sleep all your troubles away

Jul 30, 2010

smile, laugh, cry------why?

title je english. bajet la aku nak wat entry in english. yg bm pon tatabahasa ke laut, segala bahasa pasar aku guna, inikan plak english. nangis mat saleh baca. silap silap aku boleh didakwa sebab rosakkan bahasa diorang secara terlampau.

kenapa dan mengapa? nak cerita sebab apa anda dan saya sendiri suka tersenyum, ketawa dan menangis. tapi ni dari pandangan aku je la...

kenapa aku senyum?
senyum itu kan sedekah. kalo senyum, aku rasa pemikiran kita akan jadi lebih matang dan yang paling penting comel. ahaks. optimistik, fantastik, bombastik dan segala 'tik' yang wujud di muka bumi ni. orang yang tension pon leh ok bila tengok kita tersenyum. tapi korang jangan la bantai senyum sepanjang jalan plak. korang ingat korang artis leh wat cenggitu? orang cop sewel ada ar. =p. sambil tengok cerita korea pon aku senyum sorang2! baca novel, baca komik. yg tu pon aku leh senyum sorang2. tak pelik kan?
nak senyum pon tengok keadaan la yer. dalam kawad takleh seyum, bak kata incik sm aku. tapi dah memang camtu, nak wat cmne. muka masam salah, manis pon salah......

kenapa aku gelak?
gelak tu boleh buat awet muda ok. sebab tu lah muka aku still cam muka budak skolah menengah! [perasan]. ok, itu tipu. aku tersangat suka ketawa, rasa best sangat. bahagia jer. sampaikan kawan aku cakap, kalo aku demam, aman jer dunia. hampeh tol. aku pernah try test gelak takde kuar suara. seksa gila weh. sakit perut aku. sumpah, taknak buat dah. aku nasihatkan, try la....huhu

http://www.emocutez.com

kenapa aku menangis?
benda ni aku tak suka wat. tapi aku senang sangat nak menangis. kasut hilang pon aku nangis taw. uhuks. bila time aku layan drama korea ker, heroin menangis, aku nangis gak. konon mendalami watak la. xde paedah langsung! pasal tu sampai sekarang aku tak tengok lagi cerita 1 litre of tears. takut air mata aku satu gelen kluar. eh, abes la rahsia aku cmni. pssstttt, jangan bagitaw orang k. [mengada]

http://www.emocutez.com



kalau aku marah, cmne ea muka aku?

cmni ke?
http://www.emocutez.com
takpon cmni?
http://www.emocutez.com
atau cmni?
http://www.emocutez.com

comelnyer!






suka tak???

Jul 29, 2010

insomnia

inilah balasannya. waktu siang hari untuk belajar dan bekerja. aku??? balik kelas tros tido, bangun solat tido lagi. dalam hati kata takpe, letih posa kot. "kepala otak ang posa, tido cam tak tido seminggu!" sekarang jam pon dah 230 pagi. ingin ditekankan lagi skali, PAGI! sedapnya tgk roommate aku tido. 

aku bukan boleh dok sorang2 camni, nak study, tak masuk dah. aku dah rasa tepu. [boleh plak bg alasan tu]. selalu kalau aku sorang2, ada je la yang aku nak rasa sedih. i don't know why. ada je dok layan perasaan sorang2. 

[hasil-hasil blogwalking dan online dari pukul 0000 hingga 0240]
29 julai 2010

disebabkan time balik kelas semalam pakcik driver bas pasang movie hindustan cerita Badal lakonan Bobby Deol, aku pon layan youtube tgk music video dye. he is one of my favourite actor. aku pon tak taw kenapa aku suka dye. nak kata ensem, tak! tapi dye sangat smart [ensem ngan smart lain ke?]


time aku saja2 wat google search, aku jumpa site ni. tapi aku copy apa yang berkaitan dengan aku je la. terasa beb! 

bila kita sayang orang tu, kita tak tido pon takpe
layan dia tengah bosan
tapi bila kita bosan, ada dia layan kita?
hati kata takpe, dia busy kot

bila kita sayangkan orang itu, 
kita tak pernah pentingkan diri sendiri
tapi dia HIPOKRIT tahap gaban
hati kata takpe, dia memang camtu kenalah terima

bila kita sayang orang tu
kita tak sanggup tengok dia derita
tapi dia tak pernah menghargai diri kita
hati kata taw tak betapa kita sayang kat dia???

nak baca lagi??? sila klik sini

yang ni plak pasal arrange marriage. orang kata bercinta lepas kawin lagi bahagia. ada yang kata tak kenal maka tak cinta. mana satu nak ikut???? 

