sleep all your troubles away

Oct 28, 2010

do not disturb

diam-diam, aku nak study nie

mood - nak pegi library ngorat librarian, geledah past year questions
jalan jalan sampai penat
minum nescafe sampai puas
baca komik sampai termuntah

perasaan sekarang - rasa sangat dull. dull kat sini bermaksud bila aku kuar berjalan-jalan, orang lain sume berwarna warni, aku cam kosong, colourless. 

pastu perasaan inkuiri dan unsatisfied sangat tinggi
contoh
"aku je betol, ang salah"

aku nak pesan kat pesbuk, tolong jangan kacau aku nak study. aku pon tak taw kenapa aku asyik nak kena jumpa ang, padahal xde notifications pon, xde sesape pon. tapi kenapa aku kena ngadap ang? konpius taw. aku harap lepas ni jangan selalu jumpa aku ea. lepas exam takpe lah. 
[ kata-kata seorang pesbuk addict ]


 I just need my own space


rasa macam nak rebus buku calculus buat sup tulang dan goreng buku grammar cicah sambal kicap
amacam???


cikgu nadia
budak baru nak insaf
suka tak???

Oct 27, 2010

dulu dan sekarang

dulu dan sekarang
apa beza?
dulu-past tense
sekarang-present tense
stop.stop
jangan dok merepeks


jom start


zaman dulu-dulu, time nak tido letak yasin bawah bantal, pendinding diri. ikhtiar kita untuk jauhkan makhluk makhluk   yang tak disenangi. sekarang, letak henpon tepi bantal, konon-konon wat alarm, senang bangun tdo. orang dulu-dulu takde alarm pon. kadang kadang ayam yang kejutkan....

dulu, tauke kedai kopi pon belom tentu boleh beli enset, mahal kot. orang bisnes ja pakai. sekarang, kezen aku yang tak masuk tadika tu pon dah pandai kot. berebut ngan abah dye, nak main game. budak dah makin maju....

time hantar anak-anak kat universiti, mak bapak selalu pesan, "belajar sungguh sungguh ye nak, jangan main-main. jangan gatal-gatal nak bercinta". masa dah berubah, sekarang "jangan la cari yang jauh-jauh sangat, susah nak berhantar nanti" >ayat makan dalam<

dulu anak-anak pompuan wajib kena pandai masak sebelum kawin. lepas kawin dapur tak berasap. sekarang anak-anak pompuan main cafe world kat pesbuk. lepas kawin, "bang, hari ni kita masak sardin je lah". sehari dua takpe, maunya hari hari, muka laki kau pon cam ikan sardin. seploh tahun pastu, macam tin sardin! DUSHH~

dulu kat sekolah, kalo tak buat homework, kena rotan. balik umah kena rotan lagi. mak bapak siap pesan "kalau dia ketegaq [nakal], cikgu rotan ja" sekarang kalo kena cubit, mak bapak hantar surat 'cinta' kat cikgu. surat saman!

zaman dulu, bila nak bagi surat cinta, mesti tabur bedak wangi-wangi, mau seguni bedak abes untuk satu surat, sekarang main miskol miskol pastu mesej, "awak..bleh kenal?" hahaha...sangat kanak kanak sunquick!

zaman dulu dulu tok nenek kita nak kuar dating punyalah payah, ntah ntah ada yang kuar sorok sorok kot tingkap ke, sekarang? mai amek depan pintu umah depan mak bapak. mana parents nak tolak kalo yg mai amek tu naik mini cooper, porsche, ferarri, ferraro rocher..erk? tu coklat kan....

dulu bila budak budak kecik nangis, mesti mak bapak pujuk camni, "nanti kita beli aiskrim ye sayang". maka si anak pon terus berubah wajahnya sama sekali. senyum lebar. kalo sekarang? si anak plak sambung, "eskrem baskin robbin ea mama, pstu nak beger mc d takpon chicky meal" amboii....sangat demanding. 



dulu, bila time bulan mengambang jer, budak budak dah gabra, mesti tdo awal. sebab orang orang tua cakap ada hantu. sekarang bila ada nampak bulan mengambang, ha...mesti nak pilihanraya ni. siang siang hari pon bulan tu tetap ada gak. lagipon budak budak pon dah educated cket.


sekadar hiasan. takde unsur politik yer.

dulu, orang bersosial kat kedai kedai kopi especially pakcik pakcik dok main dam aji, makcik makcik plak gosip kat stall yang jual ikan sayur sume tu, budak budak dok main pondok pondok ngan perang perang kat laman umah, sekarang? main dam aji kat yahoo games, gosip kat fesbuk, main pondok pondok kat....dah tak main dah, sekarang diorang main buang buang anak plak. [kekasaran perkataan disitu] main perang perang online jer sekarang, takpon layan DOTA.

dulu dan sekarang. banyak perubahan kan? pemikiran orang kita pon berubah. tersangat open minded sekali. 


