assalamualaikum dan hai
source : google search
aku cuba untuk lihat diri aku dalam sepuluh tahun dulu, kini dan akan datang
disember 2002
aku teruja untuk ke alam sekolah menengah. bertemu kawan kawan baru. aku membesar dilumut perak. bila abah dah pencen, pindah balik kampung la.
disember 2012
terlampau banyak memori yang tersimpan. jika mahu dihikayatkan, entah berapa purnama. ahha. tahun ini mengajar aku untuk menjadi dewasa. empat bulan berpraktikal di kuala selangor. pertama kali naik kapal terbang dapat kawan baru, student baru, pakwe baru. eh?
disember 2022?
mungkin aku dah jadi cikgu yang agak bertauliah. sibuk dengan lesson plan agaknya. dah ada keluarga sendiri. dah mula bagi duit kat mak abah. atau masih sedang membayar hutang ptptn? moga tahun tahun akan datang, hidup sentiasa diberkati. InsyaAllah.
suka tak???