Anonymous said,

Sebab tak kenallah kau kena kenal-kenal dulu. Bak kate pepatah,
"tak kenal maka tak cinta". Ta'aruf dulu, kenal simple-simple sudah, pastu nikah je tarus. Dah nikah barulah kau mula couple. Hoho  :D  Aku teringat kisah kawan lelaki aku yang nikah tanpa mengenali langsung siapa pasangannya, hanya berserah pada kedua ibubapanya sahaja sebab mereka yakin, pilihan ibu bapa itu yang terbaik untuk mereka. Logiknya, tak mungkinlah seorang ibu dan seorang ayah akan menganiayai anaknya sendiri, pastilah ibu bapa akan berikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Kau tahu, selepas nikah itu barulah kawan aku itu kenal siapa isterinya sebab isterinya duduk didalam bilik sewaktu akad nikah. Malam pertama sepatutnya pasangan suami isteri bersama, tapi kawan aku buat sesuatu yang tak sepatutnya, si suami lepak dan tidur kat sofa ruang tamu, si isteri pulak lepak dan tidur dalam bilik. Kau tahu kenapa jadi macam tu? Sebab si suami lepak kat sofa tu sambil main message dengan isterinya yang ada dalam bilik tu. Message itu berbunyi macam ni, "Awak, nama manja awak apa eh? Awak ada berapa orang adik beradik eh? Awak anak keberapa eh? Awk dah makan?" Soalan yang simple dan biasa bagi orang yang mula-mula berkawan.

Aku tanya kat kawan aku, "Kenapa tanya soalan mcm tu? Peliknya". Dia jawab,
 "Sebab aku nak ngurat isteri aku la, biar dia terpikat dulu dengan aku, barulah ada thrill. Haha!" Lepas tu kau tahu apa jadi? Dorang pergi dating. Kawan aku beli bunga dan bagi bunga tu kat isteri dia, makan aiskrim, makan coklat, candlelight dinner dan macam-macam lagi la, sejibik macam orang baru bercinta (eh, bukan dorang memang baru bercinta ke? Apela kau ni. Haha). Sebulan lepas tu baru la malam pertama untuk dorang, sekarang dah ada dua orang anak but still macam orang tengah couple.
[aku copy paste dari 
http://kupasrah.blogspot.com/2010/07/ouch-indahnya-kahwin-mengikut-pilihan.html ]

aii. sangat tak bertamadun. copy paste hasil orang lain wat enrty sendiri. jangan tiru daku. daku tengah 'emo'. aku harap sangat 'somebody' tu baca entry ni [dia baca ker???, ko bajet blog ko femes ke mira???] hepi besday sang hipokrit.may God bless you.

dulu, kini dan selamanya
-aku tetap aku-












suka tak???

Jul 28, 2010

patriotik

assalamualaikum salam satu malaysia

selama hari ni, aku asyik tulis benda kosong. takpon omputih sebut nonsense [i'm improving my skills]. hari ni kita akan bercakap pasal patriotik. kalau tak patriotik, jangan sebut la korang tu anak malaysia. =p




try tengok video ni. aku taw la korang memang sedia taw lagu Negaraku tapi cuba tengok pics tu. tak rasa bangga ke kita ni anak malaysia. baru baru ni kita ada first submarine - KD Tunku Abdul Rahman. then kita ada menara berkembar. negara lain mana ada tein tower cik adek oii. kita ada lapangan terbang antarabangsa yang tercanggih dan banyak lagi. tapi yang buat aku bangga, kita ada mantan pemimpin yang tersohor iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad [my idol]. 

tapi yang wat aku terkilan sangat, ramai golongan muda terjebak ngan masalah soSIAL. dulu kes rogol, sekarang buang anak plak. lepas ni apa? masing masing ada otak dan akal, pikir ar sendiri. apsal aku ter'emo' plak nieh??? kalau taknak negara kita dijajah sekali lagi, berusahalah. kerajaan bagi duit suh study, study. jangan asyik dok wat benda tak berfaedah. 

sepatutnya kita bersyukur dok kat malaysia. takde la kes gunung berapi ker, gempa bumi dasyat ker, puting beliung ke. kalau ada pon, kita terkena tempias dari indon sana. malaysia mana ada perang2 cam kat afghanistan dan negara yang seangkatan dengannya. kalau ada pon perang politik yang aku rasa mcm takde kesudahan. cuba bayangkan di palestin tu, umo tak sampai 20, dah pegang senjata. aku? baru sabtu lepas pegang m-16 tapi xde peluru, tu pon sebab aku ada kawad senjata.


ok ar. tetibe aku blurr untuk wat entry nih. 