-cikgunadia-
suka tak???

Oct 25, 2010

Why do I hate you???

balik balik umah tadi, elok nak bukak pintu bilik, sedap sedap jer dye landing depan pintu. aku halau halau tak gerak gak. pekak kot? aku sergah dye wat dunno jer. sah, pekak! 

aku tak taw sebab apa aku tak suka kat dye. dulu aku geli jer, then aku takut sekarang aku tak suke [menci menci tak shuke]. aku rasa dye bunting ar, tengok perut cam apa je. mesti cari port nak beranak. aku takut aku plak yg dipersalahkan atas kelahiran anak dye tuh. 

rasa nak tampar tampar
apa kau rasa???

kenapa aku tak suka sama kucing

1. sebab aku allergic. bila aku main main dengan dye je dlu, konpem dua tiga hari pastu aku selsema. 

2. aku takut tengok gigi n kuku dye. aku takut bila aku pegang, dye gigit gigit tangan aku. cakar cakar muka aku. abesla tanganku yang lemah lembut ni. jatuh saham  =P.

3. suka berak merata tempat. aku rasa cam nak wat public toilet je kat depa. baru educated cket kucing malaysia. plus, diorang diaekor suka berak merata especially kat koridor blok umah aku kat upsi ni. sepanjang nak sampai pintu umah terpaksa melalui halangan halangan seperti bau yang 'sangat' menyenangkan serta pemandangan yang sungguh 'indah'

4. sangat suka explore benda tak sepatutnya. yelah. bila aku balik, tengok umah aku terbuka luas, mesti ada something ni. rupa-rupanya abes sampah sampah diselongkarnya. dah sepah, bukan reti kemas balik [dah nama pon binatang...] 

5. suka cari publisiti murahan. bila orang ramai ramai kata comel, mulalah nak mengada ngada. dok wat aksi 18 sx plak. biarlah comel mana pon kucing tu, aku takkan kata dye comel. =P

6. sebab aku suka bela ikan. kucingkan suka makan ikan. [ alasan tak logik langsung ] 
aku harapla yang bakal incik beliau aku tu tak bela kucing sebab aku suka bela ikan. kalo tak, abesla sume ikan ikan aku yang ada dalam akuarium tu....hehehehe


kucing ini bermonolog:: nasib kaulah, dah laki kau sayang aku.


aku ada terbaca yang nak taw pompuan tu penyayang ke tak, tengok samada dye minat kucing ke tak. kalo dye minat, maksudnya penyayang dan begitulah sebaliknya. hmm....aku penyayang jer. dushh~
suka tak???

Oct 21, 2010

women better than men???


isnin lepas, time kelas english for communication, kelas aku ada wat debate pasal "women make better teachers than men or vice-versa". pastu kami pon menggeledah semua info dalam library pakcik google ni. aku terjumpa fakta-fakta menarik pasal lelaki dan perempuan.... bukan disebabkan aku perempuan gak, aku melebihi kaum perempuan k....i'm not bias [padahal, adala cket]

women communicate better than men
pasal tu perempuan banyak cakap. jangan salahkan kiteorang kalo suka gosip. mungkin sebab tu perempuan lebih sesuai jadi cikgu. neuro-pyschiatrist kat universiti california dah wat kajian, menurut beliau, perempuan boleh memproses 20000 perkataan berbanding lelaki hanya 7000 perkataan. tak percaya? time korang cakap tu kira la berapa perkataan yang terkeluar.....huhu

women learn better than men
perempuan lebih efisien dalam pembelajaran berbanding lelaki. lebih pandai berkongsi idea dan maklumat ngan orang lain. mungkin sebab tu lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki di universiti. mungkin....

women cope with stress better than a men
kalo perempuan stress, dia akan bercerita dengan kawan-kawan ataupun dipanggil 'social support' dan secara psikologinya itu adalah cara yang terbaik. jika dibandingkan dengan lelaki yang akan bertumbuk, berguling-guling wat free show kat public. [nak tunjuk kuat la tu]

women evolve hotter
perempuan ni akan lebih 'hot' thru evolution sedangkan lelaki sama jer. yg aku paham la kan, benda simple jer. kalo nenek korang cun, mak korang lagi cun, cucu dye plak lagi cun melecun. ada paham??? hehehehe....


women survive after car accidents often
77 percent lelaki cepat mati dalam car accident berbanding wanita. so kaum lelaki diluar sana patutlah berterima kasih kat kiteorang bila kami membebel "WEAR YOUR SEATBELT"

we have stronger immune system
tak heranlah kalo lelaki tu mengalahkan budak budak bila tersedu. kalo ada peperangan dalam tubuh badan kita ni, wanita ada secret weapon, jeng jeng jeng.....ESTROGEN! estrogen ni sangatlah berguna bila ada infections sebab dye merembeskan hormon hormon untuk melawan bakteria dan virus. 

sebenarnya banyak lagi menunjukkan women is better than men. tapi aku takut nanti orag serang aku plak. ok, renung renungkan dan selamat beramal. 



suka tak???

