sleep all your troubles away

Jun 30, 2013

pengaruh drama

assalamualaikum dan hai


dari dulu sampai sekarang, terkadang aku memang di bawah pengaruh drama atau filem. zaman remaja aku dulu [dalam drama], selalunya kalau si pakwe nak pujuk makwe ataupun nak tunjukkan betapa ikhlas cintanya, si pakwe akan menyanyi sambil main gitar. masa tu si makwe akan mengintai dari tingkap jer. nak feel lagi bila hujan turun dengan lebat. aku pon berangan tapi kawasan rumah aku ni tepi hutan, ada parit lagi. ahha.
 
realitinya, kalau dia sanggup sabar dan bawa aku pergi kedai buku pun kira ok. nak pilih satu buku pun berjam-jam. pffft. [ni pon angan-angan]

suka tak???

Jun 26, 2013

complicated


soal hati dan perasaan itu merumitkan. ia abstrak. tiada rumus khas.

kenapa kau suka dia?
 
apa aku perlu sebab untuk suka dia.
 
 
 
 
 

suka tak???

hari tua sofia amir

 
assalamualaikum dan hai
 
 
 
nama dia sofia amir. orangnya sempoi sama sempoi macam nama. orang kata kami nerd. manakan tidak, kami selalu lepak di perpustakaan. tapi bukan belajar, cuma nak tumpang pendingin hawa sambil bercakap pasal gajet dan blog. hari jadi aku tahun lepas, dia hadiahkan aku photobook. manis. tapi aku tak semanis kau. aku cuma mampu tulis kat sini. terima kasih sebab gerak aku masa kelas grammar. aku bukan tidur dalam kelas tapi cuma pejam mata jer. ehhe.
 
selamat hari jadi sofia amir. bilalah akan ada peluang untuk minum nescafe bersama. harap-harap satu hari nanti.
 
 
suka tak???

Jun 20, 2013

stranger


Assalamualaikum dan hai
 
Sekali aku berkawan, sampai bila-bila tetap kawan. itu aku.
kami berkawan dan kini aku adalah stranger untuk dia dan mungkin sebaliknya. bukan sekadar teman biasa. kami sudah sampai satu tahap selesa yang mana pernah tidur sebantal makan sepinggan kongsi penyedut minuman dan hampir semua. di mana ada aku pasti ada dia. selalunya.
masa bergerak pantas. kerja bertimbun tarikh akhir menghambat dan kami makin jauh. lama-lama kami jadi awkward. bukan tiada usaha, ada. tidak cukup barangkali. sampai satu saat aku penat. apa manusia seperti aku tidak punya hati? hati aku tawar.
jangan pernah harap orang akan balas seperti apa yang kita bagi. itu syarat dalam satu hubungan. kerna bukan semua orang mampu.
aku tahu dia terkadang hidup dalam fantasinya sendiri. itu realiti. berbahagialah.
 

 
suka tak???

Jun 19, 2013

masa depan

assalamualaikum dan hai



tesis sudah hantar. jadi aku pun sudah pulang kembali ke pulau setelah lama bermastautin di tanjung.
 
sepanjang lebuhraya, aku memikir masa depan aku. memang. memang aku bakal jadi cikgu. tapi sebelum itu? senior aku pon posting selepas setahun lebih bergraduasi.
 
masa akan datang. bayar duit kereta, duit rumah, bil, yuran sambung belajar dan tidak lupa hutang ptptn. kahwin lagi satu hal. belanja kenduri, takkan mak abah tanggung? itu pon kena fikir.
 
selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba. selamat tinggal dunia pelajar.

suka tak???

Jun 9, 2013

anak kandung suluh budiman

 
salam dan hai,
 
dengan berakhirnya paper linear programming semalam, berakhirlah pengajian di upsi. perasaan itu berbaur. sedih, gembira, sebak. semua aku rangkum sekali. sebab itu aku sangat benci hari terakhir, kalau boleh, aku mahu tidur dan bangun pagi tu, aku telah berada di rumah.
 
2009-2013. banyak perubahan. dulu muka kanak-kanak sangat,sekarang adalah sikit ala-ala cikgu. heh
dulu suka sangat sembang kosong, sekarang nampaklah sembang tu ada isi sikit.
yang paling nyata, dulu slim, sekarang berisi.
 
 
mak, ni dah abes dah blajaq, boleh la nak cari pakwe
 
 
gataii
 
p/s: lepas ni, hari-hari aku nak update blog. hehe
 
 
suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...