[aku dapat idea tulis entry ni sebab semalam ada sesi dialog dengan PDRM,Cawangan Khas Bukit Aman. kami sume menyanyi lagunegaraku dengan penuh semangat sampai meremang bulu roma aku. aku bangga aku lahir di Malaysia] 












suka tak???

Jul 21, 2010

alahai sakit gigi

ello.ello.
i'm still alive. 

arghh..dah nak dekat 2 minggu kot tak update blog! biasalah baru naik semester. bila aku semangat nak buat entry baru, tetiba aku nampak "THIS WEB PAGE IS NOT AVAILABLE". hampeh tol.

hari ni dengan penuh rasa baik hati aku teman kawan aku check gigi. maka kami pon menuju ke klinik pergigian Tg Malim. dah daftar, macam biasalah kalo pegi klinik kerajaan....menunggu menunggu dan terus menunggu. sambil menunggu teringat zaman kecik2. 


cerita bermula...
masa tu aku darjah 2. gigi kekal tak sabar2 nak tumbuh, maka gigi susu pon mengalah. last2 aku yang jadi mangsa. abah aku pon bawa aku pegi klinik pergigian. time tu xde kereta lg, so pegi berdua jer. bila tiba masanya doktor tu nak cabit gigi aku, aku rasa macam seluruh jiwa ku pergi. sakitnya.....adoyai....


bila aku melangkah keluar je dari bilik doktor tu, mcm biasalah mulut aku disumbat ngan kain kapas tu. reaksi aku::senyap jer. kat luar tu ada budak yg aku rasa tua lagi dari aku, badan dye semangat lagi dari aku. budak tu nangis2 sebab sakit. sebab bapak dye nampak aku cam cool n steady jer, seraya bapaknya pon berkata "tengok adek tu, senyap jer.baik jer" aku ni pantang kena puji. so aku pon maintain lagi. sampai abah aku pon heran sebab aku senyap jer. 


naik jer motor, ondaway nak balik, maka aku pon dah tak tahan menanggung kesakitan yang ada, berhamburanlah air mata jatuh! weh, gila sakit! abah aku berenti tepi jalan then tukar kapas dalam mulut aku. mana taknya, penuh basah belakang baju abah aku, sebab aku lap mulut aku...hahahahaha. gila selekeh!
balik2 umah, aku jadi bahan gelak mak aku. mana taknya punya la berlagak depan budak tu aku tak sakit padahal hanya tuhan yang taw. 


itu cerita aku, blom masuk cerita adek aku. masa tu kami berdua kecik lagi. sekolah rendah kot. adek aku memang tengah sakit gigi. satu hari kami satu family pegi pasar malam. ala...biasala budak2. everywhere and everytime asyik nak main jer. ntah mcm mana aku tertumbuk dye. tengah dye geram2 kat aku tu, tiba2 "eh, gigi abangngah dah hilang". kuat tol aku. 



so sape2 yang sakit gigi, meh la aku tumbuk. ada berani????

suka tak???

Jul 7, 2010

apa khabar en Bakar???





siapa en Bakar??? nak kata bakal pak mertua, bukan! calon pon xde. jiran sebelah umah pon bukan. family aku, jauh sekalii....

meh cni aku mau cerita. 


pada suatu pagi yang indah, Baharom bersama rakannya Budin [bukan nama sebenar] menaiki kereta charade menuju ke Kedah kampung si Bidin. Baharom ni orang bandar, sekali sekala nak gak rasa makan kari ikan ngan ulam ulam cicah sambal belacan sambil menikmati sawah padi. pastu dari jauh nampak lembu lembu meragut rumput, kambing berkeliaran, kerbau berkubang, bangau bangau plak doklepak lepak atas badan kerbau, burung2 berterbangan. terdengar plak suara gadis manis berbaju kedah berkain batik berkata "bang, tambah nasi tu. jangan segan-segan" ok, tu sume khayalan Baharom semata mata. 

dalam perjalanan, disebabkan bosan mendengar suara Bidin yang dok menyanyi lagu Nobody tu, Baharom bersuara. 

