assalamualaikum dan hai
Bila
kau berpraktikal dengan umur yang belum cecah 25 plus muka yang memang
budak-budak, memang susah budak-budak sekolah nak terima. Bukan setakat budak,
cikgu cikgu senior pon masih keliru. Dan kau sendiri pon speechless sebenarnya.
Contohnya, ada cikgu-cikgu yang sebaya dengan mak aku sendiri. So, aku terpaksa
panggil beliau kakak. Dia pon suruh kami panggil kakak jer. Ada jugak cikgu
yang nak pencen, Cikgu Badariah pernah berkata begini dengan kami
Eh, panggil makcik je lah ea. Tak tergamak nak suruh
panggil kakak. Anak pon dah umur 30.
Sehari dua, aku panggil cik
jer. Pastu tukar jadi cikgu. Ikut keselesaan dan depend dekat persekitaran.
Kalau ada cikgu-cikgu lain, aku panggil cikgu dan begitulah sebaliknya. Kang
tak pasal-pasal kena tegur dengan cikgu besar.
Ada
juga student form one ingat kami senior form four. Ada yang tersasul panggil
kakak kot. Macam kes member aku, dia hampir hampir dicubit oleh cikgu senior
sekolah time latihan rumah sukan sebab member aku pakai sandal. Dan cikgu tu
ingat dia form four! Hey, kami cikgu praktikal lah! Dan aku bernasib baik sebab
sekolah aku tu takde form six dan aku pula mengajar sesi petang. Thank God!
Budak-budak form four form five pandang aku atas bawah atas bawah, bila nampak
nametag, diorang baru perasan aku cikgu. Sebab tu la kena pakai nametag, ini bukan soal skema ke nerd.
suka tak???