Oct 13, 2010

couple or single

hye and a very good morning to our judges, [eh, tu script nak bertanding daa.....]

single or couple???
takde maknanya aku nak tanya pendapat korang samada aku nak stay single or couple
tapi setelah aku wat kajian selama setahun [ecececeh....], kita boleh membezakan antara orang tengah bercinta ataupon tak. banyak aspek yer....

ringtone
selalunya orang yang single nie, ringtone dye letak lagu yang sempoi2 jer. lagu bunkface ker, lagu superjunior ke, tapi kalo orang yang couple ni especially yang cintanya still hangat lagi berapi, ringtone, mak aiiii...jiwang lagi tangkap leleh lentok sume ada. message tone plak msti yg pendek2 jer, takpon silent tros. lainla macam aku, "go go power rangers"

fesyen
kalau dulu sebelum kapel, tudung kembung la, baju selekeh la, rambut macam tak sikat. bila kapel, berubah tros, tudung pon dah pandai lilit lilit, rambut pon dah pandai letak krim. kalo orang single selalunya tudung pon   asyik pakai yg sama jer, takpon juz simple, takde masa nak lilit ke letak brooch smpai berderet kat tudung. 

katil
ini bukan aku nak cakap pasal gaya tido ke apa ke. tapi kalo orang tengah kapel, kebiasaannya mesti dapat hadiah bear. wajib ke??? atas katil diorang, mesti ada bear selalunya kaler putih takpon pink. cuba try tengok orang single, takde bear pon. yg ada hanyalah bantal bantal yg dipenuhi peta. mungkin. pastu cadar mesti ada bentuk love love. hahahaha

gaya bercakap
kalo orang kapel ni, bila diorang bercakap dalam telepon, alahai....macam suara cakap dalam selimut. slow jer. aku tak pasti org di sebelah sana dengar ke tak. ke buat buat dengar. yelah...nak tegur tak sampai hati. hati dah sayang.....cuba kalo bercakap ngan orang lain, satu umah boleh dengar suara dye. orang single??? ada ke org tepon, melainkan kawan2 ajak wat esaimen skali. 

kawan-kawan
cuba korang perhatikan kawan2 korang yg kapel. tambah2 satu kelas. diorang macam kawan berdua jer. takde kawan lain. ishh...memang takde life! masuk kelas muka tu, balik dating ngan orang tu, mesej ngan orang tu, calling2 ngan orang tu. tak boring ker??? orang yg single rilex jer....nak kawan dgn sape, nak pegi mana, xde orang kisah pon. kan kan kan. 

lain-lain 
lagi annoying kalo time diorang dating, si lelaki tolong pegang handbag cik aweks. hello, kalo nak tunjuk awak tu gentleman, bukan camtu ar. jambu ada ar...boleh terima kalo suami yg tolong pegang handbag isteri sebab isteri dukung baby. alaa..handbag tu bukan berat mana pon. disgusting! lagi satu pasal kapet t-shirt. cuba berfikir kedepan cket. kalau esok2 maunya clash, baju tu nak watpe? kain buruk? dunia.....dunia....








suka tak???

Oct 8, 2010

seketika waktu

assalamualaikum

hello readers, 

lately, aku rasa entry ku ni too emosional dan sangat tak best! hari ni untuk tidak menambahkan kemurungan, aku nak cakap pasal kesukaanku.

seketika waktu dan kesekian kalinya, dah lama aku tak tengok cter korea and anime. nampak sangatla aku memang busy. agak mengalami kecemburuan apabila kawan aku tengah dok layan Personal Taste yang si kacak Lee Min Ho berlakon.  

 panjangnya kaki dye




dan kesekian kalinya juga aku sudah lama tak menghadap superjunior menari. ohh, tidak!!! aku tak pernah melupakan korang...hahahaha. 


