sleep all your troubles away

Jan 12, 2014

#throwback - drama play

assalamualaikum dan hai,

assignment terakhir – drama play. Kelas introduction to english literature.

Kelas aku buat romio and juliet, kelas lagi satu buat a midsummer night’s dream. Karya shakespeare. Jadi setiap kumpulan akan dapat dua scene untuk dilakonkan. Scene aku ialah, pertemuan pertama romio dan juliet di majlis tari menari. Kalau ikut skrip, ada kiss scene. Gila kau nak buat betul-betul. Tiba-tiba idea datang

‘apa kata, kita buat si juliet ni suka pegang teddy bear pastu si romio tu akan kiss si teddy bear instead of dia kiss si juliet’

Semua pandang aku. Aku panik.

ok, aku pon malu dengan idea bangang aku ni’

Jadi, kami buang kiss scene tu.



'I really enjoyed both drama, romio and juliet and a midsummer night's dream. I've decided that I will give you 30 out of 30 for drama presentation. congratulations!' – Dr Wan Mazlini.


Penghujung semester lapan yang manis. Yang paling penting, kami dapat A untuk subjek ni. 


suka tak???

Jan 10, 2014

cantik itu sihat

assalamualaikum dan hai

kali ini aku nak buat promosi sedikit. nanti senang-senang awak awak semua bolehlah singgah di page ini. 

p/s: aku tak edit lagi cover photo ni. 

admin : page ini diselenggara oleh aku dan saliza sendiri. walaupun masing-masing sibuk. start minggu depan mungkin aku sibuk dengan sekolah. saliza tu memang sentiasa sibuk, pergi kerja pagi, malam baru sampai rumah. junior engineer, mestilah begitukan? tapi, kami juga telah sibukkan diri kami dengan seminar-seminar perniagaan dan mesyuarat kami sendiri. 

produk : kami menfokuskan kepada produk kesihatan iaitu suplemen dari shaklee dan nutrilite. dan kami berdua pun makan suplemen-suplemen tu. that's why la kami pilih produk kesihatan. 

lepas ni, jangan korang rasa annoying pulak datang blog aku. sekali sekala nak promote business ni. hehe





suka tak???

Jan 8, 2014

#throwback - berdiskusi

assalamualaikum dan hai


Sungguh aku rindu zaman belajar. Aku rasa empat semester terakhir di upsi adalah yang paling mencabar. Dengan penulisan ilmiahnya, assignment matematik, merangka lesson plan lagi. Ditambah dengan aktiviti kokurikulum. Padat.

Antara perkara paling aku rindu, berdiskusi bersama encik Halim, pensyarah penyelia tesis. Sebelum aku praktikal sampailah semester akhir, pesanannya tidak putus-putus. Diskusi dengan encik halim akan berakhir dengan sesi berbual dan berpropa. Dia layankan saja kami si gadis-gadis. Sanggup dengar cerita ‘seramshit’ kami ni. Hmmm, pendengar setia bak kata orang.

 Siapa sangka beliau adalah lulusan sarjana amerika syarikat. Dari kejuruteraan terus melekat dengan bidang pendidikan. Orangnya kecil semangatnya besar. Ilmu matematik selalu dikaitkan dengan agama, dengan alam sekeliling. Berbicara dengan penuh hikmah. Pertemuan terakhir, kami berkongsi mengenai impian. Aku katakan padanya aku mahu tulis buku. Tanpa segan silu, aku berkongsi mengenai blog picisan ini.

mira apa kata selain tulis di blog, awak tulis buku pasal pengalaman di upsi’

Moga-moga.  Mana tahu, buku itu boleh beri inspirasi kepada bakal guru di luar sana. Kan.

antara kerinduan. baring tepi katil menghadap assignment sambil pekena nescafe. 

p/s: ayat aku makin lama makin skema. risau aku dibuatnya. 




suka tak???

Jan 5, 2014

the past

The past.

He said kena selalu doa, solat, jangan lupa Tuhan’
and I think that was the last word from him. Four or five years ago. I do not remember at all.

Now, we remain as stranger.


#randomthoughts


suka tak???

Jan 2, 2014

azam kami

assalamualaikum dan hai

time time tahun baru macam ni, nama azam memang famous. jadi, aku takkan letak nama anak aku azam. nanti dia overtake aku pulak. ahha. tiba tiba semalam kami anak beranak berbicara pasal azam.

aku : pada 1 januari 2015, bila kaklong check baki dalam bank, mesti ada lima ribu lebih. 

adik : abangngah berazam untuk ada azam. 

abah : cukuplah abah jadi orang yang berguna dan boleh berkhidmat kepada negara dan bangsa. 

senyap senyap jer abangngah cakap 'ayat buku teks'.

jadi aku dah tahu, dari mana aku dapat aku punya skema tu. =]

selamat berazam. 




suka tak???

Jan 1, 2014

ENTRI UNTUK SHAKLEE

SENARAI PRODUK DAN INFO 

1. ESP

2. SUSTAINED RELEASE VITA-C
suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...