka tak???

Oct 19, 2011

suka




bila kita buat benda yang kita tak suka.

colourless. macam karakter anime yang tak berwarna.
hitam dan putih

mathematics. tapi aku suka chemistry. sangat
cikgu maths? damn.

aku sendiri tak mengerti apa itu matematik
tapi aku tahu nombor itu indah
dan aku masih mencuba

Allah menguji bila Dia tahu kita mampu
bergembiralah!
suka tak???

Oct 18, 2011

s.i.b.u.k




kau ingat kau artis. berhari-hari aku tunggu kau buat entry baru
hmmm....sibuk lah

ya. aku bukan artis untuk update tiap tiap hari. aku bukan zahiril adzim.
dan aku bukan beto kusyairy untuk muncul di petak kaca itu

aku hanya pelajar matematik. yang tahu makna tidur dalam kelas teori statistik.
bukan tidur, tapi tertidur.

kesibukan yang menghimpit


p/s: aku dah baca buku zahiril adzim. sumpah best


suka tak???

Oct 16, 2011

masa depan

aku masih normal. serius


semenjak dua menjak aku serius, mungkin itu petanda penuaan barangkali
malam ini aku hanyut terbuai merenung masa depan
kerjaya? harta? jodoh? haji? mati? 

memikir. 

biar hanyut memikir jangan hanyut tanpa pegangan. ya.
gelap atau cerah. itu pilihan. kebarangkalian satu per dua

gelap-hancur. lebur. bersepai
cerah-senang. harapan bernyala-nyala

tersalah langkah satu pengajaran kan? kerana gelap memandu menjadi cerah. pabila cerah terang benderang, terkadang alpa dan tidak langsung mengingati gelap. lumrah manusia kan? tidak dapat tidak. 

hidup ni macam roda.

tapi roda atas dan bawah tanpa garisan sempadan. dimana kita? itu keputusan. bukan pilihan.

lapar, tanya perut. salah tanya siapa? dunia? 

diam. memikir. 

tanya diri apa yang kita buat pada dunia. adakah ini karma tuhan?

dan malam ini aku terus memikir hingga malam jadi pagi
untuk menikmati keseriusanku


hafsah dan nadia
dialog di muka buku

suka tak???

Oct 14, 2011

teringat orang somalia




teringat orang somalia
mati sebab kebuluran

orang kita mati terlebih makan
makan benda manis-diabetes
lebih garam-darah tinggi

kita memang suka membazir
tak sedap, buang
makanan menangis sendirian

dan aku hanya mampu melihat
lebihan bubur yang dimasak dibuang
entah mana silapnya
dan sekali lagi...teringat orang somalia

arghhh.aku tidak kejam

suka tak???

Oct 12, 2011

pura-pura



serius tiada bakat
aku ketawa tulus dari hati
aku sedih aku simpan
aku marah
diam tanpa respon

sebab aku tak pandai berpura-pura
dan pura pura tu bukan kura kura

errr....ni bukan sajak
bukan juga monolog
jadi? 
suka tak???

Oct 11, 2011

diam

cita cita aku. diam.

aku punya banyak cerita
banyak rasa
jadi aku berkata-kata
tapi rahsia biarlah rahsia

kata orang aku tak mungkin diam
kerna lumrahku memang begitu
kata mereka
jangan berazam untuk sesuatu yang tak mungkin
salahkah aku?

tika saat ini
aku diam
cuma bermonolog sendiri
dan lebih baik aku diam
suka tak???

Oct 7, 2011

minggu suai kenal


macam biasa. bila ada junior mesti ada minggu suai kenal. wajib. dan aku pon dah senior. tahun depan, puan inspektorlah aku. well, pangkat bukan ukurankan? tak bawa masuk kubur pon. 

kami bukan membuli tapi mendidik. melentur buluh biar dari rebung. 
yang tua dihormati yang muda disayangi.



... W E  A R E  F A M I L Y ...

geng-geng fasi dan ajk pelaksana. walaupun satu jam kredit je dikira tapi macam dapat satu family. mak, mama, abanglong, papa. semua ada. aku berfikir, kalau aku tak join SUKSIS, mesti life aku hanya dengan buku jer.sumpah bosan.



suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...