sorry sorry 
[tengah nyanyi ni]

 
the innocent ryewook
minta maaf ye, sebab kamu dah jadi no 2

aku obses sangat ke? taklah, minat je. aku sangat suka ryeowook sebab muka dye yang innocent cam aku. wakakakaka. aku berubah lepas tengok cter you're beutiful. ish, hero dye yang sangat comel dan kacak walaupon kawan aku kata min ho lagi hensem, tapi bagi aku, jang geun suk tetap di hati. hahahahaha. 



ada tak jang geun suk versi malaysia? 
ada ke? kalo ada, aku isytiharkan diri aku yang aku dilamun cinta.
[dushhhh, rasa nak terbang tinggi tinggi]


iklan ni sangat comel.

p/s: abes final exam, bolehla mencari cari cter playful kiss. oh my kim hyun jung.
dan bolehlah menghadap laptop 29 jam sehari tengok cter korea.


suka tak???

Oct 7, 2010

aku manusia biasa

assalamualaikum...

tajuk entry aku...perghhh. cam orang tengah emosional jer. memang pun. beberapa hari ni aku kemurungan. ahaks~

aku memang la manusia biasa, takkan luar biasa plak kan. takkan alien kot? 

comel jer

kalo aku cakap ni, mesti orang kata aku perasan, poyo, bajet bagus kan. kalo ada kengkawan aku yang baca mesti dah gelak guling guling, takpon mengiyakan aje statement yang akan dikeluarkan kejap lagi. 


tapi biar aku nak gelak dlu boleh???
[it is not funny at all]

kawan kawan aku cakap muka aku innocent. innocent tu apa? ala...sandwich yang letak sardin tu. ok, itu bukan jawapannya. adakah disebabkan muka aku yang macam ni, orang selalu buli aku? tapi ada kawan aku cakap, itu maknanya orang sedar akan kewujudan kita. tapi buli???? jap jap...muka camne? muka budak baik dan skema gler. wakakaka [gelak sampai tersedak]

please jangan buat camni kat aku? aku pon ada hati dan perasaan gak. bila aku angguk, tak semestinya tanda paham sebab kadang kadang aku pending! your message is not delivered!!! diam aku tak semestinya aku setuju sebab kemungkinan aku marah. aku membebel bukan aku suka tapi sebab nak release tension. release tension dengan pot pet pot pet? tolong jangan tiru cara aku. 


kenapa aku boleh tolong orang tapi bila aku nak mintak tolong??? itulah kehidupan. bukan semua orang perangainya macam kita. setenang tenang aku, aku pon nak mengeluh gak. sediam diam aku, aku rasa macam nak kutuk orang gak! ish...ish...ish... tak baik taw kutuk orang. hahaha.... [insaflah mira oii]. 



 [ I need my own space right now ]
please, please, please



suka tak???

Oct 6, 2010

rasa nak nangis laju laju

ello everyone.


in the middle of the night.....


aku bukan nak story pasal hantu tapi pasal aku yang kemurungan. kemurungan??? padahal tadi aku gelak guling guling. 




rasa macam nak nangis laju laju. tapi aku takut tg malim banjir plak. jadi aku batalkan niat aku tu dulu. minggu ni banyak benda nak kena hantar, banyak jugak yang nak kena dijawabnya [ quiz la tu...] plus plus ada program hari raya suksis plak. dan yang lebih 'menggumbirakan' aku ialah aku antara AJK pelaksananya. 




 aku tak nangis macam ni. 
=P


tak pasal pasal aku daripada budak yang pendiam..pendiam ke??? aku jadi yang banyak cakap. tapi pada hakikatnya, memang aku banyak cakap pon. without waste my time, ececeh...kecek english plak! aku nak show off la cket hasil keje aku. 






aku takde ar kreatif sangat kan, tapi teknologi kan ada. just use it.


p/s: sangat busy sampai tak sempat bersosial. ahaks



















suka tak???

Oct 1, 2010

no title-no posting

assalamualaikum
ello.ello. 
[sambil mengelap debu debu dan membersihkan segala sawang sawang]
shuhh.shuhh


lama sangat aku tak update even tak log in pon blog aku ni. jadual aku dipenuhi dengan segala assignment dan test. beratur tunggu aku jawab jer. nasib baikaku ada kesedaran cket, kalo tak, aku rasa result aku akan down gila gila sebab masa aku banyak berfesbuk dan berblogging.
[sangat teruk]


malam ni aku nak deactivate fesbuk kejap walaupon tak sampai hati. 
shruu...shruu....
[haruslah ada sound efek kan]

banyak benda lagi yang nak story
sebab banyak benda yang jadi

aku 'calculator' yang kemurungan






[budak2 suksis jer paham]

ok, chow.
selamat beramal



entry paling boring yang pernah aku post
aku post sebab aku rindu belog ku
-sempoi n relax-




suka tak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...