baharom: bapak ko nama per?
bidin: pak bakar, awat?
baharom: camne aku nak cakap, Apa khabar en bakar?
bidin: owh...hang kena cakap camni. apa habaq cik bakaq?


lepas dari tu, baharom tros menghafal perkataan tu. dalam setengah jam gak la mulut dye terkumat kamit
apa habaq cik bakaq?apa habaq cik bakaq?apa habaq cik bakaq?

maka sampailah diorang ke umah Bidin. disebabkan nervous punya pasal sebab tengok muka pak Bakar yang garang tu ditambah lagi dengan misainya yang menakutkan, tak semena mena Baharom menjerit


"apa bakaq cik habaq"


Bidin : oiyt, salahlah [bisik bidin]






aku tak taw nak wat ending cter ni camne. tetibe blurr plak. kalau suka, like je kat bawah. kalo tak suka, tekan like tu 2 kali k.... ahaks~


p/s::cerita ni takde kena mengena dengan yang hidup ataupon nazak~






suka tak???

Jul 5, 2010

plexus life part 3 : si myanmar dan mat filipina

it's time to update. kali ni aku nak cerita lagi pasal pengalaman bekerja di plexus. macam korang sume taw kan, negara kita ni kadang2 terlampau majmuk dah. bukan takat ada pekerja asing dari seberang, tapi ada dari bangladesh, nepal, myanmar dan filipina. aku rasa ada ag tue, tapi ni jer yang aku taw.

sebelum aku masuk ke production aku tu, 2 minggu sebelum tu, ada sorang mamat filipina baru lapor diri kat situ. namanya mitchell. disebabkan dye boleh speak english, maka terjadilah perbualan "london" antara aku dan dye. yang bagusnya, aku boleh ar improve aku punya skil. next sem dah nak kena study english balik.

si mitchell ni memang selalu sembang ngan aku jer pon. kekadang aku la cikgu bm dye. aku siap wat kamus kecik kat dye. ajar yg simple dah ar. nanti ajar banyak2 pening plak mamat tue. rupa-rupanya dye tu pandai gak. student computer programming tuuuu. satu yang aku suka pasal dye, mamat ni suka membaca. bayangkan dye angkut buku sejarah filipina ke malaysia. dah abes baca pon. sekarang tengah abeskan baca sejarah cina plak.  banyak gak dye cter pasal negara Filipina. katanya....

-  kat sana kalo nak keje kena ada certificate pebnda ntah. nak amek cert tu kena exam dlu. kalo ada cert tu gaji mahal. 
- lelaki kacak (aduss, gler skema) kalo berbau busuk, takkan dipandang
- basic (gaji) diorang utk keje diluar Filipina harus sama dengan basic minimum kat sana, kalo tak kerajaan diorang takkan bekalkan pekerjanya utk negara lain

ada banyak lagi yang dye bgtaw tapi masa tu otak aku leh simpan 512 mb jer. ahaks. kalo dye tipu maknanya memang aku kena tipu lah kan. 

tu la mamat myanmar tu. 
kami panggil mei mei


stop talking about him. kita cakap pasal si myanmar plak. seminggu lepas aku masuk keje, ada orang myanmar baru datang malaysia. kiranya aku gelarka fresh dari ladang ar. yang aku tension cket, bukan aku jer, kawan kawan aku, supervisor aku lagilah...dye ni tak faham bahasa. english pon tak faham, melayu lagilah. abuk pon tarak! mula mula tu memang la. benda simple pon susah nak terang. abes segala bahasa isyarat mulut sume  kuar. dari kepala sampai ke kaki kena guna kalo nak terang something. 

tapi dye pon ada inisiatif sendiri. sebelom aku resign tu, dye boleh dah cakap melayu cket2! "tak boley, tak paham, makan, ada, takdak" yang tu dye dah pandai cakap. mamat ni suka sangat nyanyi, sambil packing tu nyanyi jer keje dye. tapi kami sume tak paham pon. iyelah bahasa myanmar. yang dye taw senyum jer memanjang. baru baru ni aku dengar dye nyanyi lagu yank dengan baik baik sayang. superb! first time aku tengok dye, muka nampak cam educated. smart doe. aku pernah dengar minah minah indon kat kilang cakap "gantengnya cowok itu" lebih kurang ar. 

kadang kadang aku kesian jer tengok dye. cuba kita letak diri kita kat tempat dye. mesti sdey kan???

ok, hari ni aku sangat banyak cerita. 
 

suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...