sleep all your troubles away

Jan 30, 2013

kosong-kosong


assalamualaikum dan hai

motif aku letak tajuk entri kosong-kosong? aku susah betul nak classify entri kali ni dalam kategori apa. tiba tiba terngiang-ngiang lagu najwa latif. bukan kering idea, cuma keliru. eheh. 

balik dari taiping aku demam. dua hari bersahabat baik dengan selimut. dua hari jugaklah tidur macam baby. disebabkan abah aku dapat tahu aku mandi sungai, terus ajak pergi klinik. tak sampai lima minit pon jumpa doktor. baik dari demam, charger laptop rosak. apakah? 

tak boleh download suka hati. tak boleh buat pc macam harta benda sendiri. motif update blog nak bagitahu tu jer. aku pasrah. =[

p/s: aku rasa entri kali ni macam feminin jer. puiii. 



suka tak???

Jan 22, 2013

air pulau pinang

assalamualaikum dan hai

dua belas hari aku menghilang kejap dari alam maya ni. perit jugak rasanya. tapi once dah pegang laptop rasa awkward pulak dah. #over.

dua belas hari di kuala lumpur. ziarah menziarahi. tapi entahlah, selesa mana pon rumah orang, best lagi rumah sendiri. baru aku faham kenapa pakcik pakcik dan makcik makcik yang dah biasa duduk kampung taknak duduk di bandar. 

macam selalu, bila aku dah lalu di jambatan pulau pinang, aku rasa macam nak menjerit jerit. lega rasanya dapat hirup oksigen yang dihasilkan oleh pokok pokok di kampung sendiri. mandi dari air yang dibekalkan oleh perbadanan bekalan air pulau pinang dan bukannya dari syarikat bekalan air selangor. 




suka tak???

Jan 8, 2013

buku untuk hari cuti


assalamualaikum dan hai

buku yang dibeli semasa cuti

kecelaruan emosi aku automatik pulih bila bungkusan buku dari aqilah tiba petang kelmarin. kesemua buku dari lejen dan fixi. nak beli kesemua sevenlejen dengan six-pack fixi macam banyak sangat. at last kami kongsi kongsi. pelaburan jimat kan? ahha. 

aku juga patut bersyukur sebab mak aku pon minat membaca. jadi keterujaan kami tiga beradik bertambah tambah bila mak pon turut melangkah masuk ke kedai buku. ada la peluang dapat buku percuma. selalunya rutin aku, selepas beli aku akan balut dan letak signature sendiri. haha. tak lupa aku akan letak nama tempat dengan tahun. bila aku dah tua nanti, boleh la aku cerita dengan anak cucu. 'oh buku ni, tok beli masa tok p dating dengan atuk ampa dulu' ayat contoh. 

lately, apa yang aku nampak. mak aku lebih suka beli novel inggeris untuk aku dan adik bongsu tu. aku punya semangat untuk baca english novel berkobar kobar bila mak aku cakap 'kaklong, adek hang punya bahasa inggeris mak tengok lagi power dari hang'. aku tercabar. 

p/s: adek bongsu aku baru form two. 


suka tak???

Jan 3, 2013

azam?

assalamualaikum dan hai


tahun baru dan azam seolah olah sinonim jika digandingkan. mungkin ada yang berprinsip 'just follow   the flow'. salah. itu ibarat kau bawa kereta dari perlis ikut highway plus tanpa arah tuju. bila kau sedar tempat yang sepatutnya kau nak pergi, kau terpaksa buat u-turn padahal masa tu kau dah sampai tanjung pengelih, johor. apa yang kau dapat? penat. buang masa. buang duit. itu analogi yang aku buat. pada dasarnya azam itu matlamat. apa yang kau letak sebagai goal.

yang sebenarnya azam itu tidak punya waktu spesifik. depends. masuk tahun baru hijrah, aku letak azam yang lebih kepada akhirat. tahun masihi, aku punya azam yang berunsur dunia. masuk semester baru, azam aku bercorak akademik. stabil bukan. tapi itu aku, kau jangan ikut. 

seperti dr fadzilah kamsah katakan dalam program mhi pada pagi tahun baru, letakkan azam yang spesifik. jangan terlalu general. contoh 'aku nak kurangkan berat badan'. itu umum. mahu lebih spesifik? 'aku nak kurangkan berat badan supaya dapat boyfriend hensem macam lee seung gi'. realitinya, itu bukan azam aku. ahha. dengan syarat, jangan penting diri. tolong orang lain untuk capai azam, maka Tuhan permudahkan jalan untuk mencapai azam sendiri.

p/s: by the end of this year, I hope I can get my driving license and my first ever smartphone. smile!


suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...